Di Hujung Pena Ini - Cikgu Nik
6 Jun, 05 > 12 Jun, 05
25 Apr, 05 > 1 May, 05
4 Apr, 05 > 10 Apr, 05
28 Mar, 05 > 3 Apr, 05
14 Mar, 05 > 20 Mar, 05
7 Mar, 05 > 13 Mar, 05
28 Feb, 05 > 6 Mar, 05
21 Feb, 05 > 27 Feb, 05
14 Feb, 05 > 20 Feb, 05
7 Feb, 05 > 13 Feb, 05
31 Jan, 05 > 6 Feb, 05
1 Nov, 04 > 7 Nov, 04
25 Oct, 04 > 31 Oct, 04
27 Sep, 04 > 3 Oct, 04
13 Sep, 04 > 19 Sep, 04
6 Sep, 04 > 12 Sep, 04
16 Aug, 04 > 22 Aug, 04
12 Jan, 04 > 18 Jan, 04
16 Jun, 03 > 22 Jun, 03
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Sunday, 13 February 2005
Tolong Menolong
TOLONG MENOLONG

Tolong menolong adalah amalan mulia. Ia (maaf dalam tatabahasa salah guna ia di sini) termasuk dalam kategori amalan kebajikan.Namun kalau kita nak tolong orang haruslah dengan niat yang baik iaitu kerana Allah.Kalau kita tolong orang dengan niat selain daripada itu,maka usaha kita akan menjadi sia-sia.Itu sebabnya kalau orang bukan islam tolong-menolong maka usahanya adalah sia-sia di sisi Allah.Jadi kita ni orang islam jangan pula sama tarafnya dengan orang bukan islam.

Kenapa kita nak tolong orang?Salah satu sebabnya mungkin kerana Allah dah buat kita macam tu suka tolong menolong,hidup perlu memerlukan antara satu sama lain.Namun,yang paling penting sebab kita tolong ialah untuk mendapat kedudukan yang Mulia di sisi Allah.

Kalau kita selalu tolong orang,maka adalah orang yang baik akan kata kepada kita " Tidak menyusahkan ke? "Kalau kita tak tahu hakikat tolong menolong memanglah susah.Apa tidaknya,apa yang kita dapat daripada daripada tolong orang.Buat letihkan diri saja.Masa habis,tenaga habis,kadang-kadang wang pun habis.Namun,itu adalah fikiran daripada orang orang tak tahu hakikat tolong-menolong.Mereka lebih memikirkan tentang rugi.Kenapa?Sebab untungnya tak nampak.Bila untung tak nampak,maka rugilah yang nampak.

Sebenarnya mereka rugi.Akhirat sek sok orang yang tolong sedikit akan menyesal kerugian sebab tolong sedikit.Apa lagi kalau tak tolong langsung.Lagilah rugi.

Satu daripada untungnya tolong menolong ,terutamanya menolong orang dalam kesusahan ialah berdasarkan pesanan nabi kita,kalau kita tolong orang dalam kesusahan maka Allah akan tolong kita semasa kita dalam kesusahan.Maka yakinlah dengan janji itu.Tolonglah orang kerana Allah.

Satu daripada sifat manusia tidak semua orang suka dirinya ditolong.Ada orang yang memang tak suka kita tolongnya.Tak apa itu hak dia kita tak boleh paksa-paksa.Dia ada alas an untuk berbuat demikian.Kalau kita tak boleh tolong dia maka tak ada rezekilah kita.Tapi jangan lupa niat kita nak tolong dia tu sudah dapat pahala.Tak apalah tolong orang lain pula.Kita kena kreatif, carilah jalan bagaimana nak tambah amal kebajikan,kalau satu pintu tertutup carilah pintu lain yang masih terbuka.


Sebagai persediaan nak menolong orang,kita juga harus ada sifat sabar.Sebab kita akan menghadapi cabaran dari dalam dan luar.Cabaran dari dalam ialah daripada diri kita sendiri,letih,marah,bosan,rasa buang masa dan sakit hati.Cabaran dari luar pula ialah sikap orang yang ita tolong.Kadang-kadang orang yang kita tolong tu tak pandai nak ucap terima kasih.Lagi teruk lagi kalau dia marah pula sebab kita tolong dia.

