ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 021

Wahai anak-anakku, jika kamu mahu cara belajar yang berkesan, maka janganlah kamu mengulangkaji seorang diri. Tapi ajaklah salah seorang kawanmu untuk belajar bersama, supaya kamu dapat saling bantu membantu memahami pelajaran yang diulangkaji itu.

Apabila kamu telah mengulangkaji satu pelajaran dan menyangka bahawa kamu telah cukup memahaminya, maka janganlah berhenti setakat itu sahaja. Tapi hendaklah kamu cuba tutup buku yang di tanganmu dan cuba terangkan pelajaran itu kepada kawanmu belajar seolah-olah seorang cikgu menerangkan pelajaran itu di hadapan murid-murid.

Wahai anak-anakku, beradab serta bersopan santunlah kepada kawan yang diajak belajar bersama itu. Salah satu caranya adalah dengan tidak menyombongkan diri dan sekiranya lebih dahulu memahami sesuatu pelajaran daripadanya.Jika ia membentangkan sesuatu masalah kepadamu hendaklah mendengarkan baik-baik apa yang diperkatakannya, kerana mungkin pemahamanmu tentang pelajaran itu keliru, sedangkan kawanmu itu tepat. Sesungguhnya ilmu adalah amanah, sesiapa yang menang bagi kebatilan, maka sesungguhnya ia sudah menyia-nyiakan amanah Allah.

Wahai anak-anakku, selalulah mengulangkaji untuk menjaga ilmu yang sudah diperolehi kerana perosak ilmu adalah kelupaan.

Ketahuilah, bahawa pada akhir tahun kamu akan berdepan dengan peperiksaan. Di sini akan disuruh buktikan sejauh mana maklumat yang masih tersimpan di dalam hati kamu. Inilah ujian yang menjadi ukuran apakah kamu semakin meningkat atau masih di takat lama.

Peperiksaan dapat mengambarkan pencapaian seseorang. Dengan peperiksaan ini jugalah seseorang itu dipandang mulia dan cemerlang, jika dalam kertas jawapannya menepati kebenaran. Sebaliknya, ketika ini jugalah ia menjadi hina di mata keluarga atau sahabat sahabatnya, jika ia tidak dapat menjawab dengan tepat kertas soalan. Dan inilah yang menjadi bukti bahawa ia tidak berhasil dan lalai.

Wahai anak-anakku, tidak banyak gunanya apabila kamu mengulangkaji dengan menghafaz lafaz yang tertulis tanpa memikirkan pengertiannya. Yang paling baik adalah berusaha memahami isi yang ada pada tulisan-tulisan itu, lalu menyimpan pemahaman itu di dalam otak. Kerana yang dinamakan 'ilmu' itu adalah sudah kamu fahami, bukan yang sudah kamu lafaz di bibir sahaja.

Wahai anak-anakku, ada ketikanya kawan-kawanmu berhimpun di suatu tempat dan bercakap-cakap tentang masalah yang bermanfaat atau bergurau senda, maka janganlah kamu memotong percakapan orang yang sedang bercakap dan janganlah pula cepat menjawab sebelum ia selesai daripada pembicaraannya.

Satu lagi yang perlu kamu ingat, jangan mahu membantah-bantah gara-gara masalah yang belum kamu ketahui, jangan mahu menang sendiri. Jangan merasa besar terhadap kawanmu yang meminta pendapat darimu.

Jangan cuba menyerang peribadi kawanmu dengan melecehkan pendapatnya. Lebih-lebih lagi tidak wajar kamu mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati dan jangan sekali-kali memperkecilkan atau mem-perolok-olokkannya jika terbukti kamu yang benar dan kawan kamu itu salah.

Wahai anak-anakku, berbincang-bincang dalam pelajaran bersama kawan-kawanmu mempunyai faedah atau manfaat yang besar bagi kamu. Ketika inilah kami belajar bagaimana mengutarakan pendapat dengan cara yang bagus atau tepat. Dan kegiatan seperti ini dapat melahirkan sifat-sifat kepemimpinan di antara kamu.
Akan tetapi, wahai anak-anakku, tidak akan ada manfaat kegiatan seperti itu bagimu di sisi Allah dan manusia jika kamu tidak mempunyai budi pekerti yang luhur dan bercakap sebarangan. Hendaklah bercakap benar, meskipun tentang dirimu sendiri. Selama kamu benar, maka tidak akan ada yang boleh menjejaskan harga diri kamu daripada makian

 

Kembali Ke Laman Cikgunik