ilmu 015

Bermasyarakat dan Panjang Umur

Pandangan Islam

"Barang siapa yang ingin dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah selalu menyambung silaturrahim." ( Hadits Riwayat Bukhari)


Hasil Kajian

"Kajian yang dibuat selama lebih dari 2 dekad yang melibatkan 37,000 orang menunjukkan bahawa sikap suka menyendiri, yang mana individu tersebut tidak mempunyai seseorang yang terdekat untuk meluahkan perasaan atau masalah peribadinya adalah dua kali ganda mudah diserang penyakit atau mengalami kematian.


Peningkatan risiko kematian akibat merokok adalah 1.6 kali ganda, sementara sikap suka menyendiri adalah 2 kali ganda, membuatkan tabiat ini berdepan dengan masalah yang lebih besar.


Hidup yang suka menyediri adalah lebih sukar bagi lelaki dari wanita. Lelaki mempunyai nilai 2 ke 3 kali ganda untuk mudah menemui ajal dari lelaki yang suka bermasyarakat atau bersosial. Sementara bagi wanita, risikonya adalah 1.5 kali ganda dari wanita yang suka bermasyarakat."

Kenyataan ini dipetik dari buku Emotional Intelligence, karangan Daniel Goleman, m/s 178

Dikendalikan bersama dengan:

Ustaz Firdaus Zuhri


Hukuman Ke Atas Kes Jenayah


Pandangan Islam

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu Qisos berkenaan dengan orang yang dibunuh.( al-Baqarah:178 )

Qisos ialah mengambil pembalasan yang sama


Komen Ahli Psikologi Mengenai Penjenayah Kejam

Bagaimana sesebuah masyarakat berhadapan dengan individu yang mengalami masalah kewarasan (kurang siuman atau psycopath)? Apakah tindakan sesuai terhadap penjenayah kejam seperti perogol atau pembunuh bersiri? Adrian Raine, seorang ahli psykologi yang berpindah dari kerjayanya bertempat di penjara kawalan ketat ke University of Southern California, percaya bahawa pada segolongan kecil manusia, jenayah bukanlah perkara pilihan. Bentuk biologi menghalang mereka dari mengikuti kod moral seperti orang lain. Jadi, apakah patut mengadili mereka sama seperti situasi masyarakat yang lain? Alison Motluk bertemu dengan lelaki yang memikirkan bahawa penjenayah seperti itu patut berhadapan dengan hukuman mati dan imej imbasan otak yang dilakukan ke atas mereka dibenarkan sebagai bahan bukti kukuh semasa proses perbicaraan.


Apakah sifat orang yang mengalami masalah kewarasan?

Mereka adalah manusia yang kurang dari sudut perasaan. Tidak mempunyai perasaan bersalah. Kurang mempunyai sikap penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan. Mereka tidak berpangalaman dari segi emosi seperti kita. Kemungkinan mereka bersifat terlalu kuat daya memikat. Mereka merancang untuk kepentingan diri, dan bersikap terlalu mementingkan diri sendiri, mereka cenderung bersikap memaksa. Mereka bergerak dari seorang kepada seorang yang lain, memanipulasi, menipu, serta memangsakan manusia. Lebih kurang 25% penghuni penjara yang memenuhi ciri-ciri kilinikal yang disebutkan.


Jadi apakah bayangan masalah kewarasan ini terdapat juga pada orang biasa?

Saya lebih cenderung menyatakankan bahawa ianya bersifat tidak tetap. Saya percaya terdapat orang yang di luar sana (manusia biasa) mempunyai masalah kewarasan pada tahap yang tertentu yang bukan bersifat klinikal. Sesetengah masalah kewarasan ini mungkin berguna. Pada keadaan biasa, kita masukan golongan ini ke dalam penjara, tetapi semasa peperangan, mereka diletakkan di garisan hadapan. Terdapat sebahagian dari ahli politik terkenal mempunyai sifat-sifat orang yang ada masalah kewarasan pada paras tertentu, termasuk presiden Amerika Syarikat. Untuk mempunyai kekuatan, berjaya, dan menjadi pemimpin berjaya tanpa mempunyai titik penamat – mungkin memerlukan tahap kewarasan yang berbeza.


Anda telah memerhatikan beberapa bentuk pengukuran pengukuran biologi ke atas mereka yang mempunyai masalah kewarasan. Apakah pertunjuk paling kuat pernah anda temui?

