Ilmu 010

Amalkanlah 5 perkara untuk menjadi seorang muslim yang sebenar:

1. Meninggalkan segala maksiat.Firman Allah Taala bermaksud “sesungguhnya solat itu mencegah kejahatan dan kemungkaran”. Apabila solat seseorang itu tidak mencegah kemungkaran, maka solatnya itu sebenarnya menjarakkannya dr. rahmat Allah.

2. Redha dgn sebarang ketentuan Allah.Berasa cukup dgn rezeki yg dikurniakan Allah kadar usaha yg dilakukan tanpa rasa tamak haloba. Boleh membezakan diantara keperluan dan kehendak. Seseorang itu berasa senang dan tidak tertekan dlm usaha mencari rezeki sekadar memenuhi keperluan, akan tetapi sikapnya berubah menjadi tidak puas, tidak tenteram dan sentiasa terkejar-kejar apabila cuba memenuhi kehendak hati. Ini merupakan satu titik permulaan kepada sikap tamak haloba, bermegah-megah dgn kekayaan, berlumba-lumba mengumpulkan harta dll. Kita tidak boleh terlalu merendah diri, dan juga tidak boleh berbangga dgn status di dunia ini, sebaliknya berasa senang dan puas hati dgn apa yg telah ditentukan utk kita.Rupa paras, status, darjat ,bentuk fizikal dsb. Bersyukurlah kepada Allah dan berusahalah mencapai kejayaan dlm hidup.

3. Berbuat baik kepada jiran tetangga. Terdapat 3 jenis jiran tetangga yg perlu kita tunaikan hak mereka berbeza-beza.

1st: Jiran tetangga berlainan agama (bergaul dgn baik dan menunaikan hak seorang jiran dgn sempurna.)

2nd :Jiran tetangga semuslim (tunaikan hak sebagai seorang jiran dan melibatkannya dlm soal2 keagamaan spt jemputan aqiqah dsb.)

3rd: Jiran tetangga seIslam dan waris ( selain dr. 2 hak diatas, mendahulukan mereka dlm soal muamalah dan dlm hal2 kekeluargaan)

4. Kasih-sayang terhadap muslim lain spt kasih kpd diri sendiri. Berkongsi rasa gembira dan duka bersama dgn orang lain. Kita gembira apabila mendapat sebarang keuntungan, maka bergembiralah apabila org lain memperolehinya. Kita bersedih apabila ditimpa kerugian, maka berdukalah apabila org lain ditimpa kesusahan.Elakkan sebarang rasa dengki dan tidak senang membuta-tuli terhadap pencapaian org lain.

5. Kurangkan ketawa. Ketawa merupakan ubat atau penawar jiwa dalam mengharungi suka-duka kehidupan, akan tetapi ubat yg menjadi penawar akan bertukar menjadi racun yg berbahaya apabila terlebih dosnya.Ketawa yg berlebihan boleh mematikan nur hati, menyebabkab kurang kesedaran. Menangislah, kerana ia mampu mengingatkan kita kepada hari-hari mati

Valentine's Day

Dr. Abd Hayyi Abd Syukor

APIUM, KL.

Memperingati hari kekasih atau Valentine's Day bukan budaya Islam dan tiada

hubungannya dengan ajaran Islam yang dianuti orang Melayu. Hari Kekasih yang

disambut pada 14 Februari setiap tahun, adalah suatu budaya yang dihayati

orang Barat yang sudah kekeringan kasih sayang, akibat nilai-nilai agama

yang sudah lama ditinggalkan.

Sebelum saya memberi ulasan dan jawapan mengenai sambutan Hari Kekasih dari

perspektif Islam, sama-sama kita telitikan asal-usul sejarah, siapa,

bagaimana dan apakah latar belakang yang berkaitan dengan perayaan dan

mewarnai pemikiran pengamal-pengamal Hari Kekasih atau Valentine's Day ini.

Banyak sumber membicarakan asal usul hari ini. Saya kemukakannya di sini

maklumat yang saya peroleh daripada sumber-sumber buku dan ensiklopedia yang

sempat saya baca.

Sejarah asal hari ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung

dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada

mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan

atau patung pujaan.

