1.RINDU
Pada suatu hari seorang pelajar cikgu bertanya boleh tak dia menangis kerana terkenang pada orang yang tersayang yang telah pergi. Cikgu pun kata yang lepas usah dikenang lagi biarkan ia pergi. Kita yang hidup ini teruskan hidup. Kita tak boleh sesal atas apa yang terjadi. Katanya lagi tak boleh kah dia menangis. Cikgu pun jawab kalau nak menangis, menangis lah tak ada orang nak marah. Cuma jangan sampai merana diri.
Itulah maknanya rindu pada kenangan silam. Tak ada masalah, Nabi pun bersedih apabila anak baginda meninggal dunia. Sesekali nabi teringat juga pada isteri yang tersayang iaitu Khadijah yang telah lama pergi sehingga isteri yang lain jadi cemburu. Jadi tak salah lah kalau nak rindu asalkan jangan lupa pada Allah.
RINDU adalah istilah yang amat seni dan yang tak dapat dilihat tapi dapat dirasai. Sejauhmana rindu itu tak dapatlah kita ukur berapa kilometernya. Seberat mana rindu tak dapatlah kita ukur berapa kilogramnya.
yang kita tahu kalau datang rasa rindu rasa semacam saja. Kalau terlalu jauh dan terlalu berat maka yang kita dapat kesan melalui perubahan diri dari segi mood dan sikap kita.
Tak apalah hayatilah rindu itu kerana ia adalah fitrah atau pesen kita sebagai manusia.Cuma jadikanlah rindu itu positif, yang baik yang tak menyusahkan. Rindu tu kelemahan kita sebagai manusia yang tak kuat yang kuat ialah Allah. Maka jadikan ia cara mendekatkan diri kita kepada Allah.
2. Hormati ILMU
Cikgu rasa hal ini sudah cikgu cakap banyak kali dah. Tapi tak apa cikgu akan terus cakap. selagi ada suara. Masa thobur di sekolah cikgu pesan kepada para pelajar hormati ilmu. Cara nak hormati ilmu ialah hormati guru dan hormati lah bahan-bahan ilmu. Bahan-bahan ilmu tu bermaksud kitab-kitab atau buku-buku yang kita baca untuk mendapat ilmu daripadanya.
Satu fenomena yang berlaku ialah semasa selepas peperiksaan. Tak sedikit pelajar yang membiarkan buku-buku mereka berselerak di sana-sini. Tak kira buku agama atau buku akademik. Lebih malang lagi bila buku itu ditimpa hujan atau ditiup angin yang terus merosakkannya. Lepas tu tiada siapa pun yang nak peduli.Di manakah nilai perghormatan kita kepada ilmu.
Kenapa hal ini boleh belaku, mungkin kerana mereka menuntut ilmu kerana sijil. Atau kerana duit mereka banyak sangat , maka tak kisah lah..Entah lah mungkin mereka lupa di situlah berkatnya ilmu. Kalau nak tahu ulama dulu kalau dia jumpa kertas atas tanah maka dia akan ambil kertas itu letak ditempat yang lebih tinggi kerana hormatnya pada bahan untuk kegunaan ilmu itu.
Jadilah kita sebagai pelajar yang menghormati ilmu, untuk keberkatan daripada ilmu yang kita pelajari.Yang berilmu kerana Allah
Posted by cikgunik
at 12:01 AM JST