Make your own free website on Tripod.com
Di Hujung Pena Ini - Cikgu Nik
13 Jun, 05 > 19 Jun, 05
2 May, 05 > 8 May, 05
11 Apr, 05 > 17 Apr, 05
4 Apr, 05 > 10 Apr, 05
21 Mar, 05 > 27 Mar, 05
7 Mar, 05 > 13 Mar, 05
28 Feb, 05 > 6 Mar, 05
14 Feb, 05 > 20 Feb, 05
7 Feb, 05 > 13 Feb, 05
31 Jan, 05 > 6 Feb, 05
1 Nov, 04 > 7 Nov, 04
25 Oct, 04 > 31 Oct, 04
27 Sep, 04 > 3 Oct, 04
20 Sep, 04 > 26 Sep, 04
13 Sep, 04 > 19 Sep, 04
16 Aug, 04 > 22 Aug, 04
19 Jan, 04 > 25 Jan, 04
12 Jan, 04 > 18 Jan, 04
23 Jun, 03 > 29 Jun, 03
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Thursday, 9 June 2005
Perjalanan BT (BT240)
Pada 26 Mei yang lalu unit BT MMP telah membuat lawatan ke KL. Jadi mereka telah mengajak cikgu untuk turut serta. Dengan senang hati cikgu pun bersetuju, atas satu alas an, cikgu amat menghargai penat lelah mereka, memperjuangkan BT.

Cikgu pergi bersama Ustaz Lah Wahab (PK HEM MMP), rakan sejawatan sebagai guru pengikut. Ustaz Harun dan Ustazah Samsiah sebagai guru pengirim. Cikgu anggap lawatan ini sebagai perjalanan BT kerana telah memberi cikgu beberapa pengalaman.

Pengalaman pertama, semasa nak pergi ke masjid negara. Jaraknya dekat sahaja. Ustaz harun dan ustaz lah jalan kaki beberapa minat sahaja. Tapi bas tersalah pilih jalan. Akibatnya rombongan terpaksa makan ‘buah lasat’, berbakul-bakul banyaknya.. Jalan yang limat minit sudah jadi 1jam akibat tersesat. Ini berpunca daripada sikap pemadu yang berlagak pandai, tapi bila danh tersesat dia pun kata oh jalan dah berubah.Sepanjang perjalanan tu dah 3 kali kami tersesat.

Begitu juga hidup kita ini kita mungkin juga akan tersesat kalau kita tersalah jalan, panduan kita ialah al-Quran dan sunnah. Dalam perjalanan hidup ini juga kita tak boleh berlagak pandai, bertanyalah orang yang tahu jika kita tida tahu. Kalau kita sasat jalan masih boleh berkira sebab boleh undur, tapi kalau kita sesat dalam hidup, tak leh buat apa-apa hanya hidayat Allah saja yang dapat menyelamatkan.

Rentetan daripda kesesatan ini maka bekalan penting dalam perjalanan ialah sabar. Bila bas tersesat jalan, hati cikgu bukan main terbakar, nak marah bukan sebab sesat tapi sikap manusia yang berlagak pandai. Tapi cikgu cepat-cepat kawal diri, dan ingatkan bahawa dalam perjalanan sabar sangat penting. Ya lah manalah tahu kalau-kalu pemadu tu buat mogok dan tak sir memandu, lagu mana.. siapa yang nak bawa bas tu.

Pengalaman kedua, semasa kita dalam perjalanan pulang, kita dapat rasakan bahawa akan tiba juga kita ke destinasi, mmp. Semakin kita berjalan semakin sampai begitulah hidup ini, semakin hari meninggalkan kita maka kita semakin sampai ke tempat yang nak dituju iaitu alam akhirat, bila dah sampai kita pun rasa ohh sekejapnya.
.
Semasa di atas bas dalam perjalan ini kita akan melihat ke cermin. Apa yang kita tengok, permandangan termasuk rumah, orang, kertas dan pokok. Kalau tiada apa yang nak dibualkan dengan orang sebelah terasa sangat boringnya. Kalau kita tengok pokok maka apa yang kita fikirkan. Jangan jadi macam orang asli yang tak biasa naik kenderaan, berkata eee pokok berjalan. Tahu tak kita bahawa pokok itu makhluk Allah , dan ia sentiasa bertasbih kepada Allah. Kita ni manusia yang Allah jadi sebagai sebaik-baik kejdian pula selalu lupa untuk bertasbih kepada Allah . Jadi semasa melihat pokok-pokok melalui cermin bas, ingatlah Allah, bertasbihlah bersama-sama mereka.

