Ilmu 022

.~Minda 10 Adakah kita bersyukur ?

Minggu lalu saya berjumpa dengan seorang kawan

lama yang terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa.

Tetapi yang menghairankan saya bagaimana dia berpuas hati

dengan kehidupannya sekarang ini. Dengan hanya berpendapatan

RM 1050 sebulan untuk 2 jenis kerja yang terpaksa dilakukan

dalam sehari, dia perlu menyara kedua orang tuanya, isteri

dan 2 orang anaknya, seorang sepupu dan juga pelbagai jenis

bil yang perlu dibayar setiap bulan.

Dia menceritakan kepada saya pengalamannya semasa berada di

India yang telah menyedarkan dia untuk sentiasa bersyukur

dengan nikmat yang diperolehi sekarang ini. Dia menyaksikan

sendiri bagaimana seorang ibu yang berbangsa India telah

memotong tangan anaknya sendiri dengan menggunakan parang.

Anak kecil yang tidak berdosa itu meraung kesakitan dan

ibu anak itu hanya memerhati kesakitan yang ditanggung

oleh anaknya itu dengan linangan air mata. Peristiwa ini

menjadi igauan ngeri bagi kawan saya itu. Anda pasti

tertanya-tanya mengapakah ibu tersebut begitu zalim kepada

anaknya? Adakah kerana tangan anaknya itu berpenyakit atau

dia seorang budak yang nakal atau dia telah mencuri? Tidak!!!

Sebenarnya si ibu bertindak begitu semata-mata untuk mendapat

simpati masyarakat. Supaya anaknya dapat menjadi seorang

pengemis untuk mencari sesuap nasi. Begitulah tingginya

nilai harga sesuap nasi di sana sehingga ibu sanggup

mengadaikan anak sendiri.

Terkejut dia dengan keadaan itu menyebabkan roti yang baru

separuh dimakan terlepas lalu jatuh di atas pasir. Dalam

sekelip mata, sekumpulan kanak-kanak menyerbu ke arah roti

yang penuhi pasir tersebut. Keadaan ini menambahkan sayu

hatinya.

Lalu dia pergi ke kedai berhampiran dan membeli kesemua

roti yang terdapat di dalam kedai itu. Dia menghabiskan

kira-kira RM 100 untuk membelinya. Roti yang dibeli itu

diberikan kepada kanak-kanak tersebut. Ketika itulah dia

terfikir betapa beruntungnya dia dapat menikmati apa jua

makan yang diinginkan, memakai pakaian yang diminati dan

bermacam lagi yang hanya menjadi igauan atau mimpi kepada

kanak-kanak tersebut.

Kini saya terfikir adakah saya bersyukur dengan apa yang

saya perolehi sekarang ini? Bagaimana dengan anda. Adakah

anda bersyukur dengan kehidupan anda sekarang? Sekiranya

anda merasakan kehidupan anda perit ingatlah bahawa anda

lebih beruntung daripada kanak-kanak yang kehilangan tangan

untuk mecari sesuap makanan untuk meneruskan sisa-sisa

hidupnya dan keluarganya.

Wahai ibubapa…..

Berapa kalikah anda telah memeluk anak anda hari ini?

Sayangilah mereka.






Pendidik

.~Minda 9 Bagaimana Mendidik Hati ?

Hati atau roh merupakan raja dalam ke­rajaan diri. Justeru itu, hatilah yang harus menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati bererti gagal mendidik dan baiki manusia. Hati mempunyai dua penasihat yakni akal dan nafsu. Jika akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Jika nafsu menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itupun menjadi jahat.

Kelebihan

Anggota lahir hanya sebagai rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya jika hati baik, baiklah seluruh anggota badan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, bila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."

Hati sebagai raja dalam kerajaan diri mempunyai kelebihan daripada semua ang­gota lahir. Dia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menja­lankan sistem kehidupan yang sangat luas. Di dalam hati yang bersifat tersembunyi, pemimpinnya juga tersembunyi. Malaikat akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari Allah. Syaitan pula akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari Iblis. Walaupun hakikatnya semua perlakuan dari Allah jua tetapi kita sandarkan yang jahat kepada syaitan dan yang baik dari Allah, mesti tepat dan benar manakala yang datang dari syaitan ialah kekufuran dan tidak baik.

