ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 020

Wahai anak-anakku, sekarang kamu telah menjadi penuntut. Tentu saja kamu punya kawan serta teman dalam pelajaran. Mereka ini adalah saudara dan sekaligus keluargamu. Oleh itu, janganlah sekali-kali menyakiti mereka dan jangan pula berbuat yang tidak baik dalam pergaulanmu dengan mereka. 

Ketika di dalam kelas, wahai anak-anakku, janganlah kamu duduk di tempat duduk kawanmu. Berilah tempat yang cukup baginya untuk duduk; kerana menduduki tempat duduk kawan akan menyebabkan dia marah kepadamu. Sekali kawanmu itu marah kepadamu, maka mudahlah timbul perasaan dengki serta berbagai-bagai keburukan.
Firman Allah di dalam al-Quran(bermaksud):
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu penge-tahuan agama (daripada kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan." (al-Mujadalah: ay at 11)

Wahai anak-anakku, sekiranya ada salah seorang di antara kawan-kawanmu yang tidak faham dalam mata pelajaran lalu ia bertanya kepada cikgu, maka hendaklah kamu ikut mendengarkannya dengan baik apa yang diterangkan oleh cikgu itu. Kerana mungkin boleh memberi faedah bagimu dari pengulangan cikgu itu. Selain itu, jauhilah mengucapkan perkataan seolah olah memandang rendah kepada kawanmu yang bertanya itu. Janganlah pula menampakkan riak muka yang meremehkan kawanmu itu. Sebab ada diceritakan tentang Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) ketika beliau ditanya apa sebabnya beliau mempunyai ilmu yang luas dan dalam, beliau menjawab: "Aku tidak pernah bosan mengajar dan belajar.

Wahai anak-anakku, janganlah kamu mempersulit jalan ilmu kepada kawan-kawan yang ingin minta penjelasan dari cikgu jika mereka ada sesuatu yang belum mereka fahami benar. Tapi cara yang terbaik ialah kamu ikut mendengarkan apa yang dijelaskan oleh cikgu, jika kamu ingin memperolehi kebaikan daripadanya.

Wahai anak-anakku, seandainya kamu berada di dalam asrama yang dikhaskan bagi pelajar, maka janganlah cuba menganggu ketenangan kawan-kawanmu, lebih-lebih lagi ketika mereka mengulangkaji pelajaran. 
Apabila tiba waktu tidur, maka janganlah pula kamu mengulangkaji dengan suara yang kuat sehingga dapat mengejutkan kawan-kawan kamu yang sedang istirehat atau sudah tidur.
Apabila sudah terbit fajar yang menandakan waktu subuh, maka hendaklah kamu bangun tidur. Kemudian bangunkanlah kawan-kawanmu yang masih tidur dengan cara lemah lembut. Lalu solatlah kamu bersama kerusi yang telah ditetapkan cikgu untuk kamuj| janganlah duduk di tempat yang selain itu. Jika ada kawanmu duduk di tempat yang biasa kamu duduk, janganlah bersikap keras dan bertahan untuk duduk di situ,tetapi kemukakanlah perkara itu kepada cikgumu dan biarlah cikgu yang menyelesaikannya.

Wahai anak-anakku, apabila cikgu sudah mulai menerangkan pelajaran, janganlah lagi hendak mengatakan sesuatu kepadanya dan kepada salah seorang kawanmu.

Ingatlah, ketika cikgu sedang menerangkan sesuatu, hendaklah kamu tumpukan perhatian kepadanya dengan tekun dan khusyuk. Janganlah pula kamu berangan-angan tidak menentu ketika belajar. Jika ada satu masalah yang kurang kamu fahami sesudah diterangkan oleh cikgu kamu, maka bertanyalah kepadanya dengan penuh hormat supaya cikgu dapat menerangkannya sekali lagi. Jangan cuba meninggikan suara lebih daripada suara cikgu, atau membantahnya kerana cikgu tidak/belum membicarakan yang kamu inginkan.

Wahai anak-anakku, apabila seorang murid tidak beradab di hadapan gurunya, hilanglah harga dirinya di mata cikgunya dan di mata kawan-kawannya. Oleh itu, hendaklah kamu beradab yang terpuji danmenjauhi kelakuan biadab.

Ketahuilah, wahai anak-anakku, bahawa murid yang tidak hormat kepada cikgunya lebih daripada ayahnya, maka ia tidak mendapat ilmu daripada cikgunya walaupun sedikit.
Juga jangan lupa bahawa perhiasan ilmu itu adalah tawaduk dan adab. Sesiapa yang tawaduk kepada Allah, akan ditinggikan darjatnya dan akan kasih manusia kepadanya.

Sesiapa yang takbur (membesar diri) dan tidak beradab, akan hinalah ia di mata manusia dan dijadikan Tuhan mereka marah kepadanya. Ini menyebabkan tidak ada orang yang hormat dan sayang lagi kepadanya.

Wahai anak-anakku, tidak ada yang lebih buruk bagi seorang murid selain daripada kemarahan guru-gurunya dan ulamak kepadanya. Maka jauhilah, wahai anak-anakku, melakukan sesuatu yang menyebabkan kemarahan guru-gurumu kepadamu atau berkelakuan tidak beradab di hadapan mereka. Kerana kemarahan mereka, setidak-tidaknya akan menyebabkan kamu terhalang daripada memperolehi apa-apa yang baik.
Oleh itu, wahai anak-anakku, terimalah nasihat ustaz ini. Carilah kesukaan para gurumu dan mintalah kepada mereka supaya sudi mendoakan kamu agar dibukakan hidayah, mudah-mudahan Allah memperkenankan doa mereka untukmu. Ketika kamu bersendirian, maka perbanyakkanlah doa kepada Allah supaya dikurniakan-Nya bagi kamu ilmu yang bermanfaat dan mengamalkannya Sesungguhnya Tuhanmu mendengar segala doa dan amat pemurah kepada hamba-Nya.

 

Kembali Ke Laman Cikgunik