Kepada pelajar cikgu di MMPP, cikgu mohon maaf kerana tak dapat ikut rombongan ke cameron sebab masa tak mengizinkan. Terima kasih kerana mengajak cikgu. Untuk makluman pelajar cikgu, cikgu dah masukan tulisan DHPI dalam web berikut: http://cikgunik.tripod.com/dhpi , kalau ada kesempatan jemputlah ke sana.

Posted by cikgunik at 12:25 AM JST
Post Comment | Permalink
Friday, 29 April 2005
Pengajaran Hidup
Kebiasaannya ujian adalah kata yang serangkai dengan sabar. Kalu kita diuji maka kita disuruh bersabar dan bukan diminta bersyukur. Dalam hadis pun ada disebut orang Islam adalah ajaib sebab kalau ia mendapat sesuatu ia bersyukur dan bila diuji ia akan bersabar.empat konsep ini nikmat, syukur, ujian dan sabar adalah erti kehidupan yang tidak ternilai. Erti itu ialah kalau kita diuji maka kita perlu bersyukur

Hari Ahad(10.4.2005) pihak sekolah menghubungi cikgu memberitahu berita gembira, pihak sekolah mmpp telah menerima keputusan sptm 2004 yang baru. Hasilnya ramai yang lulus selepas semakan dibuat. Itu lah satu keputusan yang mengembirakan, sebaik saja diberitahu, cikgu terus saja sujud syukur.

Cikgu anggap itulah pertolongan dari Allah. Kalau Allah tak tolong pun boleh sebab itu adalah hak mutlak Dia sebagai Pencipta.

Selepas keputusan yang teruk dulu, cikgu rasa tidak selesa, seperti yang cikgu sebut sebelum ini wujud rasa simpati, sedih, rasa bersalah,dan sentiasa berfikir kenapa dan kenapa. Bukan cikgu saja yang berfikir macam tu malah orang lain. Oleh sebab keputusan itu tidak logik,maka macam-macam sebab dicari, walaupun sebab tu tak logik, mungkin beberapa orang saja tapi dikatakan semua orang berpakat tidak menjawab atau boikot lah.

Ilmu kehidupan yang boleh dikutip ialah manusia apa bila menghadapi perkara yang tak logik akan mencari pelbagai sebab walaupun mungkin tak logik.Sehingga boleh membentuk unsur fitnah, yang amat tajam, boleh membunuh jiwa yang lemah. Namun cikgu percaya parcaya pada kitab quran, Allah tak akan membebani diri dengan sesustu yang kita tak mampu. inilah kekuatan sabar yang perlu dijana dalam diri kita.

Pada masa ini lah cikgu dapat bayangkan betapa deritanya Aisyah ra sewaktu difitnah oleh orang munafik, sehingga nabi tak dapat berbuat apa-apa. Nak percaya tak logik tak percaya tapi keadaan memaksa untuk dipercayai. Sehinggalah Allah menurunkan ayat penjelasan. Kemudian apa perasaan aisyah, dia saja yang tahu. Ujian yang cikgu terima sikit jah, sesungguhnya betapa kuatnya Aisyah r.a.

Seandainya Allah tak tolong apa yang akan berlaku. Tak terfikirlah cikgu apa akan jadi. mungkin nama cikgu akan terus buruk dan imej makin tercemar. Siapa yang akan membelanya, mungkin ada, tapi sekatat mana. Kalau semua kata macam tu, macam mana kita nak tolak.

Pegajarannya kembalikanlah diri kita kepada Allah . Ingatlah kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Allah berhak muliakan kita dan Allah berhak hinakan kita. Apa-apa pun ingatlah Allah selalu dan sentiasa. Makna hikmah ketentuan
Allah amat bermakna dan indah.

Khas untuk pelajar cikgu yang berjaya dalam P. Am 1 stpm 2005. Cikgu ucapkan berbanyak-banyak tahniah, dan terima kasih kerana beri peluang untuk cikgu ucap TAHNIAH .

Terima kasih Allah kerana memberi erti sebuah kehidupan, sebelum ia berakhir.

Posted by cikgunik at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink
Friday, 8 April 2005
RoadBlock
Roadblock maknanya sekataan jalan raya. Biasanya polis atau jpj yang buat roadblock. Biasanya sekatan ini dibuat bertujuan untuk mencari sesiapa yang melakukan kesalahan jalan raya.

Semasa kita melalui sekatan itu maka kita akan rasa berdebar, kalau kita rasa salah seperti tiada lesen.

Siapa yang tak ada lesen atau memandu dengan laju maka tak terlepaslah dia. Tentu dia akan disaman. Tapi kalau kita boleh merayu maka tak mustahil kita akan terlepas. Ada yang main tektik kotor dengan memberi rasuah. Kenapa sebab yang menahan tu macam kita juga . Manusia.

