Aduhai anakku sayang 015

 

Aduhai anakku sayang,
Sering pertemuan-pertemuan yang kau alamai bersama sesorang dimulai dengan pertanyaan "Apa khabar ?" Secara umumnya ini merujuk kepada kesihatan tubuh badan dan kehidupan fizikalmu. Sesuatu yang jarang ingin diketahui adalah pertanyaan "Apa khabar ?" yang merujuk kepada keadaan keruhanianmu. Bagaimana tahap keruhanian ? Lemah? Maju? Kronik? Tinggi? Oleh itu,muhasabahlah, wahai anakku sayang dan renungkan tahap keruhanian dalam dirimu saat itu. Apabila ada orang bertanya apakhabar maka anggaplah dia juga bertanya "Apa khabar ruhanimu?"

Wahai permata hatiku sayang,
Di dunia ini kau sentiasa berhadapan manusia-manusia yang bergelar anak Adam A.S. Berlaku lembutlah dengan bukan saja dengan manusia, bahkan pelbagai jenis makhluk yang melata, yang terbang, yang menjalar, yang kaku tanpa gerakan dan nafas dan setiap sesuatu yang mempunyai nama. Di celah pelbagai makhluk itu perhatikanlah, dan carilah manusia-manusia yang hatinya sentiasa dalam perenungan dan cinta kepada Sang Penguasa. Bergaullah dengan orang-orang ini, wahai anakku , yang di tubuhnya mengalir darah kesufian, yang ucapan-ucapan hanya menampilkan ikon-ikon kebenaran Ilahi. Hampirilah, santuni dan khabarilah...semoga kau beroleh berkah melaluinya. Awasilah, wahai yang bermata bathin.....bahawa orang-orang yang sebegini bukan semestinya terdiri dari peribadi-peribadi yang dikenali, malah sebahagiannya berpenampilan sangat biasa, malah tidak dipedulikan oleh khalayak. Inilah yang digelarkan oleh para 'arifin sebagai wali Allah atau ahlulLah. 

Aduhai kasih sayangku,
Nasihatku yang paling utama untukmu ialah , bertaqwa kepada Allah swt dalam seluruh aspek kehidupan. Kerana ini adalah wasiat Allah swt dan wasiat RasulNya yang terpercaya Nabi Muhammad saw, sebagaimana maksud firman Allah Azza wajalla :
"Dan sungguh kami telah mewasiatkan kepada Ahli Kitab sebelum kamu dan demikian pula kepada kamu, agar kamu sekalian bertaqwa kepada Allah" Surah An-Nisa' : 131


" Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu " Surah An-Nisa: 1

Ohh anaku tercinta, 
Tahukah kamu apa itu taqwa. Taqwa adalah satu ungkapan yang menghimpun seluruh aspek Agama ini, menyentuh setiap sisi kebaikan di dunia dan di akhirat. Taqwa itulah Agama ini. Ia adalah kebaikan. Ia adalah Iman, Islam, petunjuk, dan kesalehan. Allah swt menamai AgamaNya dengan Taqwa, oleh karena orang yang konsisten dengan Agama ini, niscaya Allah akan memeliharanya dari segala bentuk kejelekan di dunia dan di akhirat.

Anakku,
Taqwa juga ialah mengikhlaskan Ibadah hanya kepada Allah semata; dan kepatuhan mutlak dalam mengikuti RasulNya saw dan menegakkan syari'ah beliau dalam seluruh aspek kehidupan serta kewaspadaan dari penyimpangan dari syari'ah tersebut. Orang yang berakal sihat, tentu memahami bahwa penerapan syari'ah Islamiyah akan membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi, dan akan mewujudkan persatuan dalam kebenaran dan pemberantasan kemungkaran.

Dan di antara bahagian yang sangat mendasar dalam Taqwa ialah : Kerjasama dalam kebaikan dan Taqwa, saling berpesan tentang kebenaran dan kesabaran dalam kebenaran, persatuan para ulama dan kesatuan pendapat mereka dalam kebenaran. Selain itu, keaktifan mereka dalam membimbing umat ke jalan keselamatan, menghindarkan mereka dari penyebab kebinasaan, menasihati pemerintah dan mendukung mereka dalam kebaikan. Kerana sesungguhnya Allah meridhai untukmu tiga perkara pertama, bahawa kau beribadah hanya kepada Allah, dan tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu. Kedua bahawa kau bersatu dalam berpegang teguh pada tali Allah, dan tidak berpecah belah. ketiga bahawa kamu menasihati orang yang ditakdirkan Allah untuk menjadi pemimpinmu

Puteriku,
Izinkan ku ulangi sekali lagi pesan Rasulullah SAW kepada kita "Barangsiapa diantara kamu menyaksikan kemungkaran, hendaklah ia merubahnya dengan tangannya. Bila ia tidak mampu, maka dengan lisannya. Bila ia tidak mampu, maka dengan hatinya, dan itulah iman yang paling lemah"

Sebagai anak yang paling ku sayangi, 
Ku berdoa kepada kepada Allah Azza wa Jalla agar Allah memberi taufiq kepada kau dan aku, Semoga Allah memberi taufiq padamu menuju ridhaNya dan kebaikan para hambaNya. Semoga Allah memperbaiki hatimu, perbuatanmu, dan mengaruniakan kepadamu pemahaman yang mendalam tentang AgamaNya, keteguhan dalam mengamalkannya, dalam menda'wahkannya atas dasar ilmu yang benar. sesungguhnya DIA pemilik semua itu dan DIA maha berkuasa untuk itu.

KEMBALI KE LAMAN CIKGUNIK