Aduhai Puteriku sayang 008

Aduhai Puteriku sayang,
Jauhi lah dirimu daripada satu sifat iaitu berpura-pura melakukan kebaikan ditengah-tengah orang ramai dan gemar melakukan perbuatan maksiat atau kemungkaran secara tersembunyi , kerana ini adalah sifat-sifat munafik yang amat dibencikan Allah.

Firman Allah:(ertinya) "Mereka bersembunyi daripada manusia, tetapi mereka tidak dapat bersembunyi dari Allah, sedangkan Dia berserta mereka itu ketika mereka menyembunyikan dalam hatinya perkataan yang tidak disukai Allah. Allah meliputi (pengetahuanNya) apa-apa yang mereka kerjakan" (An-Nisa:108)

Moga dilindungi Allah akan diri kita dari sifat keji ini.


Aduhai puteriku sayang,
kau ibarat bunga... namun cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. 

Wahai anakku,
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata
hati, ternyata amat tinggi nilainya.... 

Wahai puteri kesayanganku,
Kau adalah ciptaan Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mu. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah sepertimu. 


Kerana itulah wahai anakku,
Sebagai anak, kau menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja kau akan menjadi remaja yang berhemah.. dan suatau hari nanti sebagai isteri, kau menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, kau akan mendidik anakmu nanti dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah,kau akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... 

Wahai anakku,
Orang yang paling berbahagia adalah diriku. Kerana memiliki harta yang paling berharga di dunia ini iaiatu puteri yang yang solehah.


Wahai Puteriku sayang,
Kau diciptakan sebagai penenteram dan penyenang hati. 
Kau adalah sumber kasih, sayang dan kelembutan. 


Adhaui Puteriku sayang,
Apabila kau berada dalam kumpulan orang ramai perhatikanlah
Orang yang banyak bicaranya janganlah kau harapkan sangat kesedaran hatinya.
Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat akan kata-kata hikmatnya darinya.
Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat ibadahnya.
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
Orang yang memilih kawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
Orang yang mencari kerelaan manusia janganlah harapkan sangat keredhaan Allah darinya.


Ke laman utama