Taka pa lah kita tak perlu itu semua,cukuplah Allah yang "ucap terima kasih" ,iaitu keredhaan Allah.Penutup kepada sikap ini ialah hayatilah maksud ayat ini : Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah.Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.(QS.76:9)



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Saturday, 12 February 2005
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
...........

Assalamualaikum
Terlebih dahulu cikgu nak ucap selamat menyambut Peperiksaan Pertengahan Tahun .Maaf Zahir Batin.Macam ucapan Hari Raya pula....Bukan apa.Bila cikgu tengok para pelajar cikgu bermaafan sesama mereka,maka cikgu cakaplah macam tue...taka pa kan.

Peperiksaan dan ujian tu sama lah.Kita harus bersungguh-sungguh untuk menghadapinya.Kalau tidak keputusannya nanti akan mengecewakan.Ada di antara kita sanggup tak tidur malam untuk belajar,ada pula yang cikgu tengok atas kereta waktu nak pergi sekolah pun masih membaca.Tak kisahlah pasal ayah diayang bawa kereta.Yang menarik lagi ada yang membaca sewaktu 'gendong' motosikal.

Membacalah dimana-mana.Tunggu bas atau atas bas.Jangan peduli apa orang kata.Kita adalah kita.Kecemerlangan dan akhlak kita bukan orang yang tentukan.Selagi Allah izinkan buatlah.

Begitulah hidup di atas dunia ini.Hidup ini pun satu ujian.Allah telah memberitahu kita : Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu,siapa di antara kamu yang lebih amalannya.Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS.Al-Mulk : 2)

Apa yang nak diuji di sini ialah amal.Amal baik ker amal jahat.Kalau amal kita banyak adakah ia bermutu atau tidak.Mutu di sini bergantung pada ikhlas atau tidak kita buat amal itu.Buku rujukan tu dah ada dua.Semua soalan akan dijawab kalau kita baca
Dengan betul-betul dan penuh penghayatan.

Kalau kita nak lulus dengan cemerlang dalam ujian yang sangat besardan penting ini kita harus bersungguh-sungguh.Kutiplah markah walaupun sedikit.Walaupun sekadar senyuman atau buang duri dari jalan.Mungkin itulah markah yang terbaik.

Soalan tu ada tolak markah juga.Jangan buat mungkar dan maksiat.Nanti markah jadi sedikit.Sebabnya kalau kita dapat markah yang rendah maka lita akan menyesal tak sudah-sudah.

Satu perkara kita kena ingat.Tak ada peperiksaan ulangan macam STAM atau BM Julai.Peperiksaan ini sekali saja...Ingat peperiksaan maka ingatlah ujian dari Allah.

Kepada pelajar-pelajar cikgu BM dan Pengajian Am.Cikgu restu ilmu yang telah cikgu ajar itu.Buatlah yang terbaik.



Pesanan :
1. Lepas Exam jangan buang kertas dan buku merata-rata.Cikgu tak mengaku dia anak murid cikgu kalau buat macam tue.Itulah satu cara untuk menzalimi ilmu.

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Thursday, 10 February 2005
Hari Terbuka
HARI TERBUKA

Pertama sekali cikgu nak ucap tahniahlah pada warga MMP kerana telah berjaya mengadakan HARI TERBUKA.Ini membuktikan bahawa sekolah agama juga serba boleh.

Kalau kita terlibat dalam apa-apa program atau pesta atau seminar atau apa-apalah.Maka banyaklah yang kita dapat pelajari daripada program tersebut.Cikgu nie dah banyak ikuti program dan buat program.Maka banyaklah pengalaman dan iktibar daripadanya yang dapat dikutip.

Buat program nie melatih diri kita untuk bersabar.Maklumlah dalam program tue,pemikiran tak sama.Sabar kalau orang tak terima fikiran kita.Sabar kalau kita tak menerima fikiran orang lain.

