ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 018

Wahai anak-anakku, sesugguhnya Allah telah menciptakan kamu, lalu menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu zahir dan batin. Bukankah kamu sudah mengetahui bahawa asal kejadian kamu adalah setitis air mani dan bertempat di dalam rahim ibu kamu? Di situlah awal kejadian kamu dan berada di dalam nikmat dan kasih ustazng Allah. Setelah itu barulah kamu dilahirkan ke dunia sebagai manusia yang sempurna asal kejadiannya.

Sesudah lahir ke dunia, Allah menganugerahi kamu lidah supaya kamu boleh berbicara, mata supaya kamu boleh melihat, telinga supaya kamu boleh mendengar serta akal supaya kamu dapat membezakan perkara yang memudaratkan dan yang memberi manfaat.

Firman Allah di dalam Al-Quran (yang bermaksud)

"Allah yang mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa. Dan Allah memberi kamu pendengaran,penglihatan dan hati supaya kamu hersyukur." (Al-Nahl:ayat78)

Oleh itu, tidakkah kamu sedar bahawa yang memberi nikmat-nikmat ini berkuasa mencabutnya kembali daripada kamu? Dia berikan semua nikmat itu adalah semata-mata kurnia dan kebaikan-Nya terhadap kamu. Tapi jika kamu marah kepada-Nya, Dia juga akan memarahi kamu dengan mencabut nikmat-nikmat itu.

Wahai anak-anakku, perkara yang mula-mula wajib atasmu terhadap Tuhanmu Yang Maha Tinggi ialah mengenal sifat-sifat-Nya yang serba sempurna (Sifatui Kamaliyah). Kemudian, kamu hendaklah benar-benar patuh kepada-Nya, yakni menjunjung setiap perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Kamu juga mesti yakin dan percaya bahawa apa yang dipilih Allah untuk kamu, itulah yang terbaik bagi kamu, bukan apa yang kamu pilih untuk diri kamu. Jadi, tidak wajar sama sekali kamu enggan mematuhi-Nya atau menyembah-Nya, disebabkan syahwat dan hal-hal yang melalaikan, bahkan, tidak kerana patuh kepada seseorang daripada makhluk, sama ada ia terhormat atau manusia yang hina.

Anak-anakku, salah satu bukti kepemurahan Allah kepada hamba-hamba-Nya ialah dengan mengutus rasu-rasul a.s. kepada mereka. Rasul-rasul inilah yang menunjuki sekalian manusia, membawa umat ke jalan petunjuk, sehingga dapat memperbaiki keadaan mereka dan juga agama serta dunia mereka.
Adapun penghabisan rasul ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib, berbangsa Arab dan ber-keturunan suku al-Hasyim (semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada baginda).

Jika kamu disuruh taat kepada Tuhan yang menjadi-kan kamu, maka begitu juga kamu disuruh supaya taat kepada Rasul-Nya yang amat mulia, yakni Nabi Muhammad s.a.w. Di dalam al-Quran Allah berfirman, bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan 'ulul amr' daripada kamu." (an-Nisaa: ay at 59)

"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, dimasukkan-Nya ia ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Dan sesiapa yang berpaling, diseksa-Nya dengan azab yang amat pedih." (al-Fath:ayatl7)

Wahai anak-anakku, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak mengucapkan sesuatu mengikut hawa nafsunya. Setiap suruhan dan larangannya adalah berdasarkan wahyu Ilahi. Oleh itu, mentaatinya bererti mentaati Allah juga.
Firman Allah dalam al-Quran (bermaksud):
"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu mencintai Allah, maka kamu ikutlah aku, nescaya Dia akan mencintai kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu. Allah maha Pengampun lagi Maha Pengasih' (Ali Imran: ay at 31)

Wahai anak-anakku, tidak sempurna iman seseorang sebelum cintanya kepada Allah dan rasul-Nya lebih dalam daripada yang selain kedua-duanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak (sempurna) iman salah seorang daripada kamu sebelum aku lebih dicintainya daripada ayah (orang tua),anaknya serta manusia sekalian."
(Hadis RiwayatAhmad, Bukhari Nasai serta Ibnu Majah)

Kembali Ke Laman Cikgunik