Ilmu 011

sunnah rasulullah saw dalam tidur...

sepanjang yg saya ingat insyaallah..

amalan sebelum tidur:

baca surah sajadah dan surah al mulk

ambil wudhu

solat sunnat taubat

hisab diri apa yg telah kita buat sepanjang hari

( amalan saidina umar ra)

ketika hendak tidur:

baca ayat qursi,surah annas,surah al ikhlas, surah qula'uzubirabbil

falak(yg ni saya akan cuba check balik secara tepat)..hembus pada

tangandan sapu seluruh badan kecuali kemaluan dan tapak kaki...

cara sapu:tangan kiri diletakkan di atas kepalatangan kanan mengusap

muka, kemudian melurut badan dari kepala sampai kaki..( susah nak

terang sebab kena tengok..ini untuk hindarkan tangan kiri menyapu

muka)..digalakkan membaca tasbih fatimah:subhanallah 33 kali,

alhamdulillah 33 kali, allahuakbar 33 kali...Allah akan beri kekuatan

lebih baik daripada hamba...( saya pernah mengamalkannya dan

subhanallah memang berkeesan kalau tawajjuh)...

cara tidur:dua cara...satu mengiring ke sebelah kiblat, iaitu tulang

rusuk kanan di bawah...tangan kanan letakkan bawah kepala, tangan

kiri dilatakkan melunjur di atas badan( menjalar ke pinggullah

maksudnya)...ibu jari kaki kiri selit celah belakang kaki kanan...

kalau nak bengkokkan lututu tak mengapa..sebagai keselesaan...

yg satu lagi...tidur seperti mayat cuma kaki kanan menindih kaki

kiri...kepala mengadap ke kiblat..sunnah guna bantal..rasulullah guna

bantal daripada kulit binatang disumbat dengan daun atau pelepah (

saya lupa)tamar...

dianjurkan berzikir perlahan2 sambil terlelap..

banyaklah lagi amalan tambahan:

memaafkan org yg buat salah pada kita

menulis wasiat(yg ni saya cuba cek balik)

halalkan hutang org pada kita..setelah bangun bolehlah tuntut kembali

dsb..maaf saya lupa banyak

doa sebelum tidur bismikallahumma amutu wa ahya

niat bangun tahajjud di akhir malam

bangun tidur:

doa:alhamdulillah hillazi ahyana ba'da ma amatana wailai hinnusyur

jangan sapu muka..sebab tangan kita berjalan/buat jaulah bahasa

lawaknya masa kita tidur...

bangun, basuh tangan kita...ambil wudhu,dan solat dua rakaat( subuh

atau tahajjud)




Entahlah...di hari penuh berkah...penghulu segala hari ni.....jiwa rasa sayu n tak tenteram jer.....entahlah......

Waktu drive ke tempat kerja td rasa cam tak puas hati n nak marah jer....dah lah keter sumer bergerak perlahan jer.....kita dah lah lambat ari ni.....pas tu rasa marah n merajuk kat sesorang tu.....

Kerana ikut rasa geram...lori pjg tu dipintasnya....mcm nak cari maut jer....kena hon sebijik.....tp sengih jer ...rasa cam adventure lah pulak...lepas tu rasa bersalah jer...kesian kat driver lori tu...mesti dia marah....tak senonoh punya pompuan........sori yer driver...hatiku bermonolog.....

Dlm hepi...dlm geram....dlm sayu...perasaan berbaur2......kenapa jiwa tak tenang hari ni......astaghfirullah hal azim......tiba2 teringat satu ayat Quran tu.....surah aper yer?

Nak tulis dlm rumi takut silap pulak....maknanya...

"Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan mu dalam keadaan redha dan diredhai"

Ku bisik berkali2 ayat itu ke hati.......bagaimana mungkin aku kembali dlm keadaan redha dan diredhai?....Ya Allah.......tenangkanlah jiwa ku...moga aku mampu kembali kepadamu dalam keadaan redha dan direhai Mu.....