Sabar yang paling tinggi ialah kalau kita kena buat kerja orang.Kerja kita sendiri tak siap lagi dah kena buat kerja orang.Yang orang tue, nampak relax aja.Sudah lah gitu,kalau kita buat tak kena sikit,dia marah pula pada kita.Bukan nak berterima kasih.Itulah manusia,kalau kerja dengan komputer senang kerja.Lagi berat kalau usaha kita tu orang tak nilai.Tak apalah,Tanya diri kita mana berharga antara penilaian Allah dan penilaian orang.

Masa adalah penting dalam membuat sesuatu program.Rasa masa macam berjalan berjalan begitu cepat.Lebih cepat lagi kalau kita rasa...yang ni tak buat lagi yang tue tak buat lagi.Masa yang singkat akan membuatkan kita rasa tertekan.Namun kalau kita hayati,tekanan itu ada positifnya.Ia dapat memberi kita satu daya fikir yang kreatif.Kalau tak kerana tekanan kita tak sampai pada tahap pemikiran seperti itu.

Letih memang letih kalau kita buat program.Apalagi kalau program besar.Namun macam biasalah....bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian.Tapi biarlah letih kita tu ada manfaatnya.Kalau tidak sia-sia saja peluh kita yang mengalir tu.

Cuma kalau kita letih perkara yang perlu di beri perhatian ialah perasaan marah.Cuba marah kawal kita.Jangan marah dalam keadaan letih.Relex dulu.Sebab marah dalam keadaan letih seperti kita membakar berhampiran petro minyak.

Marah ni tak baik.Natijahnya kita akan rasa sesal lepas marah.Kecuali kita memang pesen panas baran.

Unsur yang penting ialah apakah niat kita nak buat program tu.Untuk siapa.Apa yang kita dapat.Tujuannya apa dan macam-macam lagi.Niatlah apa yang kita buat itu kerana Allah.Puashati dengan letih kita.

Bekerjalah.Bekerjalah kerana Allah.Apa lagi kita nak atas dunia ini selain daripada beribadat kerana Allah.Alangkah beruntungnya kalau kita jadikan kerja kita itu sebagai sumber pendapatan kita di akhirat nanti.Dunia ini tempat kita bekerja.Akhirat nanti tempat kita terima gaji dan upah.

Cikgu/ana ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah yang disampaikan oleh rakan-rakan dan para pelajar kepada cikgu/ana dan keluarga.Terima kasih juga kepada yang sudi menziarahi cikgu/ana.Maaflah kalau layanan tidak seberapa.Jazakumullah Hukhairan khasira.

(Maaf kalau tulisan ini tak sempurna dan tak teratur, kerana kehilangan itu masih terasa)



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 9 February 2005
Catatat Terakhir untuk ibu
CACATAN TERAKHIR UNTUK IBU

Ibu, setiap aku mengenangimu, setiap kali itulah hati ini akan sayu dan sedih.Ibu izinkanlah kesedihan ini sebagaimana air mata Nabi sewaktu kehilangan orang yang tersayang.

Terima kasih ibu kerana memberi penghargaan yang tidak ternilai bagiku sebelum kau pergi.

Terima kasih ibu, kerana menjaga makan dan minumku. Halalkanlah ia ibu.

Terima kasih ibu kerana memberi aku erti hidup ini.

Terima kasih ibu kerana mengajar aku tentang iman dan taqwa

Ibu,kau membesarkan kami tanpa ayah di sisi.Dengan kecekalan dan ketabahanmu aku hargai.Namun kau tidak menceritakan kesusahan itu pada kami.

Sesungguhnya Allah sangat sayang pada ibu, diujinya dengan pelbagai ujian.Kali pertama ibu jatuh tangga, sebulan ibu terlantar, tentu ibu masih ingat masa tu ibu ingin ambil wuduk untuk solat tahajjud.Beberapa tahun kemudian ibu di serang strok, sehingga ibu tak dapat berjalan lebih daripada 2 tahun.Kemudian, sekali lagi ibu diserang strok, sehingga ibu terlantar lebih daripada setahun.Masa itu ibu amat perlukan kasih sayang daripada anak-anak.