Ransangan physiologi yang lambat adalah tanda paling kukuh mempengaruhi seseorang bersikap anti-sosial di kemudian hari – Perkara ini dirujuk kepada kadar pengepaman jantung yang rendah pada waktu berehat, kadar pengeluaran peluh yang lambat/rendah, aktiviti gelombang otak yang perlahan. Kami pernah melakukan kajian di England untuk kanak-kanak sekolah, mereka bukan di kalangan yang terpilih. Kami mengukur kadar ransangan psysiologi sewaktu mereka berusia 15 tahun, kemudian mengikuti perkembangan mereka selama 9 tahun berikutnya, iaitu sehingga umur mereka mencapai 24 tahun. Kami dapati bahawa pelajar yang rendah ransangan physiologinya akan membesar sebagai penjenayah.


Kenapa ransangan ini sangat penting dalam semua bentuk jenayah yang kejam?

Satu dari teori adalah untuk meningkatkan keaktifan diri. Jika anda mempunyai ransangan physiologi rendah, anda memerlukan suatu aktiviti untuk membolehnya meningkat menjadi normal. Bagi kanak-kanak, bentuknya adalah mencuri, merompak, dan memukul orang.

Sudah tentu, tidak semua mereka akan melakukan perkara seperti itu. Kami dapati kajian telah dibuat di England menunjukkan bahawa pakar pemusnah bom mempunyai kadar denyutan jantung yang sangat rendah. Anda boleh mengambil dua orang yang mempunyai ransangan physiologi rendah – Seorang akan membesar sebagai penjenayah kejam, iaitu membahayakan nyawa orang lain, sementara seorang lagi membesar sebagai pakar pemusnah bom, iaitu menyelamatkan nyawa orang lain.


Anda juga telah melihat melalui imbasan otak penjenayah. Apakah perbezaan otak mereka ini?

Kami telah melakukan kajian terhadap imej otak terutamanya pada penjenayah yang pernah terlibat dengan kesalahan membunuh. Kami lakukannya ke atas 41 orang yang pernah terlibat dengan kesalahan yang disebutkan. Kesalahan itu mereka lakukan di Carlifornia. Kemudian kami padankan imej tersebut dengan 41 dari sampel kawalan – iaitu orang biasa yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah. Kami menggunakan teknik yang dikenali sebagai PET, positron emission tomography. Kami memerhatikan fungsi otak melalui penilaian ke atas metabolisma glukos. Sel-sel menggunakan glukos sebagai bahan bakar. Lebih banyak glukos digunakan di sesuatu bahagian, maka bahagian otak tersebut adalah lebih aktif. Kami berikan mereka tugas di mana nilainya di antara 0 hingga 9 akan tersiar pada satu skrin. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah menekan suatu butang yang disediakan setiap kali mereka melihat 0. Nombor akan tertera pada skrin setiap saat selama 32 minit, dan anda perlu melihat saat demi saat untuk melihat angka 0. Kerja ini sangat membosankan, tetapi pengawasan adalah salah satu dari tugas kortex hadapan (prefrontial cortex) dan kami mengetahuinya dari kajian yang telah dibuat sebelum ini, di mana tugas tersebut akan mengaktifkan kawasan dimaksudkan.

Seperti yang dijangka, kami dapati bahawa otak berfungsi dengan baik pada orang biasa. Tetapi kurang pada pembunuh, fungsi pada bahagian prefrontal, bahagian di mana terletak di atas daripada mata anda dan di belakang sedikit dari dahi.


Kenapa masalah yang terdapat pada prefrontal cortex menyebabkan tabiat yang ganas?

Bahagian otak tersebut mengatur dan mengawal sikap. Ia membuatkan seseorang berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu perkara. Sekiranya rosak, anda tidak akan berhenti dan berfikir seketika, sebaliknya akan hanya mengikut dorongan agresif untuk melakukan sesuatu. Prefrontal cortex ini lebih menyamai brek kecemasan pada kereta. Apabila kereta berada di luar kawalan, brek kecemasan ini akan ditarik. Tetapi bagi penjenayah, mereka tidak mempunyai brek kecemasan ini.


Apakah kemungkinan mereka tidak banyak menggunakan brek kecemasan ini, menyebabkan ia tidak berfungsi lagi?

Sepertimana anda sebutkan, mungkin bentuk otak yang berkenaan wujud, cuma tidak digunakan. Untuk menjawab persoalan ini, kami telah melakukan kajian yang lain. Kami mengukur isipadu prefontal cortex pada otak individu yang bersikap ganas dan antisosial. Saya pernah berhadapan dengan 21 orang bagi tujuan melakukan diagnosis dari sudut psykologi yang dikenali sebagai "Individu yang bermasalah antisosial (antisocial personal disorder)". Ini adalah salah satu bentuk antisosial yang berat bermula sejak dari peringkat umur muda. Sesetengah dari mereka bertanggungjawab dalam kesalahan membunuh.

