Di Hujung Pena Ini - Cikgu Nik
6 Jun, 05 > 12 Jun, 05
2 May, 05 > 8 May, 05
11 Apr, 05 > 17 Apr, 05
4 Apr, 05 > 10 Apr, 05
28 Mar, 05 > 3 Apr, 05
21 Mar, 05 > 27 Mar, 05
7 Mar, 05 > 13 Mar, 05
28 Feb, 05 > 6 Mar, 05
14 Feb, 05 > 20 Feb, 05
7 Feb, 05 > 13 Feb, 05
31 Jan, 05 > 6 Feb, 05
1 Nov, 04 > 7 Nov, 04
25 Oct, 04 > 31 Oct, 04
27 Sep, 04 > 3 Oct, 04
20 Sep, 04 > 26 Sep, 04
13 Sep, 04 > 19 Sep, 04
16 Aug, 04 > 22 Aug, 04
19 Jan, 04 > 25 Jan, 04
12 Jan, 04 > 18 Jan, 04
16 Jun, 03 > 22 Jun, 03
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Saturday, 10 January 2004
Pecutan Akhir dan Tok Guru
Cikgu baru saja balik daripada program Motivasi Pecutan Akhir dan Solat Hajat.Sebelum penat berakhir maka cikgu ambil masa sedikit untuk menulis di ruangan ini.

Terasa sudah lama benar cikgu bersama MSK sejak cikgu keluar Universiti tahun 1996 hinggalah sekarang. Entah lah lama mana lagi cikgu akan bersama MSK.Namun,selagi tenaga kita orang perlukan maka kita bagi lah setakat yang termampu.Kalau dah tak larat maka tak peluang lagi kita. Apalagi kalau sudah masuk lubang kubur. Lagi lah.

Dalam Program Pecutan Ahkir itu, cikgu hanya lah sebagai penyambut tetamu dan pengerusi ceramah. Itu pun diberi secara “bidang terjun”.Tetapi dari dulu lagi cikgu diajar kalau kita nak buat kebaikan demi Islam, untuk Allah dan Rasul, maka kita jangan pilih kerja. Jangan fikir yang mudah saja, atau yang nampak hebat saja. Yang penting berkerja setakat mampu. Tak kisah lah.

Akhirnya cikgu jadi penyambut tetamu, Pengerusi majlis, jong bagi kuih, jong arah orang buka tikar,dan jong layan tetamu makan, dan paling seronok jong iring Tok Guru makan dan pulang.

Semasa sedang bagi kuih pada peserta, ada orang minta kuih satu. Cikgu pun “paling”, rupa-rupanya perasmi. YB Mohd Amar. Barulah cikgu perasan bahawa tugas cikgu sebenarnya ialah penyambut tetamu. Nasib baik. Alhamdulillah YB tegur cikgu. Kalu tidak terus tak kabar.

Semasa jadi pengerusi ceramah pula cikgu “pecat” baju kot tu sebab nak menghormati penceramah. Takkan cikgu nak lebih-lebih pula. Kita harus jadikan diri kita ini tak lebih.Selain itu Cikgu betul-betul terharu dengan kesanggupan Tok Guru hadir dalam solat Hajat tu. Pada peringkat awal AJK tak jangka Tok Guru akan hadir, kerana Tok Guru sibuk dan kurang sihat. Tapi beliau sendiri memberitahu pada S/U nya bahawa beliau nak hadir.

Semasa solat hajat cikgu berada di sof kedua belakang Tok Guru. Selepas solat Sunat. Cikgu nak tutup H/P. Tapi tiba-tiba ia berbunyi, ada orang hantar mesej. Satu perkara yang membimbangkan cikgu ialah H/P berbunyi semasa sedang solat. Bukan apa kita takut kalau kita yang membuatkan orang lain tidak khusyuk solat. Nabi pernah larang orang yang makan bawang mendekati masjid untuk solat jamaah.Dalam hati cikgu, runsing kalau-kalau tok Guru sebut lepas ni, cikgu biasa benar program dengan Tok Guru, beliau adalah seorang yang tegas.

