NASKAH CONTOH BULETIN TARBIAH

MUKA DEPAN BT 259

MUKA DEPAN BT 260

page0001.htm

page0002.htm

page0004.htm

page0007.htm

page0008.htm

page0009.htm

page0010.htm

page0011.htm

page0012.htm

 

 

 

UNIT BULETIN TARBIAH
____________________________________________________________________________________________
Bertarikh : 20 OKTOBER 2005

Assalamuaikum wrt.wbt

Kepada,

SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan/Puan

MELANGGAN BULETIN TARBIAH

Adalah kami dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Buletin Tarbiah diterbitkan sejak tahun 2000 seminggu sekali.Buletin Tarbiah diterbitkan oleh Badan Dakwah Maahad Muhammadi Kota Bahru dengan Kerjasama Maahad Muhammadi Gua Musang. Sesuai untuk bacaan pelajar dan guru dan ibu bapa. Objektif Buletin Tarbiah ialah untuk berdakwah melalui penerbitan. Naskah contoh boleh dilihat di sini (Tanpa Gambar): https://cikgunik.tripod.com/bt

3. Jika pihak tuan berminat untuk melanggan Buletin Tarbiah sebagai bahan bacaan Tuan, maka kami sedia menghantarnya.Caranya : Nyatakan Nama dan Alamat anda melalui :

Email : buletintarbiah@yahoo.com Subjet : (Sila Tulis) Nak Langgan BT

SMS : <BT> <Alamat anda> hantarkan kepada 0199296878

Bayaran: RM 1.00 (Seringgit) senaskah termasuk kos penghantaran . Boleh dibayar jika ada duit, atau bila anda rasa nak bayar.jika tidak kami anggap sebagai usaha dakwah. Soal bayaran kita kira kemudian yang penting anda nak baca BT dan kami hantar pada anda.

Sekian, wassalam

# PEMBENTUKAN INSAN MELALUI TARBIAH #
Yang Menjalankan Tugas,

T.T.

(CIKGU NIK )
Penasihat
Unit Buletin Tarbiah



UNIT BULETIN TARBIAH
______________________________________________________________________________________

Bertarikh : 26 OKTOBER 2005

Assalamuaikum wrt.wbt

Kepada,

SESIAPA YANG BERKENAAN


Tuan/Puan

MEMOHON SUMBANGAN KERTAS MASTER DAN DAKWAT UNTUK BULETIN TARBIAH

Buletin Tarbiah diterbitkan sejak tahun 2000, seminggu sekali.Buletin Tarbiah diterbitkan oleh Badan Dakwah Maahad Muhammadi Kota Bahru . Sesuai untuk bacaan pelajar dan guru dan ibu bapa. Objektif Buletin Tarbiah ialah untuk berdakwah melalui penerbitan.

2. Setiap minggu kami menerbitkan sebanyak hampir 1,000 (satu ribu) naskah Buletin Tarbiah untuk edaran para pelajar. Antara sekolah yang melanggan Buletin ialah Maahad Muhammadi Kota Bharu, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU(A) Gua Musang, Maahad Tahfiz Sains, dan beberapa buah sekolah lain. Hasil keuntungan Buletin akan dimasukan dalam Tabung Badan Dakwah sekolah masing-masing.

3. Oleh kerana kos percetakan yang tinggi maka kami memohoh jasa baik tuan untuk memberi sumbangan berupa Kertas dan Dakwat : Kertas (RM 8.00 satu Rim) dan Dakwat Cetak (RM 83.00 satu tiub (satu tiub untuk dua keluaran).Master (RM 180.00 Satu gulung)

4. Sila lawti naskah contoh Buletin Tarbiah di(Tanpa gambar) :https://cikgunik.tripod.com/bt


Perhatian dan sokongan pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akhlak pelajar..Sekian, wassalam

# PEMBENTUKAN INSAN MELALUI TARBIAH #

Yang Menjalankan Tugas,

t.t

(HARUN ISMAIL)
Penasihat
Unit Buletin Tarbiah

Jika Tuan Berminat untuk memberi sumbangan sudilah kiranya menghubungi kami :
Ustaz Harun Ismail – 0199594815
Ustazah Shamsiah Hayat – 0199111290
Cikgu Nik Abd Rahman Nik Yaacob-- 0199296878