Dalam hal nak masuk universiti pun macam tu juga. Siapa yang layak akan masuk siapa yang tak layak akan tak masuk. Ada roadblock juga. Tapi yang hairannya berlaku juga yang layak tak dapat masuk, tapi yang tak layak dapat masuk pula dengan alasan, salah pilih kursus. Kenapa hali ini berlaku, sebab kita dan mereka sama. Manusia.
Dalam hidup ini banyak lagi road block-roadblok lain yang kita tak tahu.Antaranya amalan kita naik tiap-tiap hari naik ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah. Amalan ini ditapis oleh 7 lapis langit.. Ada yang lepas naik langit kedua tapi tak lepas langit ketiga, jadi amalan itu akan dihepap ke mukanya.

Tiga golongan yang amalannya tak dapat lepas naik ke sisi Allah iaitu :
Hamba yang lari daripda tuannya.
Isteri yang dimarahi olehsuami sehingga dia diredhai semula.
Golongan yang mabuk sehingga dia sedar semula.

Begitu juga amalan solat kita akan naik ke langit, jika tak lepas sekatan maka ia akan turun semula. Dan dihempas ke muka. Ia turun sebab mungkin tak cukup syarat, seperti dibuat bukan kerana Allah.

Yang ini kita masih boleh ikhtiar lagi dengan bertaubat dan insaf segala dosa. Tapi kalau kita dah sampai ‘ RoadBlock’ di akhirat nanti. Apa kita nak buat, tengok lesen (amalan) kita tak cukup syarat.Nak merayu nak bagi rasuah, nak mengelik. Tak boleh belaka. Kenapa. kerana yang buat ‘RoadBlock’ di sana buat manusia lagi tapi malaikat.

Oleh itu buat lah ‘lessen’ di dunia ini untu ke sana dan jangan langgar kesalahan yang telah Allah tetapkan.Kerana sesungguhnya kita tak mampu melepasai ‘RoadBlock’ di akhirat sana, tanpa amalan yang dikehendaki Allah.


********
Baru-baru ni cikgu telah menerima banyak sms daripada bekas pelajar yang ambil STPM tahun 2004. Mereka dipanggil oleh pihak sekolah untuk membuat semakan semula. Ada yang sedih dengan satu khabar yang membabitkan nama cikgu. Namun bagi cikgu tidak ada apa-apa, setiap orang yang ada suara itu berhak untuk bercakap. Salah atau betul belum tentu lagi. Manakala dosa dan pahala sudah digariskan oleh Islam.Lagipun sudah menjadi sifat manusia suka melihat perkara yang buruk dulu sebelum yang baik. Orang tua kata kerana nila setitik maka rosak susu sebelanga.

Kepada pelajar cikgu yang gagal dalam stpm 2004 cikgu rasa sedih, namun cikgu tidak dapat berkata apa-apa selain SABAR lah. Itu satu ujian yang amat pahit diterima. Setiap yang berlaku ada hikmahnya kita terlalu kerdil untuk memahaminya. Kekuasaan Allah mengatasi segalanya.

Posted by cikgunik at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink
Sunday, 3 April 2005
Kepanasan
Panas tu akan menghasilkan kepanasan. Itulah aspek bahasa. Hari ini rata-rata orang bercakap tentang kepanasan. Kenapa berlaku suhu panas. Satu punca kepanasan ialah matahari. Kalau tak ada matahari mungkin tak panas. Namun matahari itu adalah sumber kehidupan, tanpa matahari, kita akan jadi buta di siang hari.

Panasnya, itulah yang cikgu dengar dan yang cikgu nak kata. Beberapa buah bukit batu di GM pun terbakar akibat kepanasan. Pada malam khamis yang lalu semasa sedang makan di Bandar GM cikgu lihat ada sebuah bukit batu yang terbakar, kelihatan seperti bunga api, lihat sekali lagi kelihatan seperti gunung berapi. Itu lah kuasa Allah, Dia boleh buat apa yang Dia kehendaki. Kita hamba-Nya ini sekadar lihat saja. Tak cukup dengan lihat kita harus berfikir. Siapalah diri kita dengan kekuasaan
Allah yang tidak terbatas.

Panas ketok dan sejuk senyek yang ketara boleh menyebabkan demam dan selsema. Maka berduyung duyunglah orang ke klinik nak ambil ubat, dan ubat yang selalu diberi oleh doctor adalah penadol. Ubat ni bukan lah ubat yang baik utuk kesihatan, ia hanya tipu system saraf kita saja supaya tidak sakit, hakikatnya kita masih lagi sakit. jadi adalah yang tanya kenapa doctor bagi penadol. itulah perbutan moden ia lihat jangka pendek saja. Kalau timbul sakit lain cari ubat lain pula. Ikut dialah, dan ikut kita lah nak makan ke tak nak makan. Kalau kita sakit kita yang rasa, bukan orang lain.