Ibu maafkanlah anakmu jika gagal memberikan apa yang kau inginkan itu.

Ibu, maafkanlah jika anakmu ini berkasar padamu, walaupun telahku cuba sekuat hati menghalangnya.Namun kau tetap menyayangiku.

Ibu maafkanlah anakmu jika suatu ketika dulu aku tak setuju dengan pandanganmu,tentang pembaikian .Namun sekarang ternyata amat berguna.Dan fikiranmu ibu jauh kehadapan.

Ibu maafkanlah anakmu jika lewat menukar lampin itu, sehingga kau tidak selesa.Tapi kau tidak pernah mengeluh.

Ibu, maafkanlah anakmu jika pulang lewat, sehingga kau sunyi sendirian.Tapi sedikit pun kau tak marah.

Ibu maafkanlah anakmu jika tak faham apa yang kau ucapkan, dan meneka yang bukan-bukan sehingga hasratmu tak ku penuhi.Tapi kau tetap tersenyum.

Ibu maafkanlah anakmu jika lupa membeli apa yang kau pesan, sehingga kau tak dapat merasainya.Tapi kau tak tanya pun pesanan itu.

Ibu maafkanlah anakmu jika sekali tidak menyahut panggilanmu, walaupun aku mendengarnya.Tapi kau lupakan saja.

Ibu maafkanlah anakmu ini, jika lewat memasang kelambu sehingga beberapa ekor nyamuk menggigitmu.Tapi kau diamkan saja.

Ya Allah aku redha dengan pemergian ibuku kerana dia banyak merasai pahit-maung hidup ini.Dan kuserahkan segalanya pada-Mu.Kesedihan ini hanyalah kerana aku gagal memberikan terbaik untuk ibu.Hanya pada-Mu Allah aku bermohon dengan setulus hatiku :

" Wahai Tuhanku, kasihanilah orang tuaku sebagaimana keduanya mengasihani aku diwaktu kecil "



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 8 February 2005
Dua Ajaran
DUA AJARAN

Terlebih dahulu cikgu mohon maaf kerana tidak menulis dalam BT keluaran minggu lepas.Walaupun cikgu ni seorang yang tak sibuk, tetapi, ada masanya tak sempat juga.Kita hanya ada masa 24 jam saja, tak boleh di tambah dah.

Semasa cikgu belajar di UKM dulu, cikgu terlibat dalam persatuan anak negeri, iaitu PERDANA.Di situlah cikgu di asuh diajar untuk mengenali kepimpinan dan beberapa kemahiran yang lain.Ilmu yang cikgu dapat semasa terlibat dalam persatuan ternyata amat berguna untuk seorang GURU.Apa yang menarik dalam persatuan PERDANA tu ialah sebelum memulakan mesyuarat exco harus bagi tazkirah selama 5 minit.Tazkirah itu disampaikan secara bergilir-gilir setiap exco harus menyampaikannya.Banyak ilmu dan ajaran yang cikgu terima pada masa itu.

Dalam banyak-banyak ilmu,atau nasihat atau ajaran yang cikgu terima ialah dua perkara.Dua ajaran ini masih cikgu ingat sampai ke hari ini.Orang kata masih segar dalam ingatan.Cikgu pun dah lupa siapa yang bagitahu pada cikgu, sebab banyak sangat.Tapi, yang pasti ia adalah senior cikgu dalam persatuan itu.

PERTAMA : Kalau kita nak buat kebajikan,kebaikan,atau usaha dakwah,Buatlah.Jangan ditanya berjaya atau tidak berjaya,kerana itu bukab urusan kita.Hanya Allah yang boleh menetukan berjaya atau tidak usaha kita.

