ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 022

Wahai anak-anakku, kamu tidak baik jika terus-menerus dalam suasana memeras otak, tetapi hendaklah sediakan waktu untuk bersukan. Ini bertujuan merehatkan fikiran serta mencergaskan jasmani. Dari itu, jika kamu pergi bersukan, pilihlah tempat-tempat yang sesuai alam persekitarannya. Sebaiknya di tempat yang tenang serta tenteram.

Ketika kamu melakukan sukan atau senaman, hendaklah tidak terburu-buru di jalan dan jangan ber-main-main dengan kawanmu di tengah jalan. Kurangilah daripada tertawa besar, tapi cukuplah sekadar ter-senyum.

Oleh itu juga, wahai anak-anakku, ketika melakukan senaman apa sahaja, hendaklah tidak menganggu orang yang lalu lalang di jalan. Dan usahakanlah tida berbaris-baris di tengah jalan raya. Sekiranya jalan itu luas, maka bolehlah kamu berjalan kedua-duaan, tapi jika jalan itu tidak seberapa luas, maka eloklah berjalan sendiri-sendiri.

Wahai anak-anakku, sesungguhnya jalan raya bukanlah milik seseorang, tapi jalan itu hak bagi semua orang yang lalu disitu. Oleh itu janganlah kamu bergurau senda di jalanan, kerana kelakuan seperti merendahkan maruah dan kehormatan penuntut ilmu seperti kamu.

Wahai anak-anakku apabila kamu memasuki sekolah pada waktu pagi dan keluar waktu tengah hari, janganlah kamu berjalan berdua-duaan dengan rakanmu. Kerana ini boleh menghalang kenderaan gurumu, dan sekaligus mengambarkan akhlakmu yang tidak baik.

Wahai anak-anakku, apabila kamu keluar daripada masjid atau dari rumah untuk membeli sesuatu yang dihajati - seperti membeli makanan dan minuman, pakaian dan yang seumpamanya - janganlah kamu mahu membantah-bantahan dengan orang-orang yang bodoh.

Begitu juga jangan mahu menunggu-nunggu di kedai atau di jalan raya untuk mendengar percakapan orang-orang bodoh yang tidak bermanfaat. Berusahalah agar tidak bercampur atau bergaul dengan orang-orang yang seperti mereka. Hindarilah daripada pertengkaran dengan orang-orang yang menjaga kedai tentang harga barangan yang hendak kamu beli. Apabila sudah bersesuaian harganya, maka belilah. Dan jika tidak bersesuaian, maka tinggalkanlah ia dengan cara yang baik (seperti mengucapkan salarn kepadanya).

Selain daripada itu, janganlah pula kamu pergi ke tempat-tempat menjual barang-barang dengan maksud sekadar tawar-menawar tetapi tidak bennaksud hendak membeli. Jika kamu melakukan hal seperti ini, akibat dan kesudahannya adalah buruk. Mungkin akan membawakan pertengkaran dan perkelahian.

Wahai anak-anakku, jika engkau berbicara dengani seseorang, janganlah engkau meninggikan suaramu lebih daripada sekadar dapat didengarnya. Berbicaralah dengan lembut serta bersahaja. Hindarilah berbicara dengan cara yang boleh merendahkan harga diri kamu walaupun terhadap orang yang sebaya dan sedarjat dengan kamu. Jika ada orang mengajak kamu bercakap, makadengarlah dia baik-baik. Jangan cuba menentangnya dengan sikap yang mengundang perbantahan. 

Hadis Rasulullah s.a.w. ada menyebutkan:
"Hadapilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim).

Kembali Ke Laman Cikgunik