Aduhai puteriku sayang 009

 

Aduhai puteriku sayang,
Kehidupan harian kita tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam hidup kita ini boleh dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang sentiasa bergaul dengan kawan atau orang lain dalam masyarakat yang serba kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang tidak disenangi. Oleh itu wahai anakku, kau perlu sentiasa menghisab diri setiap hari sebelum tidur. Tanyalah dirimu apakah yang telah dilakukan sepanjang hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
:Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung di akhirat" 

Wahai kesayanganku,
Perkara-perkara yang perlu kau dihitung pada setiap malam sebelum tidur ialah seperti: Apakah keburukan yang paling besar yang telah dilakukan sepanjang siang tadi 
a.Berapa orang anak yatim dan fakir miskin yang telah diberi makan sepanjang hari 
b.Adakah telah menziarah sahabat dan keluarga yang sakit 
c.Berapa banyak derma telah dihulurkan sepanjang hari 
d.Telah sempurnakah solat lima waktu 
e.Ibu bapa telah diziarahi atau telah dilupakan 
f.Apakah sahabat atau keluarga sendiri telah diberi nasihat 
g.Adakah kemaafan telah diminta kepada sahabat 
h.Adakah kemaafan telah diberi kepada semua muslimin dan muslimat 
i.Sudahkah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan sepanjang hari 
j.Siapakah sahabat handai yang telah diaibkan pada siang tadi 
k.Adakah diri merasakan lebih hebat dari orang lain pada hari itu 
Sabda Rasulullah yang bermaksud: 
"Jika kamu mahu menyebut keaiban orang lain maka ingatkanlah lebih dahulu keaiban dirimu sendiri" 


Wahai anaku yang palingku sayangi,
Sebagai mana yang telah diajar oleh guru bahawa semua umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk menguji kekuatan dan kelemahan umat Islam. Firman Allah yang bermaksud: 
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah kamu kerana nikmah Allah itu orang-orang yang bersaudara" 
Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya. Jadi sama-samalah umat Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud: 
"Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi nesacaya kamu tidak akan dapat mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." 

Anakku sayang,
Sesungguhnya persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada: 
dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah 
a.dibina berasaskan kepada iman dan taqwa 
b.berlandaskan syariat Islam 
c.dilaksanakan berlandaskan nasihat 
d.bersendikan masa senang dan masa susah 
e.bersalam semasa beertemu dan berpisah 
f.kewujudan kemesraan, kasih sayang dan saling bantu membantu 
g.tunjukkan sikap gembira, manis muka dan berhati mulia 
h.merendahkan diri dan tidak berlagak sombong 
i.memenuhi janji apabila berjanji 
j.menutup keaiban saudaranya 
k.menjaga kehormatan saudaranya 
l.jangan hasad dengki dan bermusuhan 



Aduhai puteriku sayang,
Aku sentiasa berdoa pada Allah , agar dalam diri tumbuh satu sifat atau perasaan mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah. Mereka ini adalah makluk Allah SWT. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya , siapakah yang akan menjadi buruh,nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya. Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik. 


Aduhai puteriku sayang, 
Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.Tingkah laku kau sebagai seorang muslimah mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya. Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan anak-anaknya. 

Aduahai sayangku,
Hendaklah kau didik diri mu agar menyatakan kebenaran walaupun pahit. Rasulullah berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan, menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan hati. Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu berhadapan dengan risiko,dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita berada kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.


Aduhai anaku sayang,
Selalulah kau mengucap kata-kata Hauqalah.Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah. Kerana sesungguhnya " Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika hendak melakukan suatu pekerjaan apapun,sekalipun dirinya menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa yang ada dengan dirinya. Demikianlah tujuh sikap hidup yang di wasiatkan Rasulullah kepada umatnya untuk di jadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain. 


Aduhai puteriku sayang,
Untuk pengetahuanmu, antara tanda Allah sayang pada kita ialah Ia mempercepatkan balasan-Nya di dunia lagi agar kita insaf dan dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini. 

Oleh sebab itu wahai anakku,
kita sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redho yang mungkin ia sebagai hukuman yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya,atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah.Adalah lebih baik jika kita menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan bertaubat bertaubat kerana balasan di akhirat adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat. 

Wahai anakku,
Jangan sekali-kali engkau mengeluh dan berdukacita bila Allah timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini. 


Aduhia permata hatiku,
Satu lagi tanda Allah sayang pada kita ialah Ia bukakan kunci hati dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hati kita waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalani ini,Ia jadikan hati kita sihat sejahtera dan lidah kita bercakap benar dan perangai kita lurus,dan Ia jadikan telinga kita dapat mendengar dan mata melihat. Kebesaran Allah. 
Kerana sesungguhnya wahai anakku sayang,
Apabila Allah kasihkan kita sebagai hamba-Nya Ia akan membuka hatikita menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh. 

Dengan itu kita akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,ria, ujub, dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini kita akan bercakap benar sahaja.Seterusnya kita akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar. 

Anakku tersayang,
Marilah kita memeriksa diri,apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan Allah ini 


Aduhai puteriku sayang,
Janganlah engkau memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun mudah kerana kau sentiasa mengintai untuk melakukan kebajikan.Bandingan kebajikan yang kecil ialah yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman juga menjadi amal kebajikan. Juga janagalah engkau berpakaian yang melambangkan rasa takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas maki hamun dan cercaan serta umpatan orang lain . 


Aduhai anakku sayang,
Jauhilah perkara yang haram. Kesanggupan menolak perkara yang haram mencerminkan darjah keimanannya kepada Allah. Merasa mencukupi dan memada dengan apa yang dikurniakan Allah setelah berusaha,menyebabkan kita berasaa diri kita kaya. Janganlah kau memburu sesuatu yang melampaui batas kemampuan. Berbaik dengan jiranmu kerana ia merupakan asas kepada kekukuhan persaudaraan Islam dan membentuk kekuatan masyarakat Islam. Cintai lah saudara seagama seperti menyintai dirimu sendiri. Janganlah kau melakukan sesuatu yang buruk kepada orang lain sama seperti ia tidak mahu perkara tersebut berlaku pada dirinya. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa yang berlebihan akan mematikan hati.Serta jangan sentiasa mengingat keseronokan dan hiburan sedangkan mati menunggu di hujung kehidupan.

Ke laman Utama