Tiba2 dalam ketidak tentuan dan kecelaruan ......rasa sebak dan ketenangan mengalir dalam hati.......selangkah ku kepadaMu..seribu langkah Kau kepadaku......begitu hampir sekali Kau kpd hambaMu....tp mengapa hati ini tidak menyedari?......

Akhirnya aku tersenyum sendiri bersama manik-manik jernih yang bakal mengalir ke pipi.....Ya Allah...nur hidayah Mu tidak mengira tempat dan tika.....laut KasihMu luas tak bertepi.....mengapa hamba-hambaMu tidak mampu mengerti??????Aku bermonolog lagi.......hingga seolah2 aku tak menyedari...aku telah sampai ke destinasi......


P/S: Monolog-monolog jugak...kerja tetap kerja....

Amalkanlah


malaikat jibril dan malaikat mikail menangis

ruju: www.mymasjid.com.my

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."



Ya Allah,seandainya dirinya tercipta untukku,utk agamaku,baik utk duniaku dan akhiratku,maka satukanlah kami di dunia&akhirat buat selamanya

MALU.. MALUNYA.. TERAMATLAH MALUNYA!




Aduhai, setiap wanita dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU si wanita tahu menjaga kehormatannya

Kerana MALU si wanita tahu menilai batas- batas sosialnya

Kerana MALU juga si wanita gagal diperdaya pujukan nafsu

Kini si wanita itu sudah hilang MALUnya

Kerana hilang MALU itu terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai

Kerana hilangnya MALU itu si wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL

Kerana kehilangan MALU itu si wanita lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu.

Aduhai, setiap lelaki juga dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU

Kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT

Kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri dan si wanita tentang batas-batas sosial pergaulan, HALAL dan HARAM tu kena INGAT!

Kerana MALU itu, si lelaki menjaga dan mendidik nafsunya. JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu mengingatkan dengan

kata "TAKUTLAH AKAN ALLAH !"

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya

Kerana hilang MALU itu si lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR

Kerana hilangnya MALU itu si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt

Kerana telah hilangnya MALU itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!

Sabda Rasullullah saw, SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN.

Wahai si wanita dan si lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt kerana ingkar akan suruhannya

MALUlah kamu dengan RASULLULLAH saw kerana meninggalkan sunahnya

MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN

MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU

MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA.

MALUlah kamu atas DOSA -DOSA kamu

Maka percayalah bahawa MALU itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar walmungkar!!!

Riya' mempunyai ciri dan tanda-tanda sebagaimana kata Ali bin Abi Thalib ra:

Orang yg berlaku riya' memiliki tiga ciri, yaitu:

1. Dia menjadi pemalas apabila bersendirian.

2. Dia menjadi rajin jika berada di tengah-tengah orang yg ramai.

3. Dia menambah kegiatan/kerajinan kerjanya jika dipuji dan berkurang jika

diejek.

Tanda yg paling jelas adalah berasa senang jika ada orang yg melihat

ketaatannya. Andaikan orang tidak melihatnya, dia tidak berasa senang.

Dari sini diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati seperti api yg

tersembunyi dalam batu. Jika orang melihatnya maka menimbulkan kesenangan

dan kesenangan ini bergerak dengan gerakan yg sangat halus, lalu

membangkitkannya untuk menampakkan amalnya. Bahkan ia berusaha agar

diketahui amalnya itu baik secara sindiran atau terang-terangan.

Diriwayatkan bahwa Abu Umamah Al-Bahili pernah mendatangi seseorang di

masjid yg sedang bersujud sambil menangis ketika berdoa. Kemudian Abu Umamah

mengatakan kepadanya: "Apakah engkau lakukan seperti ini jika engkau solat

di rumahmu? (Teguran ini dimaksudkan untuk menghilangkan sikap riya')."


Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka



Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.


Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-


"Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semuga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tampa hisab. AMIN..... YA RABBALALAMIN