Kami lakukan imbasan ke atas mereka dan mendapati bahawa bahagian perang (grey matter) di prefrontal cortex mereka kurang sebanyak 11%. Bahagian perang ini terdiri dari sel-sel saraf. Bahagian putih (white matter) adalah gentian saraf yang menghubungkan sel-sel saraf, seperti wayar telefon. Oleh itu pada orang yang melakukan keganasan kami temui kekurangan pada sruktur yang sama menyebabkan otak tidak dapat berfungsi secara baik seperti yang terdapat pada pembunuh.


Apakah pada fikiran anda sebab berlakunya ketidak normalan pada otak?

Masalah semasa lahir menyebabkan kerosakan pada otak, ada yang kesannya kecil, ada yang jelas. Perkara ini berlaku pada kelahiran secara sedutan (forceps), kelahiran yang bermasalah, atau kekurangan oksigen pada janin. Kami telah melakukan kajian ke atas 4269 bayi yang dilahirkan dalam keadaan bermasalah dan masih hidup di Copenhagen, Denmark. Bila bayi tersebut berusia satu tahun, kami menemuramah ibu mereka dan mengukur tahap "penolakan ibu" : ibu tidak berminat kepada anak itu, atau telah telah dimasukkan ke pusat asuhan tertentu sekurang-kurangnya 4 bulan.

Kami ikuti perkembangan lebih 4000 kanak-kanak ini sehingga mereka berumur 18 tahun dan mengenal pasti siapa di antara mereka akhirnya akan bersifat penjenayah ganas. Jawabannya adalah: kanak-kanak tersebut bermasalah semasa lahir serta tahap penolakan ibu yang tinggi. Ia apabila masalah biologi dan sosial hadir bersama membuatkan anda besar kemungkinan akan cenderung bersikap ganas.


Apakah bagi seseorang yang bahagian prefrontal cortex nya mengecut, tahap ransangannya rendah dan sebagainya tetapi mendapat asuhan yang sempurna, anda boleh meramalkan dengan ketepatan yang tertentu bahawa mereka akan bersikap ganas?

Memang benar, kekurangan pada otak adalah adalah bebas dari pengaruh kepincangan sosial. Amat menarik kerana anda mengemukakannya, kerana kajian telah kami lakukan ke atas mereka yang melakukan kesalahan membunuh, kami sebenarnya memisahkan di antara yang datang dari keluarga sempurna dan sebaliknya. Dan kami dapati bahawa mereka yang datang dari keluarga yang kurang bermasalah adalah mereka yang fungsi prefrontal cortexnya lemah. Jika anda seorang yang ganas dan berasal dari keluarga yang sempurna, apa yang menyebabkan sikap menjadi ganas? Ia lebih cenderung kepada masalah biologi.


Apakah pernah anda memberi keterangan di mahkamah bagi pihak yang melakukan jenayah membunuh?

Sekali saya pernah memberi keterangan. Ia berlaku kepada seorang yang mengalami masalah kecederaan pada kepala, dan seorang yang kami percaya pernah melalui beberapa masalah biologi dan sosial yang kemudian mempengaruhi sikapnya untuk melakukan kekerasan. Dia terlibat dalam melakukan dua kes pembunuhan. Tetapi pihak juri masih dengan keputusan bahawa dia bertanggungjawab penuh di atas kesalahan tersebut dan dihukum bersalah.


Apakah kamu percaya bahawa dia bukan benar-benar bersalah?

Saya percaya pada peringkat tertentu dia bersalah. Pada tahap tertentu dia juga telah mengawal sikapnya. Tetapi saya juga percaya bahawa individu tersebut menderita akibat masalah sosial dan kecacatan biologi pada peringkat awal hidupnya, yang mempengaruhinya bertindak ganas di kemudian hari.


Kita tidak bertanggungjawab ke atas apa yang kita warisi, tetapi sudah tentu kita akan bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan?