Hati sangat peka, tidak kira kepada yang positif atau negatif. Hati akan merasa bila datang cabaran. Yakni bila ada rangsangan dari luar misalnya, hati yang sensitif akan cepat tersinggung.

Kadangkala kerana kita tidak berhalus atau tidak ambil perhatian pada perjalanan hati maka kita rasa kita sudah baik dan sudah tenang. Tetapi sebaik sahaja datang cabaran atau rangsangan dari luar, barulah terasa yang sebenar. Misalnya, bila orang marah pada kita, bangkit rasa hendak marah balik. Ini menyedarkan kita bahawa kita ada sifat pemarah. Jika tiada rangsangan tadi, kita merasa hati kita sudah baik dan tiada sifat pemarah. Ini terbukti bahawa apabila timbulnya rangsangan dari luar membuat hati merasai sesuatu. Dari situ timbul kesedaran.

Walaupun hati manusia cuma satu tetapi oleh kerana rangsangan yang datang itu pelbagai, maka pelbagai jugalah rasa dan kesedaran. Misalnya bila mendapat satu kejayaan, hati akan menerima satu rangsangan lalu akan merasa sama ada bangga, riya', ujub atau ego dengan kejayaan itu ataupun rasa syukur dan malu kepada Allah. Pada waku merasa itulah hati yang sensitif akan merasa sedar. Sekiranya hati tidak sedar ia sudah berbuat baik, ini satu sifat terpuji kerana tidak akan berbangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sampai hati tidak bersyukur kepada Allah atas keizinannya kita boleh buat kebaikan.Yang paling buruk ialah bila hati tidak sedar ia jahat. Hati tidak sedar, rangsangan yang datang membuatkan ia rasa bangga atau ego. Lebih berbahaya jika hati yang jahat disedari sebagai hati yang baik. Yang empunya hati tidak akan sedar kejahatannya sampai bila-bila dan tidak akan cuba buat perubahan dengan bertaubat. Bahkan akan terus berbuat jahat kerana merasakan dirinya dalam kebaikan.

Rasa hati terbahagi kepada dua. Kedua-duanya merupakan benih yang ditanam oleh Allah S.W.T. ke dalam hati manusia. Inilah fitrah semula jadi. Ia lahir bersama lahirnya manusia. Cuma sama ada ia akan subur atau terbantut, bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. Misalnya di dalam satu kebun, benih jagung telah ditanam, terpulanglah kepada petani untuk menyiram, membaja dan menjaganya. Jika benih itu baik tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh ataupun ia terbantut. Begitu juga dengan hati. Fitrah baik manusia itu, jika tidak disuburkan dari awal, kemungkinan ia mati akhirnya.

Sebaliknya jika awal-awal telah disuburkan, ia akan berakar umbi di dalam hati hingga mudahlah hati itu menjadi baik. Jika sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga. Perasaan yang positif pada hati boleh dibantutkan jika sejak kecil seseorang itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Maka ia akan terpaksa bersusah payah untuk menyuburkannya kembali. Sebaliknya jika benih yang positif (mahmudah) ini dijaga dan disuburkan sejak kecil maka ia akan subur dan tidak payah lagi bersusah payah bila dewasa. Jika perasaan negatif sejak kecil lagi susah disuburkan maka payah pula untuk ditebang bila sudah dewasa kerana pokoknya sudah teguh.

Begitulah juga sifat mazmumah (sifat keji) jika sudah disuburkan dalam hati sejak kecil dan setelah dewasa baru hendak dibuang maka usaha itu amat payah. Antara benih positif (mahmudah) ialah rasa kasih, penyayang, simpati, pemurah, pemalu, rendah diri, hormat, taat, redha dan sabar yang mana semua ini Allah tanam sebagai sifat positif di hati manusia.

