Text Box: Kejam celik kejam celik dua minggu akan berlalu dengan cepat. Dan apabila sekolah dah buka, kita bertemu lagi di sini."
Murad termenung, mukanya mengerut, seolah-olah tidak
pasti akan nasibnya di masa depan. "Mengapa ayah tak pergi ke rumah nenek lagi ?"
"Ibu tirimu mengamuk kalau ayah balik lambat. Kirim salam saja pada nenek."
"Ini lima ringgit untukmu berbelanja waktu cuti sekolah," kata ayahnya sambil menghulurkan duit kepada
Murad seolah-olah sudah dipersiapkan dalam sakunya.

Murad mengambil uang itu, digenggamnya di tangan kanan. "Baiklah, ayah pergi dulu. Kita jumpa lagi waktu sekolah buka. Belajarlah rajin-rajin," sambil mendukung anaknya
sebentar, menggosok-gosok belakangnya. Ayahnya pun menonggang motorsikalnya dan berderum ke
depan menghilang di lingkungan jalan. Murad masuk ke
sekolah menuju kelasnya.
***
DUA MINGGU KEMUDIAN: Sekolah buka lagi. Pagi-pagi lagi
Murad sudah keluar rumah, membahu begnya berjalan menuju
sekolah. Hatinya girang kerana akan bertemu ayahnya lagi setelah kerinduan dua minggu. Mukanya cerah disuluh cahaya matahari pagi yang menyinari sawah-sawah di kanan
kiri jalan.

Tiba di pintu sekolah, Murad meletakkan begnya di tanah, dan seperti biasa memandang ke arah jalanraya di luar bandar itu. Duapuluh minit telah berlalu, belum lagi ada
motorsikal biru mendatang. Tak lama kemudian, kelihatan cikgu Halimah sampai di muka sekolah, kali ini menaiki motorsikal Honda Dream berwarna putih, mungkin baru
dibelinya. "Ayahmu belum sampai lagi, Murad ?" Tanya guru itu.
"Belum cikgu. Dah lama saya menunggu," jawab murid itu.
Text Box: "Mungkin ayah tak tau hari ini sekolah dibuka." "Sekolah buka atau tidak, kan di sini arah perjalanannya ke tempat kerja ?" cikgu Halimah mula merasa bimbang lagi.
"Tak apa, cikgu. Biar saya tunggu di sini."

Cikgu Halimah tidak berkata apa-apa lalu terus memasuki halaman sekolah dengan motorsikal barunya. Sepuluh minit berlalu dan loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah bermula. Ayah Murad masih belum kelihatan. Murad mengambil begnya dan jalan untuk beratur bersama-sama kawan- kawan sekelasnya.Esok paginya Murad m enunggu di muka sekolah seperti yang dijanjikan dulu. Esok berganti lusa & lusa berganti tulat & dan seminggu telah berlalu semenjak sekolah dibuka. Ayah Murad belum kelihatan berlalu di depan sekolah.

Setiap pagi Murad menunggu .. dan menunggu .. Dan menunggu .. tapi bayang ayahnya tidak menjelma di
jalanraya lagi. Setiap hari, tertanya dalam hatinya, "Apakah sebabnya ?"
Hari Selasa, dua minggu setelah sekolah dibuka. Cikgu Halimah sampai di muka sekolah, melihat lagi Murad
berdiri seorang diri seolah-olah menunggu sesuatu yang
tak akan tiba. Cikgu Halimah berhenti sebentar. Murid-murid lain bermain seperti biasa di lapangan sekolah. Pagi itu mendung, hari menunggu hujannya turun. Angin sejuk meniup sepoi-sepoi bahasa. Pemandangan Murad
tajam tertuju ke arah jalanraya tempat ayahnya biasa berlalu.
"Murad, jika hari ini ayahnya tak datang, cikgu akan siasat di rumah ibu tirimu dan di tempat kerjanya.
Sudahlah, jangan tunggu di sini lagi. Masuklah ke kelasmu."
***
Sebelum loceng sekolah berbunyi menandakan waktu pulang,
cikgu Halimah sudah keluar dari sekolahnya menaiki mtorosikal Honda Dream barunya. Murid-murid lain mulai bersurai. Murad seorang yang
keluar terakhir. Kelihatan dia berjalan Text Box: perlahan-lahan seolah-olah tak larat untuk melangkahkan kakinya.
Mukanya tunduk memandang ke tanah. Murad berjalan
menyusuri pinggiran jalan sambil mengelakkan lecak-lecak
peninggalan hujan tadi malam dan siang tadi. Tak tau apa
yang dipikirkan. Kepalanya selalu tunduk. Sewaktu akan membelok ke lorong kecil ke arah rumahnya, kedengaran
bunyi motorsikal yang garing dari enjin yang masih baru. Dut.. dut.. dut.. Penonggangnya ialah cikgu Halimah.
Sampai di tempat Murad yang masih berjalan, guru itu berhenti dan mematikan enjinnya. "Murad, saya baru saja ke rumah ibu tirimu. Katanya ayahmu sudah seminggu tidak pulang ke rumah, setelah bergaduh dengan ibu tirimu. Cikgu telah pergi ke gudang
kain batik tempat dia bekerja, kata mereka dia sudah berhenti kerja. Tidak seorang pun tau ayahmu ada di mana
sekarang."

Murad terpegun mendengar laporan gurunya. Kelihatan Murad seakan hendak menangis tapi ditahan kesedihannya 
matanya memandang ke arah semak-semak di tepi jalan. Keduanya diam sebentar, kemudian dengar terketar-ketar
Murad berkata, " Jadi, apakah yang harus saya lakukan sekarang, cikgu ?"
"Kamu tak perlu lagi menunggu ayahmu di pintu sekolah," jawab gurunya. Murad memandang muka gurunya, seolah-olah
tidak setuju dengan nasihat itu.
"Saya akan tetap menunggunya, cikgu," jawab Murad kembali, lalu berjalan perlahan-lahan ke arah rumahnya, meninggalkan gurunya di tepi jalan seorang diri. Suara Murad masih kedengaran, "Saya akan menunggunya  saya
akan menunggu .. dan menunggu.. dan menunggu "
Masuk ke halaman rumahnya, Murad meletakkan begnya di atas ambin, lalu duduk mukanya memandang ke lorong
sejenak.. nafasnya mengeluh... mulut berkata, "Ya, Allah. di mana ayahku ?"
*** S e l e s a i ***
[Isi cerita dari laporan "Cikgu Halimah" (bukan nama sebenar). Dicerpenkan oleh Ian Safisma.]

Di Mana Ayahku? (Bhg. Akhir)

Buletin Tarbiah 260

7