Aduhai Puteriku Sayang 012

 

Puteriku......
Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta
terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi
kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan
kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai
tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu
dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu
membina syakhsiah muslimahmu..... Sesungguhnya ilmu
itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang
yang melakukan maksiat.Buat akhirnya terimalah kata-kata
seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan
bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian
yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal ,
cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa ,
menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang
dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia sendiri"
Sekian.....

Hiasilah Dirimu Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.



Aduahai puteriku sayang, 
Sesiapa sahaja tidak kira bangsa atau agama suka kepada orang yang berakhlak mulia. Kerana ia fitrah semulajadi manusia. Beta aku juga akan senang hati jika kau berakhlak mulia . Kau adalah kebanggan keluarga.. Jiran tetangga kita juga akan senang hati jikalau kau berakhalak mulia. Guru-guru pula akan gembira dan senang hati dengan akhlakmu.


Anak ku sayang,
Akhlak yang baik ialah tabiat atau perangan yang lahir pada dirimu seperti lemah lembut, pemurah, sabar, suka membantu, redha, merendah diri, mengutamakan orang lain dan sebagainya. Namun kau harus ingat, orang yang kelihatan baik perangainya belum tentu dia berakhlak. Kerana akhlak adalah buah dari amal ibadah yang di dorong oleh iman. Kita sendiri boleh saja berkelakuan baik apabila terpaksa berbuat begitu. Contohnya terpaksa mengikut peraturan sekolah yang ketat, itu sebabnya anakku kau lihat ada pelajar yang nakpak baik dan berakhlak di sekolah tapi di rumah tidak. Tutup aurat di sekolah tapi di rumah tidak. Mereka menjadi berakhlak kerana peraturan sekolah atau kerana takut pada guru-guru tertentu. Nasihatku pada mu jangan kau jadikan mereka sahabat baikmu. Mereka tidak jujur pada Allah dan pada diri sendiri. 

Dan kau harus tahu wahai anakku, bahawa,
Sifat yang baik hasil daripada disiplin atau peraturan disebut etika. Sedangkan sifat baik yang di lahirkan dari amal ibadah dan di dorong oleh Iman itulah akhlak yang mulia. Etika hanya berlaku di sesuatau tempat pada sesuatu suasana yang tertentu dan kepada orang-orang yang tertentu. Sedangkan akhlak berlaku sepanjang hidup. Etika tidak akan bertahan lama kerana kepentingan individu sedangkan akhlak mulia akan bertahan sampai mati kerana mengharapkan keredhoaan ilahi. 


Wahai gadisku,
Untuk berakhlak baik itu sangat susah. Ia mesti di dorongkan daripada iman. Kita sendiri sering kali gagal . Yang sudah biasa dengan sikap kasar, terasa perit untuk berlemah lembut. Yang ego dan sombong sangat susah untuk bersikap tawadhu dan merendah diri. Manakala yang banyak mulut, menderita untuk mengawal percakapannya. Yang kedekut berhenpas pulas untuk menjadikan dirinya pemurah. Yang pentingkan diri akan terasa begitu susah untuk berkorban. Begitulah susahnya menjadikan diri ini berakhlak mulia.



KEMBALI KE LAMAN CIKGUNIK