Bantut

Benih negatif pula ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, hasad, bakhil, suka buat fitnah dan lain-lain. Jadi manusialah yang perlu berusaha untuk menyuburkan atau membantutkan yang positif dan negatif itu. Benih kejahatan adalah umpama harimau tidur dalam diri manusia sama ada dapat mengawal atau mematikannya . Bila benih mahmudah disuburkan maka benih mazmumah akan bantut atau mati. Jika benih mahmudah yang kita suburkan maka malaikat akan turut membantu menyuburkannya. Maka pada ketika itu bersihlah hati kita. Sebaliknya, jika benih negatif yang kita suburkan maka syaitan akan membantu mengotorkan hati kita maka kotorlah ia.





Pendidik

.~Minda 17 Budaya Menuding Jari Kepada Orang Lain Sikap menyalahkan orang lain, jika disedari adalah budaya di kalangan masyarakat kita hari ini. Tidak kira di peringkat golongan mana sekalipun, dari-pada golongan atasan hinggalah golongan marhain. Budaya ini sebenarnya, telah mendedahkan lagi kelemahan diri di mata orang lain, bahkan akan dibenci oleh orang di sekeliling kita.

Beberapa isu yang timbul kebelakangan ini, menjelaskan lagi budaya ini dan yang ketara, ia melibatkan orang Islam, dengan tersiar di dada akhbar harian atau tabloid. Budaya ini sebenarnya telah menggalakkan fitnah, hasad dengki, adu domba dan lain-lain sifat yang keji. Elemen-elemen ini adalah punca ke-fasadan (kerosakan) dan perpecahan di kalangan kita. Sedangkan kita ketahui larangan Allah SWT sangat jelas di dalam Al Quran :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik Kepadanya. (Oleh itu patuhilah larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."

(Surah Al Hujuraat : 12)

Jelas di dalam ayat ini larangan Allah terutamanya terhadap sangkaan-sangkaan atau tuduhan yang tidak berasas, membahayakan atau menyusahkan orang lain. Lantaran, kita sebagai umat yang sedar, wajar untuk menghapuskan budaya bobrok ini di dalam masyarakat kita, atau kelak masyarakat Islam kita hancur dan musnah hasil perbuatan tangan kita sendiri.

Sedarilah hakikat kelemahan kita, jangan berpaling dari kekurangan yang ada. Jalan penyelesaiannya ialah dengan mempertingkatkan amalan dan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada, nescaya umat yang berkualiti akan dapat dijelmakan. Turuti langkah para sahabat mempertingkatkan kualiti diri, pasti diredhai dan direstui Allah SWT.




< Pendidik><FORUM><TAMBAH URL><BUKU PELAWAT><E-MEL>

bil.20/2001

Pendidik

Cikgu.PJJ

Artikel

Forum

Jalinan

RakanWeb

Perihal

10 Orang yang dikasihi dan dibenci oleh iblis

10 orang yang dikasihi iblis

Pada suatu hari Rasulullah dizinkan Allah bertemu dan berdialog dengan Iblis.Baginda bertanya kepada iblis:”Berapa orang yang engkau kassihi daripada umatku?”

Berkata iblis laknatullah:”sepuluh orang(golongan),iaitu:

1 Pemimpin yang zalim

2 Orang yang angkuh

3 Orang kaya yang tidak mempedulikan kemana hartanya disalurkan

4 Orang alim yang membenarkan kezaliman pemerintahan

5 Peniaga yang menipu timbangan

6 Peniaga yang menyorok barangan(dengan tujuan untuk diperniagakan di waktu susah dengan harga yang tinggi)

7 Orang yang berzina

8 Pemakan riba

9 Orang bakhil yang tidak mempedulikan dari mana datangnya harta mereka

10 Orang yang mengekaklkan meminum arak.”

10 orang yang dibenci iblis

Bertanya Rasulullah:”Berapa orang pula yang engkau paling benci?”