Berbalik semula tentang panas tadi, apabila cikgu pulang dari GM ke KB suasana pun sangat panas. Sampai di KB pun panas juga ingat di GM saja yang panas. Ada orang cakap pada cikgu suasana di Cameron Highland
pun dan tak sejuk macam dulu dah.

Kepada puteri-puteri cikgu, cikgu nak pesan walaupun panas setara manapun, aurat harus dijaga. Yang haram tetap jelas. Jangan dok lipat-lipat lengan baju tu. Tiada tolak ansur dalam soal haram. Panas di dunia tak sama dengan panas di akhirat. Panas di akhirat berganda-ganda, boleh menjadi gelegak otak kepala. Jadi lah ok’ lah senafas. Demi mematuhi ketetapan Allah.

Ringkasnya, kepanasan adalah satu tazkirah pada hati kita yang selalu lupa bahawa kita ni hamba Allah yang serba tak upaya. Maka selalulah kita bergantung pada Allah.
Ini bumi Allah, Dia boleh buat apa saja yang dia suka. Cikgu masih ingat kata Ibrahim bin Adham, dia kata kalau tak nak berhenti buat maksiat boleh tapi jangan duduk di bumi Allah ini, cari bumi lain..mana ada bumi lain. oleh itu berhenti lah buat maksiat.

Kepada pelajar cikgu, Jangan lupa minum air banyak-banyak, sebab tubuh kita perlu air yang banyak terutama, musim panas macam ni.

****************

* Cikgu nak ucap terima kasih kepada Ustazah Aminah dari KLyang telefon cikgu semasa cikgu sedang kursus, semata-mata nak beri sumbangan kepada Buletin tarbiah. Terima kasih banyak hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Ustazah.

* Kepada pelajar cikgu dari tingkatan 5UK, mmpp. yang hantar SMS, cikgu ucapkan selamat belajar.







Posted by cikgunik at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink
Thursday, 31 March 2005
Rasa Bersalah
Keputusan STPM 2004 telah diumunkan baru-baru ni. Hasilnya amat mengejutkan cikgu. Semua pelajar yang mengambil subjek P.AM 1 gagal. Keputusan ini membuat cikgu rasa sedih, hiba, bungkam, tak senang dan RASA BERSALAH. Satu rasa yang timbul kerana subjek yang cikgu ajar itu adalah subjek teras dalam STPM, gagal subjek itu bermakna gelaplah masa depan pelajar nak masuk U. Sijil pun tak laku.

Kenapa jadi macam tu tak dapatlah cikgu menjawabnya. Sepanjang cikgu jadi cikgu dari 1996 dan mengajar subjek itu tak pernah berlaku seperti itu. Tak terbayang difikiran cikgu bagaimana kecewanya pelajar-pelajar menerima keputusan itu. Di pihak sekolah tentu kecewa juga. Cikgu pula tercari-cari apa salahnya semasa cikgu mengajar. rasa-rasanya cikgu dah buat yang terbaik. RASA BERSALAH menghantui diri. Cikgu pun menghantar surat mohon Maaf kepada sekolah, hanya itu saja yang cikgu boleh buat. Kalau cikgu nak letak jawatan, maka kerja apa lagi yang sesuai untuk cikgu selain cikgu

Namun ternyata Allah yang lebih tahu segalanya. Rupa-rupanya ada seorang pelajar cikgu yang lulus cemerlang dalam subjek tu. Tetapi dia, mengambil STPM sebagai calon persendirian di sekolah kementerian di sebelah. Tahniah cikgu ucapkan dan terima kasih kerana memberi peluang untuk cikgu mengucapkan Tahniah.

Maka RASA BERSALAH pun bertukar menjadi SIMPATI dan EMPATI kepada pelajar-pelajar cikgu tu.

RASA BERSALAH tu ada baiknya kerana ia dapat menyedarkan diri kita, mengenalkan diri kita kepada kita. Pada masa yang sama ia menjadikan diri kita bertanggungjawab terhadap sesuatu tugas. Ia juga dapat menjadikan kita prihatin terhadap orang lain.
Namun kalau RASA BERSALAH terlalu kuat sehingga melebihan hadnya jadi parah lah. Kalau dah lebih maka kita akan jadi susah hati, sedih tak menentu, makan tak lalu, mengasingkan diri dan pelbagai sifat negatif yang lain.

