ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 019

Wahai anak-anakku, ketahuilah bahawa betapa pun kesusahan menimpa dirimu disebabkan ayah dan ibumu, maka hak kedua-duanya atas dirimu lebih daripada yang telah engkau korbankan. Oleh itu, di dalam al-Quran Allah s.w.t. berfirman(bermaksud):
"Maka janganlah engkau katakan kepada kedua-duanya perkataan 'ah' dan janganlah mengherdik keduanya. Dan katakanlah kepada kedua-duanya ucapan yang mulia; merendah dirilah di hadapan kedua-duanya dengan me-nunjukkan kasih ustazng dan katakanlah, "Oh Tuhanku, kasihilah kedua orang tuaku, sebagaimana mereka telah mendidik aku waktu kecil." (al-Isra': ay at 23 dan 24)

Wahai anak-anakku, perhatikanlah bagaimana kasih sayang kedua-dua orang tua kepada anaknya yang kecil. Lihatlah betapa mereka mengambil berat tentang kesihatannya, makanannya, minumannya, tidurnya pada waktu malam dan siang serta sakitnya. Kamu tahu berapa banyak sudah yang kedua-dua orang tua kamu korbankan demi mendidik kamu dari kecil hinggalah kamu dewasa?

Wahai anak-anakku, sesungguhya kamu pada ketika ini dalam pemeliharaan Allah. Pada kesempatan ustaz diberi taufik oleh Allah untuk dapat menunjuki kamu pula. Adalah kerana kepemurahan ayahmu yang telah memberi perbelanjaan yang cukup untukmu sekuat kemampuannya. Ayahmu tidak pernah berkira kepadamu, selagi hal yang di dalam kemampuannya. Kalau bukan kerana kedua-dua orang tuamu, nescaya kamu tidak berada di dalam majlis yang mulia ini, yakni tempat menuntut ilmu yang mulia.

Wahai anak-anakku, semua orang ingin mem-perolehi pangkat yang tinggi, dihormati serta dikasihi oleh Allah dan oleh manusia. Masing-masing ingin lebih tinggi daripada yang lain. Tapi seorang ynag bernama ayah ingin supaya anaknya lebih tinggi, lebih besar serta lebih mulia daripada dirinya sendiri. Oleh kerana itulah, maka kamu wajib berbuat baik dan berlaku hormat kepada orang tuamu. Sebab, dialah orang yang mendahulukan kepentingan dirimu daripada dirinya.

Dari itu, wahai anak-anakku, berhati-hatilah agar kamu tidak sampai memarahi ayah atau ibumu. Sesungguhnya kemarahan Allah bersama dengan kemarahan kedua ibu bapa. Sedangkan orang yang mendapat kemarahan Allah akan rugi dunia dan akhirat.

Wahai anak-anakku, patuhlah kepada ayah dan ibumu; janganlah kamu menyalahi keduanya dalam apajua perkara, melainkan apabila keduanya menyuruh kamu melakukan maksiat kepada Tuhan. Kerana, dalam hal seperti ini telah dijelaskan oleh hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
"Tidak boleh patuh kepada makhluk yang menyuruh maksiat terhadap Tuhan (Allah)' (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

Firman Allah di dalam al-Quran(bermaksud):
"Dan kami wajibkan semua manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandunghinggaakhirmenyusukannya), dan tempoh menceraikan menyusunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah) kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan)"
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau, dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh).Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala. yang kamu kerjakan’ (Lukman: ayat 14-15)

Wahai anak-anakku, sesungguhnya orang yang paling mencintaimu ialah ayahmu, yang telah berusaha mendidikmu dari kecil lagi. Lalu dia pula menyuruh kamu masuk bangku sekolah sehingga kamu menjadi salah seorang penuntut yang mulia (ilmu agama).

Oleh itu, berusahalah untuk menerima nasihatnya, kerana ayahmulah yang lebih tahu tentang apa yang sesuai dengan dirimu. Ayahmulah yang lebih faham apa yang memberi manfaat kepadamu dan yang memberi mudarat atasmu; sedangkan Allah yang memberi hidayah serta petunjuk demi kebaikanmu.

 

Kembali Ke Laman Cikgunik