Pertama sekali cikgu nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak.Kepada pelajar-pelajar yang telah hantar SMS Ramadhan diucapkan terima kasih.
Hari ini cikgu nak bercakap pasal variasi. Variasi maksudnya kepelbagaian. Kalau dalam sukatan pelajaran variasi adalah tajuk sains tingkatan 4.Kalau kita boleh up-grade otak kita maka kita akan terfikir bahawa variasi bukan hanya ada dalam pelajaran sains, namun ada di mana-mana saja. Termasuklah dalam diri kita dan persekitaran kita. Variasi lah yang menjadikan hidup kita indah.
Hatta dalam diri kitapun ada variasi. Ada masa kita senyum dan ada masa kita marah. Bayangkan kalau kita boleh senyum saja 24 jam. Atau marah saja 24 jam. Apa akan jadi, fikir sendiri lah.
Variasi menonjolkan sifat kita sebagai manusia yang tak cukup. Rasa macam tak puas hatilah. Ada orang yang gemuk nak jadi kurus, kenapa sebab ada orang kurus, ‘Try’ kalau semua orang gemuk, maka dia mungkin fikir berkali-kali. Begitu juga ada orang nak buat teknik rebonding, sebab nak tukar variasi baru.
Begitu juga dengan orang lain akibat variasi yang Allah ciptakan untuk kita. Maka antara kita tak sama.Ada orang cepat marah dan cepat sejuk, namun ada orang cepat marah dan lambat sejuk. Walaupun dua-duanya cepat marah tapi tak sama. Di samping itu ada orang cepat marah dan bertindak berdasarkan marahnya. Maka orang macam ni kita kena hati-hati. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan salahkan tebuan kalau ia sengat kita.Kalau kita jolok juga, maka kena larilah dan terjun dalam sungai, kecuali kita rasa nak masuk wad kecemasan. Atau kita ni, jenis tebuan juga.
Ringkasnya, dengan variasi itu kita tak sama dengan orang lain. Dalam satu hal kita tak apa, tapi bagi orang lain tak boleh. Daripada itulah wujudnya tolak ansur. Bila kita cakap tentang tolak ansur maka ada yang beranggapan itu adalah satu kekalahan. Dalam hal ini kita kena tengok keadaan lah. Cuma sejarah orang-orang yang mulia, mereka lebih banyak bertolak-ansur, asalkan bukan perkara mungkar.
Bila kita tak sama maka kita perlu hormati orang lain. Kalau kita nak orang hormat pada kita maka kita kena hormati mereka. Kalau kita tak ingin terluka, maka jangan melukai mereka. Itulah satu sifir yang mudah tapi payah nak buat.
Begitu juga dengan persahabatan, walaupun kita ‘sekepala’ dengan ‘saing’ kita tapi ada yang berbezanya.Kita bertengkar atau bergaduh, kerana kita ada variasi. Lalu kita belajar erti variasi itu.
Nabi kita juga pernah berpesan bahawa perbezaan pendapat di antara umat baginda adalah satu rahmat. Maknanya kepelbagaian tu ada positifnya. Masalah yang tak selesai boleh jadi selesai, sebab kita sudah guna kaedah lain untuk menyelesaikannya.
Oleh sebab itu nikmatlah variasi itu sebaik-baiknya. Variasi sebagai satu cara untuk kita fikir kebesaran
Allah. Walaupun kita berbeza tak jadi hal, sebab yang penting di sisi Allah ialah taqwa. Oleh itu sempena Ramadhan mubarak ini maka bina dan tingkatkan lah ketaqwaan. Hebat di sisi manusia tak ada maknanya kalau rendah dan hina di sisi Allah.
Posted by cikgunik
at 12:01 AM JST