RASA BERSALAH boleh menyebabkan hati kita jadi rendah atau harga jadi jatuh. Tapi tak sama dengan rendah diri. Kenapa boleh jadi sampai begitu sekali. Sebabnya kita akan menghadapi dua serangan, pertama serangan daripada orang yang kita buat salah dan kedua diri kita sendiri. Serangan kedua sangat kuat sebab dia duk dalam diri kita, setiap saat bersama kita. Kita tuduh diri kita sendiri, marah diri kita sendiri dan paling berat tidak dapat maafkan diri sendiri.

Kita akan jadi manusia yang malang kalau kita RASA BERSALAH, tapi kesalahan tu tak wujud, yang wujud hanyalah salah faham saja. Kita tak faham rasa bersalah tak sama dengan salah faham. ( macam pantun pula)


Ada dua cara untuk mengatasi masalah ini ialah pertama kenal diri kita siapa, hamba Allah yang selalu buat salah. Jadi mana mungkin kita tak buat salah. Kita buat salah sebab nak bagi peluang pada kita muhasabah dan bertaubat. Kemudia jadilah manusia yang baik.

Setelah timbul RASA BERSALAH maka kita boleh atasi dengan mohon ampun daripada ALLAH dan minta maaf pada orang itu. Maka selesailah. Apa lagi yang kita dapat buat,, selain itu. Hiduplah setakat yang mampu kita buat, yang Allah beri.

* Terima Kasih Allah

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Friday, 18 March 2005
Berkerja Untuk Siapa
Terasa betapa kerdilnya diri ini, kalu kita nilai pada pada keupayaan. Keupayaan yang Allah pinjamkan sekejap sahaja.Yang boleh ditarik balik bila-bila masa saja. Satu ketetapan bahawa kita ni hamba . Dalam kekerdilan itu juga kita boleh menilai dan memahami erti hidup yang Allah beri pada kita.

Sedikit saja kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan kita sudah rasa sangat bebannya. Bertapa kusanya Allah mentadbir alam ini. Cikgu amat merasai untuk mentadbir satu unit kecil dan terasa bebannya. Hanya berbekalkan semangat dan dorongan bahawa kita berkerja untuk siapa ? Kalau untuk diri sendiri rasa-rasanya cukup lah jadi macam dulu.

Banyak perkara yang cikgu kena fikir dan kena buat di sini. Rasa-rasa tak sempat nak rehat. Tapi cikgu tahu Allah sudah beri pilihan pada kita. Kita boleh hidup ini dengan rehat atau berkerja. Cuma kalau nak rehat untuk siapa, kalau nak berkerja untuk siapa?
Lalu hati kecil berkata : kepada siapa lagi kalau tidak pada MU YA ALLAH.

GM sangat jauh bagi cikgu, tapi ruang kerjanya sangat luas. Prasana dan bangunannya baik, sama baik dengan mmp sebab bangunannya baru siap. Malah bilik cikgu pun sangat selesa. Namun pembangunan pelajar yang tak selesa. Kepimpinan pelajar sangat minimum, seperti tiada dalam agenda. Ini menjadi cabaran pada cikgu untuk mewujudkan agenda yang tiada. Cukuplah cikgu royat satu contoh, cikgu bagitahu pelajar nak buat usrah, tapi pelajar tu terpingga-pingga dan bertanya apa itu usrah, ya lah siapa-siapa pun akan kata macam tu untuk perkara yang tiada. Mujur cikgu tak cakap usrah tu sejenis kuih. Tidak siapa yang salah kecuali ketidaktahuan.

Di sini cikgu mengajar subjek p. Am kertas 1 dan 2, Bahasa Melayu STPM kertas 1 dan 2. Empat kertas itu harus diajar oleh empat orang guru. Itulah juga kali pertama sekolah ini mengambil STPM.Boleh ke tak boleh bukan alasan, yang penting untuk siapa kita berkerja. Banyak kerja bertambah, tapi ada kerja yang berkurang, yang jelas cikgu tak lagi menjadi pengerusi msjlis. Begitu juga sekarang cikgu dan dapat bersalam dengan pelajar-pelajar sendiri, setelah bertahun-tahun cikgu tak dapat berbuat demikian.

Ini juga kali pertama cikgu terpaksa merotan pelajar yang buat salah. Kan dulu cikgu dah kata cikgu ni adalah seorang yang paling bekeng, tapi tiada yang percaya.

Kalau kita berkerja kerana Allah kerja kita akan jadi seronok. Penat pun kalau seronok tak jadi masalah. Kenapa ? kerana kita tahu siapa diri kita dan kita tahu siapa yang mencipta diri kita.

Mungkin ini lah masa untuk cikgu menimba pengalaman. Bila ia dah datang dalam hidup kita jangalah dipersia-siakan.Betul lah kata orang tua, juah berjalan luas pengalaman.