Antara legenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya

dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios datuk bandar Rom,

pernah disusui seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tanaga

dan fikiran yang luar biasa.

Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu,

sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara

besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing

dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada badan dua pemuda,kemudian

dibasuh dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah kota Rom.

Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan

kambing yang disembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalit darah

itu kepada siapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis bangsa Rom

sangat suka jika badan mereka sempat dicalit darah oleh dua pemuda itu,

kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul lagi.

Sumber-sumber juga menyatakan, Valentine atau disebut juga Valentino adalah

nama seorang paderi Kristian yang sangat berpengaruh dan giat menyebarkan

agama Kristian di Rom, iaitu ketika pemerintahan raja yang bernama Claudius

II. Pada masa pemerintahannya, Raja Rom memenjarakan ramai orang Kristian

kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan agamanya. Paderi

Valentino juga tidak terkecuali dari tindakan itu.

Walaupun berada dalam penjara, paderi Valentino tetap juga menyebarkan agama

Kristian kepada banduan-banduan penjara. Kegiatan ini diketahui oleh Raja

Rom yang tidak suka agama Kristian disebar dalam negaranya, lalu beliau

sekali lagi diseksa dan akhirnya dibunuh pada 14 Februari 296M. Orang-orang

Kristian menganggap paderi Valentino merupakan seorang yang mulia, kerana

sanggup berkorban dan mati kerana mempertahan agama Kristian dan

penganut-penganutnya.

Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St

atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa

yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St.Valentino, maka

pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine di dalam penjara, beliau

jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan

beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya

pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima

hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis

surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tandatangan From your

valentine (daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada

setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari

kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Sumber-sumber menyatakan lagi, antara kepercayaan orang Rom pada ketika itu,

ialah menulis nama remaja wanita pada sehelai kertas, kemudian digulung

beberapa helai lagi kertas kosong yang tidak bertulis apa-apa, lalu diletak

di atas meja, kemudian dipersilakan remaja lelaki yang berhasrat kahwini

wanita itu mengambil sehelai kertas yang disediakan. Jika namanya keluar

kepada mana-mana lelaki yang mengambil kertas yang tertulis namanya, lelaki

berkenaan diberi tempoh setahun untuk bercinta, sebelum perkahwinan

diteruskan atau majlis seumpama itu diulangi lagi pada tahun-tahun hadapan.

Setelah sekian lama budaya ini berjalan dalam masyarakat Rom, kalangan ahli

agama Kristian menyatakan rasa kurang senang mereka dengan budaya ini, lalu

perayaan hari kekasih ini diharamkan, kerana ramai muda-mudi menjadi rosak

akhlak, akibat budaya buruk ini. Tetapi budaya ini dihidupkan semula pada

abad ke-18 dan 19 Masihi, iaitu dengan mencetak kad-kad Valentine yang

mengandungi ucapan-ucapan seperti Happy Valentine's Day and I'll always love

you, will you be my valentine? dan sebagainya.

Berpandukan fakta dan maklumat ini, saya berminat menarik beberapa

kesimpulan berikut:

Pertama, perayaan Valentine's Day mempunyai hubungan kepercayaan dengan

agama berhala yang memuja patung. Amalan memuja patung dan berhala dalam

Islam adalah salah dan berdosa besar. Dosanya tidak diampuni Allah, kecuali

dengan taubat yang suci dan bersih.

Kedua, sejarah asal kelahiran perayaan ini dipercayai ada hubungannya dengan

kisah dongeng, iaitu seekor binatang ganjil menyusukan datuk bandar Rom,

lalu memberi kepadanya kekuatan tenaga dan fikiran. Kepercayaan ini

bertentangan akidah Islam yang mempercayai bahawa Allah jua yang memberi

kekuatan kepada hamba-Nya.

Ketiga, ucapan perayaan yang dilakukan dengan menyembelih anjing dan

kambing, kemudian melumur darahnya kepada badan dua pemuda dan membasuhnya

dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah bandar, kemudian

mencalit badan siapa jua yang sempat dicalit dengan darah anjing dan kambing

adalah suatu amalan kotor dan keji dari segi Islam.

