ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 017

Wahai anak-anakku, bahawasanya Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan di dadamu. Dia juga tahu apa yang kamu ucapkan dengan lidahmu. Setiap perbuatan kamu diketahui oleh-Nya. Dari itu, wahai anak-anakku, takutlah kamu kepada Allah. Berawaslah kamu sehingga kamu tidak dapat berbuat kesalahan yang tidak diredai-Nya.Kamu tentu sudah tahu bahawa Allahlah yang memberi hidup untuk kamu. Dia juga yang memberi rezeki kamu. Bahkan, Dialah yang menganugerahi akal kepada kamu, sehingga kamu dapat mengatasi urusan-urusan kamu.

Sekiranya ayah kamu melihat kamu sedang memperbuat perkara yang dilarangnya, apakah yang berlaku kepada kamu? Takutkah kamu akan dimarahi-nya? Sudah tentu kamu merasa malu dan takut kena marah, bukan?

Kalau kamu takut dan malu, maka sepatutnya kamu kamu lebih takut dan lebih malu lagi kepada Allah jika kamu berbuat dosa. Bukankah Allah sentiasa melihat tingkah laku kamu? Jadi, wahai anak-anakku, janganlah kalian menyia-nyiakan perintah Allah; danjangan pula kamu melakukan perkara yang dilarang-Nya.

Ketahuilah, wahai anak-anakku, bahawa Allah mempunyai seksa yang dahsyat. Oleh itu, takutlah kamu melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan Dia marah. Hati-hatilah kamu agar Dia tidak gusar kepada kamu. Janganlah kamu terpedaya dengan sifat lemah-lembut-Nya:
"Sesungguhnya Allah membiarkan penganiaya berbuat sesuatu, tapisekaliDiamenyeksanya, maka tidak adajalan imtiik melarikan din." (Bukhari dan Muslim)

Wahai anak-anakku, sesungguhnya mentaati Allah mendatangkan kesenangan dan keseronokan yang tidak diketahui kecuali setelah dipraktikkan. Kalau kamu ingin merasakan keseronokan dan kesenangan ini mesti-lah kamu praktikkan suruhan-Nya dan berhenti dari yang dilarang-Nya selama beberapa hari. Kalau kamu mempraktikkan ini maka tahulah kamu betapa nasihat ustaz ini nasihat yang ikhlas.

Tapi perlu ustaz beritahu kepada kamu bahawa buat pertama kalinya mempraktikkan ketaatan ini kamu merasa sukar dan payah. Kerana itu, tahankanlah dulu kesukaran dan kesusahan itu. Dan bersabarlah untuk beberapa lama, lama-kelamaan hal itu menjadi terbiasa bagi kamu. Kemudian tidak lagi ada kesukaran dan kesusahan untuk taat seterusnya.
Wahai anak-anakku, lihatlah kepada dirimu pada ketika kamu berada di bangku sekolah, di situlah kamu belajar membaca dan menulis. Selain itu, kamu disuruh pula menghafal ayat-ayat al-Quran. Bukankah pada ketika itu kamu benci melihat bangku sekolah serta guru kamu, sehingga kamu ingin sekali dapat bebas bermain-main?
Tapi sekarang, kamu sudah naik darjah dan sudah tahu apa hasil kesabaran kamu ketika belajar dahulu di sekolah. Dan sekarang kamu juga sudah mengerti bahawa guru kamulah yang berusaha keras untuk menjadikan kamu seperti sekarang.

Wahai anak-anakku, dengarlah nasihat ustaz ini, bersabarlah dalam mentaati Allah sebagaimana kamu bersabar ketika mula-mula belajar dahulu. Kelak kamu akan tahu faedah daripada nasihat ini. Dan akan jelaslah nanti bagi kamu pertolongan (inayah) Ilahi turut membantu kamu supaya mudah mengamalkan nasihat-nasihat guru kamu.

Wahai anak-anakku, janganlah kamu menyangka bahawa yang dimaksud takwa kepada Allah itu sekadar mengerjakan solat, puasa dan yang seumpamanya. Tidak! Sesungguhnya takwa kepada Allah itu mencakupi segala sesuatu. Oleh itu, takwalah dalam beribadat kepada Tuhanmu, jangan kamu melengah-lengahkannya. Berbuat baiklah terhadap kawan-kawanmu, jangan sekali-kali menyakiti mereka.
Begitu juga terhadap kampungmu, kamu hendaklah takut kepada Allah, sehingga kamu tidak melakukan hal-hal yang tercela atau permusuhan di dalamnya. Dan terhadap dirimu, hendaklah kamu betul-betui menjaga kesihatan jasmani dan tidak berakhlak kecuali akhlak yang mulia.
Wahai anak-anakku, telah bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Takutlah engkau kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah kejahatan dengan kebaikan supaya ia menghapusnya; dan berperilakulah terhadap manusia dengan akhlak yang baik." (Riwayat Ahmady Tirmidzi dan Hakim)

 

Kembali Ke Laman Cikgunik