Betul juga, sebab ikut kaedah Islam niat tu sudah dapat pahala.Buat pula dapat pahala.Berjaya atau tidak usaha itu bukan penting yang penting Allah redha.Sebab kalau kita fikirknan sangat soal kejayaan atau kegagalan maka kita akan mudah putus asa,tiada semangat, takut kecewa, dan paling tak patut kita akan tangguhkan usaha kebaikan itu.Padahal untuk apa kita nak tangguhkan.Kalau usia dan umur kita sendiri pun kita tak jamin dapat ditangguhkan.

KEDUA : Kita harus sentiasa hampir dengan Rasulullah SAW.Jangan ketinggalan jauh di belakang atau jangan mendahului Rasulullah SAW di hadapan.

Ini adalah yang cikgu belajar,dalam membuat sesuatu kerja,kita kena lihat apakah Rasuluulah SAW buat atau tidak.Kalau nabi buat,Baginda buat macammana.Kalau boleh sentiasa bersama atau hampir dengan Rasulullah.

Jangan jauh sehingga Rasulullah panggil kita tak dengar.

Jauh ke belakang maksudnya kita lupa pada Nabi kita.Apa yang kita buat tak sama langsung dengan Nabi kita buat.Kalau Nabia ada bersama maka Baginda akan marah pada kita atau tidak mengaku umatnya.Dihadapan Nabi bermakna kita buat amalan atau ibadat yang Nabi tak buat iaitu Bidaah.Atau kita buat amalan yang terlalu banyak yang kita rasa lebih daripada Nabi, atau kita nak jadi ahli sufi,yang Nabi tak suruh.Padahal Nabi lah insane yang paling bertaqwa.

*Kita bukan yang terbaik, tetapi seorang Muslim yang ingin jadi terbaik.


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Monday, 7 February 2005
Menghitung yang tak terhitung
Minggu lepas ada minggu sukan sekolah.Entah macam mana cikgu pun turut terlibat sama.Kalau dulu,cikgu tak minat sangat dalam hal sukan ni.Tapi mungkin ada sebabnya cikgu jadi demikian.Cuma maafkan cikgu kalau cikgu bersorak terlalu kuat.

Dalam pertandingan itu kita akan menghitung.Cikgu pun menghitung.Kita menghitung mata untuk menang atau kalah.Hitungan itu akan berhenti apabila selesai perlawanan.

Hitungan yang banyak ada dalam matematik.Hingga kita akan sampai tahap infiniti.Bila dah sampai tahap itu maka kita tak larat lagi menghitung.Kita kena akur dengan keterbatasan kita sebagai manusia yang lemah.

Begitulah dalam hidup ini kita sebagai hamba Allah.Satu perkara yang kita kena hitung ialah nikmat Allah yang telah kita terima dari dalam perut ibu hinggalah saat ini.Semua pelajaran ialah ada dalam bab syukur.

Dalam menghitung nikmat Allah kita tidak perlu berhenti walaupun ia adalah tidak terhitung (infiniti).Kalau kita berhenti maka ikatan atau online kita dengan Allah juga akan terputus atau terhenti (disconnect)

Kesudahan daripada hitungan kita ialah syukur.Cuba ingat kembali kepada Rasulullah.

Diriwayatkan Rasulullah itu sembahyang malam sehingga bengkak belakang kakinya.Siti Aisyah bertanya : " Kenapa sampai begitu sekali sembahyang kerana selama dulu dan kemudian telah diampun oleh Allah".

Rasulullah pernah bersabda " Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur".Di sini kita dapat ketahui kenapa Rasul yang maksum itu pun bersujud kepada Allah, kerana ia bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.Syukur itu sebenarnya bukanlah satu pengucapan semata-mata seperti yang kita lakukan kini.Syukur itu perbuatan oleh kita kepada Allah,maka itu barulah dikatakan syukur yang sebenar-benarnya.
Hendaklah di rasa dalam hatinya akan nikmat Allah berikan kepadanya.Pemberian Allah itu sangat banyak.Allah jadikan mata kita, hidung kita, deria kita memberi rezeki kepada kita dan bermacam-macam lagi nikmat yang diberikannya.Oleh itu, gunakan segala nikmat itu kejalan yang diredhai oleh Allah.Jika tidak kita itu kufur nikmat jika disalahgunakannya.

