Text Box: Sumber : Blog Faiz
(Tulisan ini menggunakan bahasa informal ; Harap Maklum)

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil Hamd.." Man memulas tombol suara di speaker Bosenya. "Haa, baru ada umphh sikit…takbir Malaysia.." 
"Umphh ke tak umphh ke, yang ko tu bertuala, pergi la mandi cepat..karang masbuk semayang raya macam tahun lepas.." Lan menjerit dari depan cermin.Tak sudah- sudah dibuka dan dikilasnya kembali sampingnya itu. 
Text Box: "Tau la..nak pegi la ni.." Man bergegas ke tandas. "Haa, masuk tu kaki kiri ye…jangan lupa lak pakai selipar tu.." Sempat lagi Lan menambah. "Ye la ye la..heih, tak habis- habis dari tadi.."
Lan gelak kecil. Padan muka, fikirnya. Sepul yang di sebelah Lan, membetulkan baju melayu Johornya di depan cermin. Kancing berantainya tersusun kemas. 

Beberapa minit kemudian, Man keluar dari tandas. Menyedari dia yang paling lambat sekali siap, cepat- cepatnya dicapai baju Melayu yang siap bergosok malam tadi. 
"Waa, melaram habis hari ni ye?" Suara Man samar- samar. Kepalanya masih di dalam baju Melayu yang disarungnya itu. 
"Ye la, bukan macam ko, melaram masa nak jumpa budak pompuan je..huhu.." Kata Lan. "Hari ni kan raya, sunnah la pakai antara pakaian terbaik yang ko ada.." 

"Dah..dah..jangan nak start awal- awal pagi ni..Jom kita blah cepat..Lan, campak kunci keta atas meja aku tu.." 
"Hah, sambut.." 
Baru sahaja Sepul memakai kasutnya, tiba- tiba dibukanya kembali. Kurma di dalam peti sejuk dikeluarkan untuk dimakan. 
"Eh, ko dah makan ke?" Tanya Lan. 
"Haah, elok makan dulu sebelum gi semayang raya.." Mulut Sepul asyik mengunyah kurma saki baki Ramadan itu.
"Hmm, betul jugak..ingatkan nak save space nak makan lepas raya..kata makanan best- best nanti.."
"Alah, banyak mana sangat la space kalau ko makan kurma ni pun.." Kata Man yang keluar ke ruang dapur sambil tangannya menyeluk kurma yang masih ada di dalam plastik. Text Box: "Ok, jom..aku makan dalam keta je la.."

****

"Apa la nasib, raya dalam snow jugak kita.." Keluh Lan melihat sekeliling gym area putih dengan salji yang baru turun semalam. 
"Sabar je la..ko bukannya baru sampai US pun..patutnya dah biasa la.." 
Setibanya di gym, Sepul dan Lan terus duduk. Man yang masih berdiri, mencuit bahu Sepul, "Weh, tak semayang sunat dulu ke?" Katanya perlahan.
Sepul berbisik terhadapnya kembali, "Semayang raya mana ada semayang sunat sebelum tu.." Tangannya menarik Man duduk di sebelahnya.
"Habis tu, yang kat Malaysia tu? Selalu orang semayang sunat kan sebelum semayang raya?" Hujah Man balik.
"Tu bukan semayang sunat sebelum raya. Tu semayang tahiyatul masjid, semayang sunat sebelum duduk dalam masjid.." 
"Ooo, sebab kat Malaysia, selalu diorang buat semayang raya kat masjid..kalau buat kat tempat yang bukan masjid, takde la semayang tahiyatul masjid, kan?" Teka Man ikut logik akalnya. 
"Haah, macam tu la yang sorang syeikh ni bagitau pagi semalam.." 
Mereka bersama bertakbir dengan seluruh jemaah. Sesekali lari rentak dek kerana lainnya rentak takbir ala Malaysia yang dialunkan selama ini.

****

"Lan, Sepul..aku nak kena balik dulu la..kejap lagi lab.."
Sepul menyudahkan saki baki lasagna yang masih di pinggannya itu. "Jap jap..akupun nak kena balik jugak ni..ada kelas jugak.."
Lan menyapa dari belakang, "Hmm, jap aku pegi tapau donat..heheh.."

Sembang-sembang Raya Dari US

JALAN BAHAGIA

Hijjaz

 

Bukan intan permata

Bukan paras rupa

Pandangan Tuhan pada manusia

Beriman dan bertaqwa berakhlak mulia

Disisi Tuhan itu yang utama

Siapa yang berbakti dengan ketabahan

Sabar menempuh ketentuan Tuhan

Baginya syafaat dunia akhirat

Kurnia Tuhan tidak terkira

 

Didalam menjalani hidup didunia

Tiada lepas dari pancaroba

Kita yang diciptakan dengan kelemahan

Perlukan petunjuk panduan Tuhan

Tiada yang kuasa melainkan Dia

Mentakdir menentukan segalanya

Supaya selamat dunia akhirat

Tekun pada amal ibadah

 

Oh.. Tuhan yang Esa

Pada-Mu kami panjatkan doa

Moga dipeliharakan ditetapkan iman

Dunia ini penuh cabaran

Oh Tuhan yang Esa

Untuk-Mu kami tempuh segala

Pandanglah dengan rahmat-Mu

Pandangan kasih-Mu

Pimpinlah kami jalan bahagia

Selamanya

Buletin Tarbiah 259

8