Selesai saja solat cikgu jadi pelayan tetamu untuk VIP. Bekas air basuh tangan tak ada jadi tok guru terpaksa ke bilik air. Ini menyebabkan cikgu terpaksa gunakan “Jak” air dan periuk untuk bekas basuh air. Bagi cikgu menuangkan air basuh tangan untuk Tok Guru, dan menghidangkan air minum untuk Tok Guru adalah sangat bermakna. Alhamdulillah Allah bagi peluang pada cikgu hari tu.

Semasa mengiringi, tokguru pulang beliau memuji program itu kerana berjaya, kehadiran yang ramai. Tok guru kata juga sekarang ni macam macam dih, ada telefon yang berbunyi Allahu,Allahu tadi. Nasib baik tok guru tak tahu itulah telefon cikgu.Alhamdulillah sekali lagi cikgu bersyukur kerana Allah nak tegur cikgu. Tapi tak memalukan cikgu. Lain kali cikgu akan lebih berhati-hati.Insya Allah

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Thursday, 19 June 2003
Tolong Menolong
Tolong menolong adalah amalan mulia. Ia (maaf dalam tatabasa salah guna ia di sini) termasuk dalam kategori amalan kebajikan. Namun kaalu kita nak tolong haruslah dengan niat yang baik iaitu keran Allah. Kalau kita tolong orang dengan niat selain daripada itu, maka usaha kita akan menjadi sai-sia. Itu sebabnya kalau orang bukan Islam tolong menolong maka usahanya adlah sia-sia di sisi Allah. Jadi kita ni orang Islam jangan pula sama tarafnya dengan orang bukan Islam.

Kenapa kita nak tolong orang ? Salah satu sebabnya mungkin kerana Allah dah buat kita macam tu suka tolong menolong, hidup perlu memerlukan antara satu sama lain. Namun yang paling penting, sebab kita tolong ialah untuk mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

Kalau kita selalu tong orang maka adalah orang yang baik akan kata kepada kita “ Tak menyusahkan ke?”Kalau kita tak tahu hakikat tolong menolong memang lah susah. Apa tidaknya, apa ya ng kita dapat daripada tolong orang. Buat letihkan diri saja. Masa habis. Tenaga habis, kadang-kadang wang pun habis. Namun itu adalah fikiran daripada orang tak tahu hakikat tolong menolong. Mereka lebih memikirkan tentang rugi. Kenapa ? Sebab utungnya tak nampak. Bila untung tak nampak maka rugi lah yang nampak.

Sebenarnya mereka rugi. Akhirat seksok orang yang tolong sedikit akan menyesal kerugian sebab tolong sedikit. Apa lagi kalau tak tolong langsung. Lagilah rugi

Satu daripada untungnya tolong menolong, terutamanya menolong orang dalam kesusahan ialah berdasarkan pesanan nabi kita , kalau kita tolong orang yang dalam kesusahan maka Allah akan tolong kita semasa kita dalam kesusahan. Maka yakin lah dengan janji itu. Tolonglah orang kerana Allah.

Satu daripada sifat manusia tidak semua orang suka dirinya ditolong. Ada orang yang memang tak suka kita tolong dia. Tak apa itu hak dia kita tak boleh paksa-paksa. Dia adala alas an untuk berbuat demikian. Kalau kita tak boleh tolong dia maka tak ada rezekilah kita. Tapi jangan lupa niat kita nak tolong dia tu sudah dapat pahala.
Tak apalah tolong orang lain pula.
Kita kena kreatif, cari lah jalan bagai mana nak tambah amal kebajikan, kalu satu pintu tertutup carilah pintu lain yang masih terbuka.


Sebagai persedia nak menolong orang kita juga harus ada sifat sabar. Sebab kita akan menghadpi cabaran dari dalam dan luar. Cabaran dari dalam ialah daripada diri kita sendiri, letih, marah, bosan, rasa buang masa dan sakit hati. Cabaran dari luar pula ialah sikap orang yang kita tolong. Kadang-kadang orang yang kita tolong tu tak pandai nak ucap terima kasih. Lagi teruk lagi kalu dia marah pula sebab kita tolong dia .

Tak apa lah kita tak perlu itu semua, cukup lah Allah yang “ ucap terima kasih”., iaitu keredhaan Allah.
Penutup kepada sikap ini ialah hayati lah maksud ayat ini :
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. (QS. 76:9)






Posted by cikgunik at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older