Akhir kata, ingat pesan cikgu dulu kita bukan yang terbaik tapi kita berusaha menjadikan diri terbaik. Hari ini haruslah lebih baik daripada kemarin. Paling penting jadikan hidup kita sebagai satu ibadah.

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Monday, 7 March 2005
Bersumber Daripada Bercakap
Bersumber daripada BERCAKAP.

Allah menciptakan mulut manusia untk bercakap.Setiap orang yang boleh bercakap ada hak untuk bercakap.Cuma apa yang perlu kita tahu,bercakap boleh jadi baik dan boleh jadi buruk.Cakap boleh membawa pahala dan cakap bole membawa dosaPilih sajalah nak pahala ke nak dosa.Oleh kerana ada orang tak dapat bercakap, maka bercakap tu adalah satu nikmat.Apa yang ada dalam otak kita ni boleh dimuntahkan keluar.Itu sebabnya kita tengok orang yang termuntah akan bercakap juga,bercakap juga dan bercakap juga.Sehingga kadang-kadang dia pun tak tahu apa yang dicakapkannya.Kata orang tua,letih malaikat disebelah tu mencatat apa yang dicakapkannya.

Ada tiga gejala kurang elok atau boleh terjebak dalam perkara dosa semasa bercakap.Tiga perkara itu ialah gossip (khabar angin), mengumpat dan fitnah.Gossip ialah perkara khabar belum tentu benar tentang seseorang atau kejadian.Kenapa boleh terjadinya gossip?Sebabnya manusia tu ada mulut dan nak bercakap.Kalau kita hidup dalam masyarakat kita tak dapat elak gossip.Pernah beberapa orang pelajar jumpa cikgu dan kata cikgu ada pelajar gossip hal cikgu.Cikgu pun tersenyum saja.Kalau sempat, cikgu akan kata manusia ada mulut dan dia nak bercakap berilah dia peluang bercakap.Benda tu biasa saja.Sejak mula-mula cikgu mengajar tahun 1996, cikgu sudah meneriman pelbagai gossip.

Gossip juga hanya terjadi pada orang yang dia kenal, atau sesuatu yang menarik minat dia.Kebiasaannya jarang gossip pada orang yang tak dikenali.Cuma berhati-hati semasa berada di majlis gossip.Kerana gossip boleh bertukar kepada mengumpat.Mengumpat tidak sama dengan buat ketupat.Mengumpat ialah bercakap tentang keburukan atau kecacatan seseorang, walaupun memang orang itu ada keburukan yang kita katakan itu.Mengumpat adalah satu dosa.Dosa boleh mengotorkan hati seterusnya menjadi tiket ke neraka.

Sebut tentang mengumpat, cikgu akan teringat pada arwah ibu cikgu( semoga Allah merahmati rohnya).Dia memang tak suka mengumpat.Kalau sesiapa mengumpat dia akan kata : Tak baik cakap hal orang.Kalau ada orang mengumpat dia akan diam atau meninggalkan orang itu.Kita harus berhati-hati sebab mengumpat itu sangatlah seronoknya.Ada orang kalau tak makan pun tak apa asalkan boleh mengumpat.Nak makan buat apa sebab sedang makan daging saudara sendiri.

Kecelakaan paling besar daripada kedua-dua ini ialah fitnah.Fitnah ini amat bahaya.Orang yang kena fitnah akan rasa lebih baik mati daripada kena fitnah.Ini kerana fitnah itu lebih hebat daripada membunuh.Ringkas cerita,bercakaplah perkara yang baik, yang mendatangkan pahala.Jangan jadikan percakapan kita sebagai pisau untuk menghiris hati orang.Sebaliknya jadikanlah percakapan kita sebagai air mawar yang menyejuk dan mewangikan suasana.Hanyalah semata-mata kerana Allah kita bercakap.LEBIH BAIK BERZIKIR.




Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 1 March 2005
Pilihan
PILIHAN

Apabila kita bercakap tentang pilihan,maka sebenarnya ada banyak hikmah yang terkandung dalam pilihan.

Tahukah kita bahawa satu nikmat yang tidak terhingga yang kita terima daripada Allah ialah kita dapat buat pilihan.Kenapa ya ? Sebabnya manusia saja dapat buat pilihan.Binatang tak dapat buat pilihan.Lembu tak pernah diberi pilihan antara pizza dan rumput.Ia hanya nak makan rumput saja.

Tetapi semasa kita dilahirkan kita tidak diberi pilihan.Kita lahir atas pilihan Allah.Atau kerana rahmat Allah semata-mata.Tiba-tiba kita dicipta oleh Allah.Kalau diberi pilihan tentu ramai yang ingin dilahirkan dalam keluarga yang kaya-raya,senang atau jadi anak raja.Kita tentu tak pilih keluarga yang miskin atau keluarga yang bermasalah.Tapi itulah satu hakikat bahawa Allah yang lebih berkuasa.Miskin atau bermasalah,kaya atau senang tiada nilai di sisi Allah.Allah nilai Taqwa yang ada dalam hati kita.

