Di Hujung Pena Ini - CikguNik
« April 2024 »
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Tuesday, 7 June 2005
INSAF
INSAF

Minggu lepas cikgu telah kehilangan anak saudara cikgu. Dia telah meninggal akibat kemalangan.Tinggallah suaminya dan anaknya yang masih kecil.Betapa sedih suaminya tak dapatlah cikgu gambarkan, isterinya (anak saudara cikgu tu) pergi pada hari ulangtahun ke-3 perkahwinan mereka.

Namun apakan daya itulah ketentuan Allah. Tuhan yang mencipta kita daripada tiada kepada ada, dan DIA berhak mengambilnya semula.

Peristiwa ini meninggalkan kesan pada diri cikgu. Cikgu amat insaf dengan apa yang terjadi.Betapa tak berdayanya kita menghadapi ketentuan Allah.. Bertapa tidak berhaknya kita berkata ..kalau begitu dan begini.
Usia yang muda belum tentu menjadai sandaran untuk kita hidup lebih lama. Adakah kerana kita hidup pada hari ini maka kita akan hidup juga pada hari esok.

Dalam diri kita ada sekeping hati.
Hati kita tak seharusnya dibiarkan lalai dengan keindahan dunia yang bersifat sementara.Begitu juga dengan perasaan sombong dan angkuh dengan kehebatan yang kita rasa kita yang buat dan milik kita.

Untuk itu ada dua cara yang praktikal untuk kita jadikan hati kita insaf. Pertama, ziarah orang sakit di rumahnya atau di Hospital.
Kedua menziarahi kubur.

Walau bagaimanapun, kedua-dua cara ini akan berkesan kalau dalam hati kita ada iman. Kalau tiada, tak ke mana juga. Hati kita akan kata kasihannya dan akan kata juga yang kena tu orang lain bukan kita. Sehingga kita terlupa bahawa yang terjadi itu tak mustahil berlaku pada kita.
Baru-baru ini juga cikgu ada pergi ke HUSM untuk menziarahi waris( saudara-mara) cikgu yang kemalangan. Tulang betisnya remuk, dan rawatannya ialah dengan memasukkan besi.Betapa tersiksanya dia menahan kesakitan akibat kemalangan itu.Namun apa yang menariknya kesabarannya menghadapinya.

Selepas cikgu terut melawat suami kepada seorang ustazah. Dia tak sedarkan diri akibat kemalangan.Sehingga hari ini keadaannya masih belum pulih dengan sepenuhnya.Sekalung Tahniah kepada ustazah itu kerana sabar dan tabah menghadapi dugaan itu.

Itulah sebab musabab yang berpunca daripada kemalangan.yang telah mengambil satu nyawa,kesempurnaan, kemudahan dan kenikmatan yang dinikmati.

Tiga kejadian ini amat memberi keinsafan pada cikgu. Penderitaan mereka tak cikgu rasai.Sehingga cikgu rasakan bahawa cubaan yang cikgu terima ini hanya sedikit saja. Di hadapan sana masih banyak lagi yang dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi.Dari keinsafan itu maka cikgu terfikir bahawa hidup ini penuh dengan pengertiaan. Setiap nikmat yang diterima harus disyukuri dan dihayati.Hidup yang bermakna ini bukan suatu yang main-main :
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami. (QS. 23:115)
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)









Posted by cikgunik at 6:19 PM
Post Comment | Permalink
Bersumber dari BERCAKAP
Bersumber daripada BERCAKAP
Allah menciptakan mulut manusia untuk bercakap.Setiap orang yang boleh bercakap ada hak untuk bercakap. Cuma apa yang perlu kita tahu, bercakap boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.Cakap boleh membawa pahala dan cakap boleh membawa dosa. Pilih sajalah nak pahala ke nak dosa.

Oleh kerana ada orang tak dapat bercakap, maka bercakap tu adalah satu nikmat.Apa yang ada dalam otak kita ni boleh dimuntahkan keluar.Itu sebabnya kita tengok orang yang termuntah. Akan bercakap juga, bercakap juga, bercakap juga. Sehingga kadang-kadang dia pun tak tahu apa yang dicakapkannya.Kata orang tua letih malaikat di sebelah tu mencatat apa yang dicakapkannya.

Ada tiga gejala yang kurang elok atau boleh terjebak dalam perkara dosa semasa bercakap. Tiga perkara itu ialah Gossip (khabar angin), mengumpat, dan Fitnah.

Gossip ialah perkara khabar belum tentu benar tentang seseorang atau kejadian.Kenapa boleh terjadinya gossip ? Sebabnya manusia tu ada mulut dan nak bercakap.Kalau kita hidup dalam masyarakat kita tak dapat elak gossip.

Pernah beberapa orang pelajar jumpa cikgu dan kata cikgu ada pelajar gossip hal cikgu.Cikgu pun tersenyum saja .Kalau sempat cikgu akan kata manusia ada mulut dan dia nak bercakap berilah peluang dia bercakap.Benda tu biasa saja. Sejak mula-mula cikgu mengajar tahun 1996 cikgu sudah menerima pelbagai gossip.

Gossip juga hanya terjadi pada orang yang dia kenal, atau sesuatu menarik minat dia. Kebiasaannya jarang gossip pada orang yang tak dikenali.