Jawab iblis:”Dua puluh orang.Sepuluh di antaranya ialah:

1 Engkau wahai Muhammad kerana engkau yang paling aku benci

2 Orang alim yang beramal dengan ilmunya

3 Pembaca al-quran yang beramal dengan isi yang dibacanya

4 Orang yang azan kerana Allah menyeru kepada sembahyang lima waktu

5 Orang yang mengasihi orang miskin dan anak yatim

6 Orang yang bersifat penyayang

7 Orang yang tunduk kepada kebenaran

8 Pemuda yang gigih dan kuat mentaati Allah

9 Orang yang memakan makanan yang halal

10 Orang yang mengerjakan sembahyang berjemaah.”



PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com


bil.19/2001/m

Pendidik

Cikgu.PJJ

Artikel

Forum

Jalinan

RakanWeb

Perihal

15 tanda Ego & Sombong

1.Diberi jawatan rasa terhibur

2.Tidak dilantik,rasa tidak tenang

3.Kalau dia seorang pemimpin,arahannya selalu kasar

4.Kalau dia pengikut,payah mahu taat

5.Mudah marah,cepat melenting

6.Emosional,mudah tersinggung

7.Suka berkawan dengan orang bawahan,supaya dirinya nampak tertonjol lebih daripada orang lain

8.Payah menerima pandangan orang lain

9.Dalam majlis,tidak senang bila orang lain memberi pandangan

10.Dalam majlis,mudah memotong cakap orang lain

11.Suka hanya pandangannya saja diterima

12.Suka memperkenalkan diri sendiri daripa memperkenalkan pemimpin dan jamaah

13.Lebih berminat berkawan rapat dengan orang lain daripada jemaah sendiri supaya tidak terikat dengan jemaah dan terserlah kesempurnaan dirinya

14.Tidak senang kemajuan tercetus di tangan orang lain

15.Bercakap selalu dengan suara tinggi.Tidak boleh dicabar,pasti tercabar.



PeNdiDik©2000-2001.Emel:pendidikmy@yahoo.com


.~Minda 4 Siapakah Anda ?

Nilailah di mana anda berada...

NEGATIF...Anda di sini kiranya...

Merasa bangga melihat dirinya maju lebih daripada orang lain.

Suka menonjolkan diri terhadap orang lain

Minta dikedepankan dalam majlis-majlis keramaian.

Membantah teguran orang lain, meskipun bicaranya salah.

Tidak mengendahkan nasihat atau teguran orang.

Suka menindas orang yang miskin dan lemah.

Kerap menganggap dirinya betul dan tidak pernah salah.

Suka memuji-muji diri.

Bermegah dengan keturunan.

POSITIF...Jika anda...

Sentiasa awal dan mendahului

Sentiasa bersemangat.

Sentiasa tekun dan rajin

Kenal potensi dan optimis.

Sentiasa cekal dan tabah.

Sentiasa memperbaiki diri dan keadaan (Sindrom MC Gyver)

Sentiasa bersyukur.

Sentiasa berdoa.

Sentiasa bertawaduk.




Pendidik

.~Minda 14 10 RESEPI KEJAYAAN ANDA

1. Taat kepada Allah,Rasul,ibu bapa, dan guru.

2. Niat yang ikhlas kerana Allah dalam segala perbuatan.

3. Jangan tinggalkan solat fardhu.

4. Membaca Al-Quran setiap hari walaupun sebaris ayat.

5. Memilih kawan yang rajin dan baik.

6. Jangan melakukan dosa dan maksiat.

7. Menjaga kesihatan.

8. Mengurus masa dengan baik.

9. Bersungguh-sungguh ulangkaji soalan UPSR/peperiksaan lalu. Beli buku daripada pelbagai penerbit bagi setiap subjek.

10. Berdoa dan menerima segala hasil dengan hati yang terbuka.

Soaljawab;

S: Bilakah otak berfungsi dengan maksima?

J: Otak berfungsi dengan maksima apabila jiwa kita tenang.

S: Apakah dia ketenangan yang sebenar?

J: Ketenangan yang sebenar ialah apabila hidup kita dirahmati/diredhai oleh Allah.





< Pendidik><FORUM><TAMBAH URL><BUKU PELAWAT><E-MEL>

.~Minda 16 Cinta Cinta pada dunia, dunia akan pergi,

Cinta pada manusia, manusia akan mati,

Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Hari ini kita begitu asyik dengan cinta. Cinta pada harta,

cinta pada dunia dan cinta pada kekasih. Sehinggakan Laila

Majnun, Romeo dan Juliet menjadi idola. Kita juga mengaku cinta kepada yang Esa yang pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari. Buang emak buang saudara kerana kasih diturutkan.