Keempat, ramai penganut Kristian meragui kesahihan St. Valentine mempunyai

hubungan dengan amalan pemujaan patung dan berhala. Jika sumber-sumber

Kristian meragui kebenarannya, maka orang Islam lebih wajar menolak perayaan

itu, kerana ajaran hendaklah berasaskan berita yang sahih dan benar.

Kelima, perayaan ini pernah diharamkan oleh paderi-paderi Kristian di Itali

pada suatu ketika dahulu, dengan alasan ia banyak merosakkan akhlak

muda-mudi mereka. Umat Islam sepatutnya tidak mengambil apa yang buruk dan

diakui keburukan oleh pengamal-pengamalnya sendiri. Sebaliknya mereka

disuruh mengambil langkah-langkah mencegah perbuatan seumpama itu, atas nama

amar makruf dan nahi mungkar.

Sebagai seorang muslim, mungkin kita bertanya lagi, mengapa perayaan

memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam

tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Bagi menjawab kekeliruan ini, saya katakan:

1. Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan

penghayatannya oleh nabi. Dalam sebuah hadis, baginda bersabda: Setiap kaum

ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu

Hari Raya fitrah dan Hari Raya korban. (al-Bukhari 952, Muslim 18920).

2. Kita dilarang keras meniru kaum musyrikin atau penyembah berhala. Sesiapa

meniru budaya sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kaum itu. Banyak ayat

al-Quran dan hadis melarang amalan meniru, seperti sabdanya: Sesiapa

menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dalam kaum itu.

3. Percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan

melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang,

tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi hendaklah

berjalan di bawah payung iman dan takwa.

Berpandukan alasan-alasan tersebut di atas, ulama Islam sepakat memfatwakan

haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut

ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti

menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan

sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah

Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa

Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain.

Saya sangat cenderung kepada fatwa mereka, kerana budaya Melayu dan agama

Islam sudah cukup bagi mengeratkan hubungan kasih sayang dan tolong-menolong

sesama manusia. Nama Hari Kekasih atau dalam istilah asalnya Valentine's Day

cukup menggambarkan bahawa perayaan ini terasing daripada budaya Islam.

Ibu bapa yang beragama Islam seharusnya tidak memberi kerjasama kepada

anak-anak remaja mereka ikut serta dalam perayaan ini. Mungkin imam-imam

masjid juga dapat membantu menyebarkan kefahaman yang betul menerusi

khutbah-khutbah Jumaat dan ceramah-ceramah agama, sebelum budaya ini

membesar dalam masyarakat ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih

kepada saudara yang mengemukakan pertanyaan, semoga Allah memberi hidayah

dan taufik. Wallahualam.


_________________________________________________________________

Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp.


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-->

Get your FREE credit report with a FREE CreditCheck

Monitoring Service trial

http://us.click.yahoo.com/ACHqaB/bQ8CAA/ySSFAA/igXolB/TM

---------------------------------------------------------------------~->

hantar Mesej : mmp@onelist.com

Daftar mmp ML : mmp-subscribe@onelist.com

Berhenti mmp ML : mmp-unsubscribe@onelist.com

MMP Indah dan Cemerlang

Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/

> Do you know Philip Morris U.S.A.?

> Philip Morris U.S.A. brands include Marlboro,

> Virginia Slims, Benson &

> Hedges, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge,

> Bristol,

> Bucks,Chesterfield, Collector's Choice, Commander,

> English Ovals,Lark,

> L&M,Players, Saratoga, and Superslims.

>

> From CIA official statistics:

> 1. Total World Population: 6.5 Billion

> 2. Total Muslims in the world : 2 Billion

> 3. Total Smokers in the world : 1.15 billion

> 4. Total muslim smokers in the world :400 million

> 5. Largest Cigarette maker is Phillip Morris

> 6. Phillip Morris donates 12% profits to Israel

> 7. Total Muslim money to Morris $400 million DAILY

> 8. Average profit margin is 10%

> 9. Average profit for Phillip Morris is $40

> million DAILY

> 10. Thus $4.8 million of Muslim money goes to Israel

> every single DAY

> .......yes DAY!!!

>