ADUHAI PUTERIKU SAYANG

SIRI 024

Wahai anak-anakku, jika kamu ingin hidup sihat jasmani serta jauh dari penyakit, maka hendaklahkamu tidak memasukkan ke perut kamu banyak makanan dan jangan makan kecuali sesudah merasa lapar. Jika makan, jangan penuhi perutmu dengan makanan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Tidak ada benda yang lebih buruk dipenuhi oleh manusia kecuali memenuhi perut."
(Hadis Riwayat Alimad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

Wahai anak-anakku, jika kamu mahu makan hendak-lah terlebih dahulu membasuh tanganmu (kalau perlu basuhlah kedua belah tangan), lalu bacalah Bismillah.

Ketika makan, tidak baik terus menelan makana tetapi hendaklah dikunyah betul-betui terlebih dahulu Kerana mengunyah makanan dapat menolong dan memudahkan penghadaman apabila sampai di perut.
Tentang makan yang hendak dimakan itu biarlah yang wajar dan patut sahaja. Jangan masukkan tanganmu ke dalam hidangan yang ada di sana-sini kerana hal seperti ini tidak sopan dan menimbulkan kemarahan orang lain. 

Wahai anak-anakku, hindarilah cara-cara yang selalu dilakukan orang yang tidak berakhlak ketika makana Mereka suka makan di tengah pasar, di jalanan dan d tempat-tempat yang terbuka, walaupun sekadar makan buah-buahan. Mengapa dilarang? Kerana hal yang sedemikian menurunkan maruah serta harga diri sebagai orang baik-baik.

Wahai anak-anakku, janganlah makan seperti cara makan orang bakhil dan jangan pula makan terlalu rakus. Jika ada orang di sampingmu ketika makana sesuatu, samada kamu kenal atau tidak kamu kenal maka sepatutnyalah kamu ajak dia untuk makan bersama kamu. 


Jika kamu tidak dapat menghabiskan makanan kamu, janganlah terus dibuang, tapi jika makanan itu sesuai untuk diberikan, maka sedekahkanlah kepada mereka yang memerlukan. Jangan memandang rendah kepada kecilnya pemberian, kerana nilai pemberian bukanlah terletak pada besar atau kecilnya, tetapi terletak pada cara serta niatnya. Kadang-kadang pemberian yang sedikit itu, besar ertinya bagi orang yang memerlukan. Kemudian apabila kamu sudah memberi sesuatu, maka janganlah iringi pemberianmu itu dengan sesuatu yang boleh menyakitkan perasaan orang yang menerima.

Firman Allah di dalam al-Quran(bermaksud):
Ucapan yang haik dan keampunan itu lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan kesakitan." (al-Baqarah: ay at 262)
Hadis Rasulullah s.a.w.:
"Berusahalah menyembunyikan sedekahmu daripada pengetahuan manusia, kerana sesungguhnya sedekah yang tersembunyi itu boleh memadamkan kemarahan Allah. (Hadis Riwayat Tabarani)

Wahai anak-anakku, janganlah makan atau minum dalam bekas yang kotor. Kadang-kadang disebabkal meminum atau makan dari bekas yang kotor itu kami berpenyakit yang tidak dapat disembuhkan oleh doktor

Jangan minum air yang belum tentu bersih daripada kotoran. Tapi jika kamu terpaksa juga meminumnya maka bacalah 'Bismillah' sebelum meminumnya..Jangan minum sekali teguk sampai habis, tapi minumlah seteguk demi seteguk, sedikit demi sedikit. Rehatlah sekejap-sekejap di antara tegukan sebanyak tiga kal dan tiap-tiap meneguk bacalah 'Bismillah.'

Setelah selesai makan atau minum, maka jangai lupa memuji Allah dengan mengucapkan "alham-dulillah. Bersyukurlah kepada-Nya kerana memberi nikmat yang tidak terhingga manfaat dan jumlahnya kepadamu. Dan hanya Allah lah yang berkuasa memberi hidayah serta petunjuk bagimu.

 

Kembali Ke Laman Cikgunik