Kini Allah beri kita kuasa untuk memilih.Kita boleh pilih sama ada A atau B atau C.Setiap pilihan ada risiko.Kalau kita berjaya dalam membuat pilihan kita akan bahagia atau senang.Kalau gagal kita akan menderita.Menyesal dan menderita.Tapi tak apa menyesal atau derita atas dunia masih ok.Masih ada ubatnya.Jangan menyesal di akhirat sebab di sana kita tak lagi di beri pilihan.Pilihan tiada di akhirat yang ada hanya di dunia.Pilihan di akhirat bermula di dunia.Di akhirat sama ada syurga atau neraka tiada pilihan lagi.

Kalau kita terpaksa membuat satu saja pilihan maka, kita harus membuat pengorbanan kalau kita nak semua pilihan kita.Dari itu muncullah istilah bahawa kita tak mampu buat untuk memiliki semuanya.Kita kena memilih.

Kalau pilihan kita tak menepati janganlah bersedih.Setakat itu saja kita mampu.Kalau boleh buat pilihan lagi.Pilihlah.Tetapi kalau tidak sabarlah,itulah masa kita nak guna sabar.Kerana kita tak tahu hikmah pilihan itu,seperti yang terkandung dalam maksud ayat ini :
Di wajibkan atas kamu berperang,padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula)kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui.(QS.2:216)

Dalam membuat pilihan kita boleh mendapat pandangan daripada orang yang berpengalaman.Kita juga harus solat Istiqarah untuk memohon petunjuk daripada Allah.

Oleh sebab itu pilih sesuatu yang baik-baik saja.Yang Allah redha.Sesuai dengan Quran dan Sunnah.

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan,(QS.91.8)Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu (QS.91.9)dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori dirinya.

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Friday, 25 February 2005
Tidak Semua
TIDAK SEMUA

Tidak semua, maknanya sedikit saja atau separuh. sedikit ni mamang tak cukup. Tak cukup ni amat terasa untuk orang yang selalu nak banyak atau semua. Sedih hatinya kalau dapat sedikit.

Sebaliknya tak semua ini memadai untuk orang yang sentiasa berlapang dada. baginya cukup lah tu. Sedikitpun dah cukup. Semuanya dia syukur banya atau sedikit.

Itulah dua keadaan manusia, tapi ramai yang pesen nombor satu. Sentiasa nak semua. Tak cukup kalau sedikit.Sehingga disebut oleh Nabi bahawa bani adam ni kalau ada satu lembah emas nak lempab emas satu lagi. Sentiasa nak. Mereka akan berhenti meminta apabila tanah masuk ke dalam mulut. maknanya mati.

Sekarang kita masuk pada topik utama dalam hal tidak semua. Frasa sebenar cikgu nak royat ialah tidak semua yang kita nak akan kita dapat. KENAPA. Sebab utama ialah kita tidak memiliki mutlak diri kita dan apa yang kita nak. Kalau itu hak milik kita mutlak senang kerja. Tiada kuasa kun faya kun dalam diri kita. Itulah realiti hidup yang ringkas ini. Hanya Allah saja ada kuasa seperti itu. Baki lagi kita harus bergantung sepenuhnya pada Allah kerana Dia pemilik mutlak kita dan alam ni.

Frasa kedua yang cikgu nak bincang ialah tidak semua perkara yang mampu kita fikir dan cari sebab musababnya. Selalu manusia suka cari sebab musabab kenapa macam ni. kenapa macam tu. bagi yang ada jawapan tu ada lah. Tapi bagi yang tak ada tak perlu cari.

Kadang-kadang kita nak paksa otak kita berfikir kenapa lah nasibku macam ni. Orang lain tak macam tu. Kenapa lah kena pada aku tak kena pada orang lain. Seterusnya seribu satu masalah yang dipaksanya otak sendiri untuk memikirkanya.
Tidak semua benda atau perkara boleh kita fikir. Hal ini berpunca daripada keterbatasan ilmu kita. Ia juga boleh berpunca daripada ketidakfahamna kita terhadap hakikat hidup ini.

Nak fikir memanglah tak salah. Sepatutnya lah kita fikir. Biar otak kita jadi berberi macam getah. Tapi kalau dah cuba dan cuba tak ada juga jawapanya maka masa ini lah kita kena terima hakikat bahawa setakat itu saja lah kita.

Pada masa ini lah kita amat memerlukan tiga unsur iaitu qanaah, redha, dan tawwakal.

