Text Box: Oleh : Ian Safisma 

 "Rumahmu di mana ?" 
tanya cikgu itu. "Tidak jauh, cikgu. Di belakang kebun kelapa di belakang surau. Kira- kira sepuluh minit berjalan."
"Jom, kita pergi," kata cikgu. Keduanya berjalan perlahan-lahan kerana cikgu Halimah berkasut tumit
tinggi. Apabila sudah agak dekat ke rumahnya, "Belok ke kanan, cikgu," Murad memberi tahu gurunya, "rumah papan di hujung lorong ini."
Tiba di rumah Murad, neneknya sedang duduk di atas ambin di bawah keteduhan sebuah pohon rambutan di halaman rumah. "Assalamualaikum," sahut cikgu Halimah.
"Waalaikumsalam," jawab nenek Murad, tercengang melihat
tamu yang tidak dikenalinya, "kamu ini siapa ?"

"Saya cikgu Halimah, mengajar di sekolah Murad." "Silakan duduk, cikgu". Cikgu Halimah duduk di ambin itu, kakinya terjuntai ke tanah. Murad naik ke rumah,
menyimpan begnya.
"Apakah Murad melakukan kesalahan di sekolah ?" Tanya nenek itu yang masih kebingungan kerana tiba-Text Box: tiba didatangi oleh seorang guru. Berita buruk apakah yang dibawa guru itu.
"Tidak. Murad tidak melakukan kesalahan apa-apa. Saya hanya ingin menyiasat kisah Murad. Tiap-tiap pagi Murad berdiri di pintu sekolah menunggu ayahnya lalu di depan sekolah. Saya risau keadaan ini akan mengganggu
pikirannya dan pelajarannya. Bolehkah nenek terangkan
mengapa Murad berkelakuan demikian ?
"Kisahnya panjang &." nenek itu memulakan ceritanya.

"Murad ni  seorang anak tunggal. Dulunya di tinggal bersama ibu ayahnya di kampung Jambu Air, kira-kira dua  batu dari sini. Ibunya menjual sayur di pasar di sebelah pagi dan pulang tengahari. Ayahnya bekerja di gudang
kain batik. Kira-kira setahun yang lalu, ibunya terlibat dalam kemalangan jalanraya dalam perjalanan ke pasar.
Akibat kemalangan itu, ibunya meninggal.
"Tinggallah Murad duduk bersama ayahnya. Ayahnyalah yang
menggantikan ibunya menguruskan makan minumnya, mencuci
pakaian sekolahnya, dan sebagainya. Walaupun dalam keadaan ketiadaan ibunya, hidup Murah biasa saja,
seperti budak-budak lain.

Kira-kira lima bulan yang lalu, ayahnya kawin lagi dengan seorang janda yang tinggal dekat dengan tempat kerjanya. Janda ini mempunyai anak lima orang. Suaminya meninggal kerana jatuh dari pokok kelapa. Janda ini enggan pindah ke rumah ayah Murad, lalu ayahnya yang pergi duduk di rumah isteri barunya. Janda ini enggan mengambil Murad tinggal bersamanya kerana anaknya sendiri sudah begitu ramai. Maka Murad dihantar tinggal di sini dengan nenek kerana tiada siapa yang dapat mengurus makan minumnya.
Pada mulanya, ayahnya datang menemuinya setiap hati dalam perjalanan pulang dari kerja. Tiap-tiap hari Murad
diole-olehi dengan kueh, goreng pisang, gula-gula dan lain-lain yang digemari Murad. Maka duduklah anak dan
Text Box: ayah beberapa jam. Setelah makan di sini dan waktu Murad akan masuk tidur, barulah ayahnya pulang ke rumah
isterinya. Hanya sekali sekala kalau ayahnya keluar malam ke bandar, Murad tidak diziarahinya. Tapi keesokan
harinya, datanglah ayahnya seperti biasa.
Kira-kira tiga bulan yang lalu, terdengar kabar bahawa isterinya mengandung. Ayah Murad dilarang oleh isterinya
menziarahi Murad setiap hari. Tiap-tiap petang Murad duduk di tangga menunggu ketibaan ayahnya. Kadang-kadang
sampai berjam-jam dia menunggu. Setiap kali bila
terdengar olehnya suara motorsikal, lekas-lekas dia turun ke laman untuk melihatnya, dan setiap kalii hampa
harapannya. Kadang-kadang dia tak mau makan kerana ingin menunggu ayahnya datang untuk makan bersamanya seperti
dulu. Tapi ayahnya tak pernah muncul lagi. Hati nenek juga teriris pilu bila melihat Murad dengan airmatanya
melilihi pipinya setiap senja.
"Mengapakah nenek tak menyunsung ke rumah ayahnya, ?" sampuk cikgu Halimah.

"Bagaimanakah nenek nak pergi ? Nenek sudah tua, tak kuat berjalan jauh. Lagipun nenek tak tau di mana
rumahnya ibu tiri Murad," jawab nenek itu sambil mengesat matanya dengan belakang tapak tangannya. "Nenek
sendiri sudah tak tahan lagi melihat penderitaan Murad  tapi tiada apa yang dapat nenek tolong."

"Tak apalah nenek, biar saya yang cuba menguruskan hal ini," kata cikgu Halimah. "Serahkan semua ini kepada
saya. Baiklah nenek, biar saya pulang dulu  memikirkan tindakan yang sebaiknya." Cikgu Halimah mengangkat
punggungnya dari ambin itu dan kakinya turun ke tanah. Perlahan- lahan guru itu berjalan keluar ke lorong dan
hilang dari pandangan. 

Keesokan harinya: Seperti pagi-pagi yang telah berlalu, Murad sudah pun berdiri di pintu sekolahnya menunggu
kelibat ayahnya lalu di jalanraya depan

Di Mana Ayahku? (Bhg. Akhir)

Detik 12 mlm telah berlalu,

1 Ramadhan tahun ini menutup pintunya,

Terdetik di dalam hati,

Adakah telah ku laluinya dengan sempurna?

 

Jasad terduduk lesu,

Hati tidak menentu,

Amat dapat dirasai,

Dunia masih beraja dihati.

 

Tekadkan hati,

Teguhkan langkah,

Untuk terus berdiri,

Di medan perjuangan ramadhan ini.

 

Esok ramadhan masih menemani,

Tapi adakah aku akan berada di sini?

Buletin Tarbiah 259

7