Saya fikir di sebalik apa yang anda cakapkan, mereka masih boleh memilih. Tidak ada yang memaksa mereka untuk keluar dan membunuh. Anda boleh katakan ianya seperti masalah ketagihan arak, terdapat pengaruh biologi dan genetik yang membuatkan mereka lebih gemar mengambil minuman keras. Jadi mereka bertanggungjawab untuk meminta bantuan, untuk melakukan sesuatu bagi mengurangkan masalah mereka dari membuat kerosakan kepada masyarakat. Anda boleh katakan bahawa perkara yang sama boleh berlaku ke atas penjenayah ganas ini. Mereka tahu bahawa mereka mempunyai risiko ini dan mereka perlu keluar untuk melakukan sesuatu bagi terhadapnya. Baik, tetapi bahagian otak yang mempunyai tanggungjawab mencermin diri dan berfikir secara mendalam adalah prefrontal cortex. Dan sekiranya rosak, telah memberikan bebanan yang bertindan.


Inikah yang anda maksudkan apabila anda bertanya di dalam sebuah buku anda yang bertajuk " Is crime a disorder"?

Memang begitu. Apa yang saya cuba ketengahkan ialah, seperti schizophrenia (penyakit otak yang mempengaruhi perasaan) atau kemurungan atau alkoholik, kita sedar bahawa faktor sosial dan biologi hadir dalam hidup seseorang sejak awal hidupnya menyumbang kepada timbulnya permasalahan mental. Dan saya fikir perkara yang sama berlaku kepada sikap jenayah dan ganas. Terdapat juga mereka yang melakukan keganasan bukan terhasil dari sebarang pengaruh yang dinyatakan. Saya percaya kepada kebebasan kehendak. Saya juga percaya manusia biasa boleh memilih jalan yang merosakkan dalam hidupnya. Saya sebenarnya percaya terhadap hukuman mati. Orang yang membunuh patut dibunuh.


Tetapi anda tidak percaya bagi hukuman mati ke atas seseorang yang dilahirkan semulajadi sebagai pembunuh?

Saya tidak percaya adanya orang yang dilahirkan semulajadi sebagai pembunuh. Tetapi di sana terdapat faktor biologi yang mempertingkatkan keganjilan ke atas seseorang untuk menjadi penjenayah ganas. Dan saya berfikiran sangat berbeza terhadap orang-orang seperti ini. Saya fikir jika kita dapat menentukan pengaruh biologi dan sosial sejak awal kehidupan mereka, dan jika kita lakukan – seperti yang sedang kami mulakannya – yang mana faktor-faktor ini memainkan peranan penyebab yang membentuk sifat jenayah yang kejam, maka saya fikir kita perlu memikirkan dua kali samada untuk menghukum mereka.


Jadi, apa yang perlu kita lakukan ke atas orang yang mengalami masalah kewarasan?

Saya fikir tidak banyak yang dapat kita lakukan. Kita perlu melindungi masyarakat: Jelasnya kita tidak boleh membiarkan mereka ini keluar. Tetapi adakah perlu kita menghukum mereka dengan hukuman seberat yang kita sedang lakukan? Apa yang sedang kita lakukan adalah untuk mengenal pasti masalah awal yang mencetuskan ketidak tentuan dan sikap anti sosial pada kanak-kanak. Jika anda lakukan ini, anda tidak akan berdepan dengan masalah kewarasan bila dia dewasa. Pendekatan melalui perubahan sikap, dadah dan memberi kesedaran semuanya boleh mendatangkan kejayaan. Secara jelasnya, sikap antisosial adalah sesuatu yang muncul akibat dari adanya faktor lain yang bermula sejak zaman kanak-kanak seseorang.


Pada fikiran anda, patutkah setiap yang bersikap jenayah kejam patut melalui imbasan pada prefrontal cortex?

Sebarang maklumat mengenai risiko biologi dan sosial seseorang adalah relevan kepada kes mahkamah.


Perlukan hasil imbasan – bersama dengan maklumat lain yang berkaitan, sebagi contoh, masalah sewaktu dilahirkan dan didikan – akan di ambil kira semasa hukuman dijatuhkan?

Sekiranya seseorang yang mengalami penderaan fizikal dan sex, yang mana ianya sebagai faktor sosial sewaktu dijatuhkan hukuman. Kenapa tidak data dari imej imbasan otak juga? Kenapa tidak faktor yang melibatkan permasalahan pada fungsi otak, yang telah difahami dengan jelas hubungkait di antara kerosakan otak dan keganasan? Data dari imej tidak ada bezanya dari data dari faktor-faktor lain yang yang mungkin menghalang kebebasan bertindak seseorang – yang mena mempengaruhi seseorang ke arah bersikap ganas.


Di terjemahkan dari artikel New scientist, 13 may 2000, Ruangan Opinion Interview