Aduhai puteriku sayang,
Satu sahabat yang selalu mendampingimu ialah TV. Namun , wahai anakku berhati-hatilah kerana program TV sekarang ini ada pada umumnya menimbulkan mudharat, dan sedikit manfaatnya. Sementara keimanan kita itu kan tergantung input yang diterima, kalau yang diterima baik, maka iman akan menjadi baik. Sedangkan program TV pada umumnya tidak baik, dan ini akan membuahkan iman yang tidak baik. lain halnya kalau seseorang menonton dapat mengontrolnya, namun pada umumnya kan tidak dapat mengendalikan dengan baik. Jadi, mudharatnya lebih besar. 

Wahai puteriku,
Walaupun sesuatu itu boleh…namun kau harus tahu dan bertati-hati dengan apa yang dipanggik syubahat. Diriwayatkan daripada Nukman bin Basyir r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya: Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut. Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkanNya. Ingatlah! Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati." (H.R. Bukhari Muslim).

Anakku sayang,
Aku tidak ingin sekali-kali hatimu rosak oleh perkara syubahat.


Wahai permata hatiku,
Beriman kepada Allah dengan mempercayai Allah sebagai Rab atau Pencipta dan Penguasa terhadap dirimu dan terhadap sesuatu . Kau juga harus mengerti bahawa tidak ada saingan dalam pemerintahanNya, Allah adalah Pemberi segala-gala dan tidak ada sesiapa yang dapat melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan melainkan dengan seizin-Nya. Firman AlIah:

"Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkan kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurnia-Nya. (Yunus:107)

Wahai jantung hatiku,
Kau harus yakini dan ber'itiqad bahawa Allah ialah Tuhan yang Menciptakan 'alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaan-Nya yang tidak terhingga. 

Ohh. Betapa indahnya dirimu dengan pakaian iman.

Wahai anaku sayang,
Apabila engkau melakaukan sesuatu maka pastikan setiap perbuatan lahir dan batin yang dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Maka itulah ibadah. Kerana sesungguhnya hanya Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan ditumpui untuk meminta. 

Oleh itu wahai anakku,
Letakkanlah seluruh percakapan, perbuatan dan tingkah lakumu di atas petuniuk dan perintah Allah semata-mata. Yakinilah kemutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam 'alam semesta ini. Keyakinan ini menetapkan bahawa hanya Allah berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang dicipta-Nya. 

Tolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah la ilaha illallah.