Tapi kita kurang rasa cinta pada Yang Esa. Kita mengaku menyintai Allah tapi tak pernah melaksanakan tanggungjawab kepadaNya. Acap kali kita melafazkan cinta sehingga lalai untuk membuktikan cinta kita pada yang Esa. Sekadar sembahyang lima waktu yang kadang kala kita abaikan. Adakah itu bukti cinta kita pada Allah? Sekadar berpuasa lapar dan dahaga sahaja, ataupun sekadar mengeluarkan zakat atas desakan, itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya?

Amalan kita hanyalah ala kadar saja. Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ini sebenarnya masih jauh lagi untuk membuktikan cinta pada Allah. Cinta sebenarnya ialah cinta yang dipenuhi keikhlasan begitu juga dengan amalan kita kepadaNya.

Tanda-tanda cinta pada Allah:

1. Cinta pada kematian

2. Bermunajat kepada Allah

3. Sentiasa berzikir kepada Allah

4. Berjuang dijalan Allah

5. Melakukan ketaatan dirasakan nikmat

6. Tidak berduka dengan kehilangan sesuatu

7. Menundukkan nafsu

8. Menjalin kasih sayang sesama makluk

9. Takut berpaling daripada Allah.




< Pendidik><FORUM><TAMBAH URL><BUKU PELAWAT><E-MEL>

.~Minda 13 Berikan yang terbaik dan anda akan dikurniakan oleh Allah yang terbaik

Disiplin diri adalah penting dalam mengubah rancangan menjadi realiti malah disiplin diri merupakan fakta penting dalam mencapai kejayaan peribadi.

Disiplin diri membantu kita menumpukan perhatian kepada perkara-perkara yang benar-benar penting dalam kehidupan kita.

Disiplin diri adalah FOKUS seseorang kepada aktiviti-aktiviti penting SEHINGGA SELESAI tanpa mengalihkan perhatian kepada perkara lain.

Di bawah ini disenaraikan beberapa perkara yang boleh dijadikan sedikit panduan kepada anda dalam menangani masalah disiplin diri:

1. Tumpukan usaha anda kepada pencapaian matlamat-matlamat penting anda Laksanakan perkara yang utama dahulu dan ketepikan perkara yang remeh-temeh atau boleh diketepikan buat sementara waktu.

2. Tulis dan pamerkan matlamat yang ingin anda capai dalam jangka masa tertentu di tempat-tempat yang mudah dilihat.

3. Amalkan perancangan harian. Tentukan tugasan yang hendak dilaksanakan dan prioritinya (kepentingannya).

4. Tentukan tarikh akhir yang realistik untuk menyiapkan tugasan yang tidak disukai atau sukar. Tarikh akhir akan menimbulkan rasa mendesak yang akhirnya akan menyebabkan tugas tersebut selesai juga akhirnya.

5. Mulakan dan usahakan sesuatu tugasan. Elakkan daripada terperangkapa oleh keinginan mencapai kesempurnaan sehinggan anda langsung tidak berusaha.

6. Cipta momentum dalam meneruskan sesuatu tugasan yang tidak disukai. Luangkan masa anda untuk menyelesaikannya atau kalau rasa tertekan, mulakan dengan kerja pada bahagian yang mudah.

7. Hitung kos perbuatan anda yang suka melengah-lengahkan sesuatu perkara. Apakah kerugian anda?

8. Pemantauan secara berterusan perlu anda lakukan terhadapa kerja-kerja yang dilakukan. Adakah kejayaan yang dicapai seperti yang diharapkan? Jika tidak, betulkan kesilapan anda.

9. Belajarlah untuk menghargai kerja sendiri dengan meraikan kejayaan dalam melaksanakan kerja anda walau sekecil mana sekalipun tugas tersebut.

10. Selalulah berazam pada diri sendiri " Aku mampu melakukannya".






< Pendidik><FORUM><TAMBAH URL><BUKU PELAWAT><E-MEL>