Oleh sebab itu cikgu nasihatkan diri sediri dan pelajar cikgu agar marilah sama-sama kita belajar tentang erti qanaah, redha dan tawwakal. Kalau kita sudah dapat faham dengan baik maka dapat lah kita memahami hidup ini yang sebenarnya.



**********

Alhamdulillah cikgu telah melalui tiga hari pertama di GM dengan baik. Buat sementara waktu cikgu tinggal di kawasan sekolah bersama pengetua. Para pelajar yang hampir dengan cikgu tentu faham apa yang akan terjadi pada cikgu kalau dok di kawasan sekolah. Kalu lama lagi cikgu dok kawasan sekolah ia akan menyebabkan cikgu akan demam tanpa disedari. Mohon doa agar cikgu tidak demam.

Akhir kata untuk pelajar cikgu jangan lupa belajar rajin-rajin iangat kita menuntut ilmu kerana Allah. Menutut ilmu itu adalah perjuangan di jalan Allah.




Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 15 February 2005
Nikmat Sakit
NIKMAT SAKIT

Lama dah cikgu tak menulis dalam ruangan ini.Jadi di kesempatan ini cikgu ruangkan masa untuk menulis.

Isu nikmat sakit ni dah lama ada dalam fikiran cikgu.Cuma tak tertulis saja.Bila kita sebut sakit,maka kita akan kaitkan dengan derita.Mana ada orang bila sebut sakit maka dia kaitkan dengan nikmat.Sakit sakitlah.

Dua minggu yang lepas cikgu kena demam.Setelah berbulan-bulan tak demam.Cuma demam tu datang sekejap saja.Biasanya kalau kita sakit,paling kecil demam umpamanya.Maka kita akan duduk rumah.Terlantar atas katil,menggigil,sejuk panas berulang-ulang.Nak bercakap dengan orang pun sudah Tak lalu lagi. Makan samatelahlah.

Satu konsep orang yang ingin berjaya yang dikutip daripada orang yang telah berjaya ialah hidup ini kalau kita lihat dari sudut positif maka ia akan jadi positif begitulah sebaliknya.Dalam bahasa agama orang panggil husnuzan (sangka baik).Kita pun juga dituntut sangka baik terhadap Allah.

Baiklah sekarang mari kita tengok apa yang nikmatnya dalam sakit.Paling penting untuk mendidik hati kita.Bagi tarbiah.Ingat kita dapat tarbiah dari guru-guru atau Buletin Tarbiah saja ke?Tak lah.Daripada sakit pun dapat.Apa tidaknya sakit itu memberi kita satu BREK untuk berhenti sekejap setelah lama sihat.Kalau kita selalu sihat kita tak insaf.Jadi kalau sakit insaflah kita.Kita akan Tanya diri kita.SIAPA KITA?Manusia yang sangat lemah di sisi Allah.Kalau kita tak berhenti sekejap bimbang juga takut-takut kita akan jadi sombong dan angkuh.Penyakit yang lebih bahaya daripada kencing manis.

Selain itu,kalau kita sakit kita akan makan ubat.Cikgu teringat ada satu kisah seorang nabi dia sakit.Baginda memohon kepada Allah agar ditunjukkan ubat.Lalu ia pun makan ubat yang ditentukan.Kemudian baginda sembuh.Lepas itu sakit tu dating lagi.Baginda tak minta daripada Allah.Dan terus mengambil ubat itu tapi tak sembuh.Kenapa?Sebab yang pertama itu baginda bergantung pada Allah dan yang kedua sebab fikir sendiri dan tak bergantung kepada Allah.

Sebab itu bila kita nak telan ubat jangan lupa niatkan dalam hati ubat ini tak dapat menyembuhkan,yang boleh menyembuhkan hanya Allah.Ubat itu hanya sebagai alat atau sebab musabab saja.Sebab itulah kalau kita telan ubat berbakul-bakul pun tak akan sembuh kalau Allah tak izinkan.Dengan kata lain jika diizinkan Allah.

Satu lagi, kalau demam elakkan makan panadol.Panadol tu bukan ubat yang baik.Ia hanya tipu saraf sakit kita saja.Tapi kalau tak ada arah nak kata macam mana.Cikgu pun terpaksa makan panadol masa demam baru-baru ni, sebab dalam perjalanan mengiring pelajar untuk satu lawatan.Tapi bila sampai,cikgu terus lupakan panadol.Tak apalah perkara tu boleh fakir sendiri.

Ringkasnya sakit tu sebenarnya satu nikmat sebab ia dapat mengingatkan kita kepada Allah.Kita juga sentiasa diberi ingatan ...ingat lima perkara sebelum lima perkara...satu daripadanya SIHAT sebelum SAKIT

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older