Cuma berhati-hati semasa berada di majlis gosip . Kerana gossip boleh bertukar kepada mengumpat. Mengumpat tidak sama dengan buat ketupat. Mengumpat ialah bercakap tentang keburukan atau kecacatan seseorang, walaupun memang orang itu ada keburukan yang kita katakan itu.Mengumpat adalah satu dosa.
Dosa boleh mengotorkan hati seterusnya menjadi tiket ke neraka.

Sebut tentang mengumpat cikgu akan teringat pada arwah ibu cikgu (semoga Allah merahmati rohnya). Dia memang tak suka mengumpat. Kalau sesiapa mengumpat dia akan kata: Tak baik cakap hal orang. Kalau ada orang mengumpat dia akan diam atau meninggalkan orang itu.

Kita harus berhati-hati sebab mengumpat itu sangat lah seronoknya.Ada orang tu kalau tak makanpun tak apa asal kan boleh mengumpat. Nak makan buat apa sebab sedang makan daging saudara sendiri.

Kecelakaan yang paling dbesar daripada kedua-dua ini ialah fitnah. Fitnah ini amat bahaya. Orang yang kena fitnah akan rasa lebih baik mati daripada kena fitnah. Ini kerana fitnah itu lebih hebat daripada membunuh.

Ringkas cerita. Bercakaplah perkara yang baik, yang mendatangkan pahala.Jangan jadikan percakapan kita sebagai pisau untuk menghiris hati orang. Sebaliknya jadikanlah percakapan kita sebagai air mawar yang menyejuk dan mewangikan suasana.Hanyalah semata-mata kerana Allah kita bercakap. LEBIH BAIK BERZIKIR

Posted by cikgunik at 6:17 PM
Post Comment | Permalink
DHPI : Tolong Menolong
Mood:  chillin'
Tolong menolong adalah amalan mulia. Ia (maaf dalam tatabasa salah guna ia di sini) termasuk dalam kategori amalan kebajikan. Namun kaalu kita nak tolong haruslah dengan niat yang baik iaitu keran Allah. Kalau kita tolong orang dengan niat selain daripada itu, maka usaha kita akan menjadi sai-sia. Itu sebabnya kalau orang bukan Islam tolong menolong maka usahanya adlah sia-sia di sisi Allah. Jadi kita ni orang Islam jangan pula sama tarafnya dengan orang bukan Islam.

Kenapa kita nak tolong orang ? Salah satu sebabnya mungkin kerana Allah dah buat kita macam tu suka tolong menolong, hidup perlu memerlukan antara satu sama lain. Namun yang paling penting, sebab kita tolong ialah untuk mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Kalau kita selalu tong orang maka adalah orang yang baik akan kata kepada kita “ Tak menyusahkan ke?”Kalau kita tak tahu hakikat tolong menolong memang lah susah. Apa tidaknya, apa ya ng kita dapat daripada tolong orang. Buat letihkan diri saja. Masa habis. Tenaga habis, kadang-kadang wang pun habis. Namun itu adalah fikiran daripada orang tak tahu hakikat tolong menolong. Mereka lebih memikirkan tentang rugi. Kenapa ? Sebab utungnya tak nampak. Bila untung tak nampak maka rugi lah yang nampak.

Sebenarnya mereka rugi. Akhirat seksok orang yang tolong sedikit akan menyesal kerugian sebab tolong sedikit. Apa lagi kalau tak tolong langsung. Lagilah rugi

Satu daripada untungnya tolong menolong, terutamanya menolong orang dalam kesusahan ialah berdasarkan pesanan nabi kita , kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan maka Allah akan tolong kita semasa kita dalam kesusahan. Maka yakin lah dengan janji itu. Tolonglah orang kerana Allah.

Satu daripada sifat manusia tidak semua orang suka dirinya ditolong. Ada orang yang memang tak suka kita tolong dia. Tak apa itu hak dia kita tak boleh paksa-paksa. Dia adala alas an untuk berbuat demikian. Kalau kita tak boleh tolong dia maka tak ada rezekilah kita. Tapi jangan lupa niat kita nak tolong dia tu sudah dapat pahala.
Tak apalah tolong orang lain pula.
Kita kena kreatif, cari lah jalan bagai mana nak tambah amal kebajikan, kalu satu pintu tertutup carilah pintu lain yang masih terbuka.


Sebagai persedia nak menolong orang kita juga harus ada sifat sabar. Sebab kita akan menghadpi cabaran dari dalam dan luar. Cabaran dari dalam ialah daripada diri kita sendiri, letih, marah, bosan, rasa buang masa dan sakit hati. Cabaran dari luar pula ialah sikap orang yang kita tolong. Kadang-kadang orang yang kita tolong tu tak pandai nak ucap terima kasih. Lagi teruk lagi kalu dia marah pula sebab kita tolong dia .

Tak apa lah kita tak perlu itu semua, cukup lah Allah yang “ ucap terima kasih”., iaitu keredhaan Allah.
Penutup kepada sikap ini ialah hayati lah maksud ayat ini :
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. (QS. 76:9)






Posted by cikgunik at 6:11 PM
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older