Aduhai puteriku sayang 011

 

Aduhia permata hatiku,
Satu lagi tanda Allah sayang pada kita ialah Ia bukakan kunci hati dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hati kita waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalani ini,Ia jadikan hati kita sihat sejahtera dan lidah kita bercakap benar dan perangai kita lurus,dan Ia jadikan telinga kita dapat mendengar dan mata melihat. Kebesaran Allah. 
Kerana sesungguhnya wahai anakku sayang,
Apabila Allah kasihkan kita sebagai hamba-Nya Ia akan membuka hatikita menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai keyakinan yang teguh. 

Dengan itu kita akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti hasad,takabbur,ria, ujub, dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini kita akan bercakap benar sahaja.Seterusnya kita akan mempunyai mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar. 

Anakku tersayang,
Marilah kita memeriksa diri,apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan Allah ini 


Aduhai puteriku sayang,
Janganlah engkau memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun mudah kerana kau sentiasa mengintai untuk melakukan kebajikan.Bandingan kebajikan yang kecil ialah yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman juga menjadi amal kebajikan. Juga janagalah engkau berpakaian yang melambangkan rasa takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas maki hamun dan cercaan serta umpatan orang lain . 


Aduhai anakku sayang,
Jauhilah perkara yang haram. Kesanggupan menolak perkara yang haram mencerminkan darjah keimanannya kepada Allah. Merasa mencukupi dan memada dengan apa yang dikurniakan Allah setelah berusaha,menyebabkan kita berasaa diri kita kaya. Janganlah kau memburu sesuatu yang melampaui batas kemampuan. Berbaik dengan jiranmu kerana ia merupakan asas kepada kekukuhan persaudaraan Islam dan membentuk kekuatan masyarakat Islam. Cintai lah saudara seagama seperti menyintai dirimu sendiri. Janganlah kau melakukan sesuatu yang buruk kepada orang lain sama seperti ia tidak mahu perkara tersebut berlaku pada dirinya. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa yang berlebihan akan mematikan hati.Serta jangan sentiasa mengingat keseronokan dan hiburan sedangkan mati menunggu di hujung kehidupan. 



Aduhai puteriku sayang hayatilah puisi ini, khas untukmu 

Peringatan Buat Puteriku......

Puteriku.....
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasai taman-taman indah lantas menjadi
perhatian sang kumbang.Kau umpama sekuntum bunga ,
harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang
untuk mendekatimu namun...... tidak semua bunga
senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama mawar ,
dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya
serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang
kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas
duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

KEMBALI KE LAMAN CIKGUNIK