Text Box: Keesokan harinya: Seperti pagi-pagi yang telah berlalu, Murad sudah pun berdiri di pintu sekolahnyamenunggu
kelibat ayahnya lalu di jalanraya depan sekolahnya. Baru saja dia meletakkan beg sekolahnya di tanah, cikgu Halimah pun sama tiba di pintu sekolah, lebih awal dari biasa. Melihat gurunya, Murad berkata, "Assalamulaikum. Selamat Pagi, cikgu."
"Waalaikumsalam. Murad, hari ini kita menunggu ayahmu bersama-sama," kata cikgu Halimah.
"Mengapa cikgu ?" jawab Murad, kebingungan dengan tindakan guru itu.

"Kamu akan mengetahuinya nanti," jawab guru. Belum sepuluh minit mereka berdiri di pintu sekolah itu,
kedengaran bunyi jentera motorsikal mendatangi arah sekolah. Keduanya memandang ke arah bunyi itu. "Apakah itu ayahmu, Murad ?"
"Ya. Itulah ayah. Motorsikal biru."
Sebelum motorsikal itu sampai ke pintu sekolah, cikgu Halimah sudah keluar berdiri di pinggir jalan. Apabila penonggang itu agak 20 ela dari pintu sekolah, cikgu Halimah meluruskan tangan kirinya memberi isyirat kepada penonggangnya menyuruhnya berhenti. Motorsikal itu pun
mengurangkan lajunya dan rodanya mula berputar perlahan-lahan menuju ke pinggir kiri jalanraya. Motorsikal itu berhenti tepat pada tempat guru perempuan itu berdiri. Penonggangnya masih kehairanan kenapa dia dilambai agar berhenti oleh seorang perempuan muda. Dia
pun membuka topi keledarnya, 

"Ada ada, puan ?" tanya
lelaki itu. Cikgu Halimah memanggil Murad keluar dari balik tembok
pintu sekolah, lalu berkata kepada lelaki itu, "Apakah budak ini anak encik ?"
Dia memandang kepada Murad dengan muka bersalah, "Ya, dia anak saya."
"Saya, cikgu Halimah, guru di sekolah ini. Tiap-tiap pagi Murad berdiri Text Box: di pintu ini mengintip wajah encik
kerana terlalu rindu kepada ayahnya."
Lelaki itu pun turun dari motorsikalnya dan menuju Murad, anaknya yang berumur 10 tahun. Dengan airmuka yang muram bercampur sedih dan bersalah, dia mengangkat Murad dan dipeluk cium budak itu sambil tangannya mengosok-gosok belakang anaknya.

"Ayah, Murad rindu pada ayah. Murad berdiri di sini
tiap-tiap pagi untuk melihat wajah ayah, tapi ayah tak pernah menoleh," kata anak itu. 
"Tak apalah. Mulai hari ini, ayah akan berhenti di sini tiap-tiap pagi ," lelaki itu cuba memujuk. Diambil sapu
tangan dari saku seluarnya dan dikesatnya airmata anaknya yang melilih di pipi. Cikgu Halimah menonton
dengan tidak berkata melainkan kegirangan melihat Murad didukung ayahnya lagi. Melihat ayah dan anak sudah
bertemu kembali, cikgu itu berpaling dan berjalan perlahan-lahan menuju bangunan sekolah.
"Ayah betul ayah akan jumpa Murad tiap-tiap hari ? tanya Murad lagi seolah-olah belum percaya akan janji
ayahnya.
"Betul  Murad. Ayah akan singgah di sini setiap pagi. Murad tunggu saja di sini seperti biasa," jawab ayahnya
sambil menurunkan anaknya. "Kau ada duit untuk membeli apa-apa hari ini ? sambil menyeluk poket belakang untuk
mengeluarkan beg duitnya. "Semenjak ayah tak datang lagi, Murad tak pernah ada duit poket, ayah. Nenek tak pernah bagi."

"Jadi, bagaimana kau membeli makanan pada waktu rehat ?"
"Murad tak membeli apa-apa, ayah. Nenek bekalkan telur rebus sebiji, kadang-kadang goreng pisang atau nasi."
"Bagaimana kau membeli air minum ?"
"Murad tak beli, ayah. Di belakang tandas ada perigi dan timba. Murad minum air perigi. Tapi, kadang-kadang ada kawan bagi Murad minum seteguk air sirap yang dibeli." Ayahnya mengeluarkan duit satu ringgit dan dihulurkan
kepada anaknya. "Ambillah ini buat membeli apa yang kau mau."
Text Box: `Ayah, Murad tak perlukan duit. Murad perlukan ayah. Mak sudah tak ada. Murad mempunyai ayah seorang aja."
"Tak apalah, simpan dulu duit ini. Janganlah kau pikirkan lagi. Ayah akan datang berjumpamu di sini setiap hari. Ayah dah terlambat. Ayah mesti pergi kerja sekarang."
"Ayah, jangan lupa ya.. yah. Murad akan tunggu ayah di sini esok pagi."
"Tak, ayah tak lupa, " kata ayahnya sambil mengangkat lagi budak itu, didukung dan digosok-gosok belakangnya. "Baiklah, ayah mesti pergi dulu. Esok kita jumpa lagi."

Dia menurunkan naknya dan melangkah ke motorsikalnya. Motorsikal bergerak dan Murad memandang ayahnya sampai
hilang di lingkungan jalan. Dia pun mengambil begnya dan berjalan menuju kelas. Matanya basah, kali ini bukan
kerana hampa tapi kegirangan dapat bertemu kembali dengan ayahnya.
Hari berganti minggu & minggu berganti bulan .. bertemulah Murad dan ayahnya setiap pagi di muka sekolah. Sombat kembali normal seperti budak-budak lain.

Tiga bulan kemudian: Suatu pagi yang sejuk, kerana tadi malamnya hujan sepanjang malam. Jalanraya basah dan ada bagian yang lecak dan berlumpur. Seperti pagi-pagi yang telah berlalu, Murad menunggu ayahnya. Tak lama berdiri di pintu sekolahnya, kedengaran bunyi motorsikal mendatanginya.
"Murad, ini ayah bawakan apple dan limau untukmu makan pada waktu rehat," kata ayahnya sambil menghulurkan
sebuah kantong plastik . "Tapi Murad sudah ada makanan, ayah. Hari ini nenek
bekalkan nasi dengan telur goreng. Ayah, Murad tak perlukan makanan atau duit. Murad perlukan ayah." "Tak apa, simpanlah untuk makan di rumah." "Ayah, mulai hari esok sekolah tutup. Tutup dua minggu. Jadi, bagaimanakah akan Murad menemui ayah ?"
"Seperti biasa di sini apabila sekolah buka," jawab ayahnya. Murad terdiam sebentar. "Apakah ini bermakna Murad tak akan jumpa ayah selama dua minggu ?" tanya budak itu dengan airmuka yang risau. "Dua minggu tak lama, Murad.

Di Mana Ayahku? (Bhg. Akhir)

Buletin Tarbiah 259

10