Kemudian setelah merasa akan semua itu hendaklah kita malu kepada Allah kerana memberi kepada kita semua itu dan hendaklah kita berkhidmat kepadanya pula iaitu mengerjakan perkara-perkara kebaikan, kebajikan dan perkara sunat.

Firman Allah S.W.T (maksudnya) " Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya (meliputinya)".Ibrahim : 34

Hitunglah betapa banyaknya nikmat dari Allah yang kita terima.Cuma jangan tersalah hitung.Kita bukan nak hitung derita tapi menghitung nikmat disebalik derita.Hitunglah....sebelum kita tak mampu lagi berbuat demikian.Hanya kita yang boleh menghitung untuk diri kita.

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Tak Apa
TAK APA

Tak apa lawannya tak boleh.Dalam hidup ni kita boleh dalam keadaan tak apa dan kita boleh dalam keadaan tidak boleh.Masing-masing ada baik buruknya.

Cikgu pun tak perasan, perkataan tak apa selalu sangat cikgu gunakan sejak beberapa minggu ini.Cikgu marah...tak apa.Cikgu susahlah...tak apa.Semalam saya tak datang..takapa.Cikgu..kenapa sampai jadi macam ni....tak apa.Sehinggalah pelajar cikgu kata,cikgu ni tak apa sokmo.Cikgu pun tak kata apa-apa.Sebab tak apa, macam-macam lagi tak apa yang diguna.Itu tak termasuk lagi yang dicakap dalam hati.

Baiknya tak apa ialah, ia dapat memberikan kita suatu keadaan tenang dalam hidup.Kalau kita nak marah pun tak jadi marah.Kita boleh memupuk memupuk sabar dalam diri.Kalau fikiran nak jadi serabut pun...dia jadi taka pa.Kalau tak ada panadol,cikgu rasa boleh guna tak apa.Barangkali.

Kalau orang nak sakitkan hati kita semata-mata kerana kita.Maka katakan tak apa.Itu pun kalau boleh.Sebab teorinya senang tapi praktikalnya payah.Amat payah.Kenapa?Sebab itu sifat para Nabi dan Aulia.Dua perkataan ini memerlukan pengorbanan.Terutamanya kepentingan diri dan perasaan.Dengan tak apa, kita tidak mudah bertindak sebarangan.Kita fikir dulu.Tak apa akan memberi noktah, untuk kita fikir sejenak.

Satu hadis yang sangat berpengaruh dalam hidup cikgu ialah:
Hadis riwayat Anas bin Malik r.a,ia berkata : Aku melayani Rasulullah s.a.w selama 10 tahun.Demi Allah! Beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku:Hus! Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti : Kenapa kamu kerjakan itu?Kenapa kamu tidak mengerjakan ini (Hadis Bukhari)

Itulah makna tak apa yang sebaik-baiknya.Maka kita cubalah setakat yang termampu.Nabi suka kepada yang mudah dan senang.Kalau diberi pilihan,tentu Nabi akan pilih yang mudah dan senang.Kalau dihayati memanglah islam itu mudah dan senang,yang jadi payah tu sebab kita.

Manakala, kalau kita selalu menggunakan tidak boleh,maka hidup kita akan jadi susah,di tambah pula dengan serabut yang tak tentu pasal.Di samping itu,orang pun tak suka mendekati kita.Kalau ada yang dekati kita mungkin sebab ada sesuatu.Kalau di bri pilihan,mereka tak pilih kita sebagai sahabat mereka.

Cuma kena ingat juga,kita bukannya Nabi.Yang sentiasa dalam mlindungan Allah selalu.Takut tak apa itu menjadi mudarat pada kita dan iman kita.Kita tak boleh bersikap tidak apa pada sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat.

Satu lagi yang kita kena hati-hati ialah dengan tak apa boleh menyebabkan diri kita jadi tidak tegas.Ada masanya tidak tegas tak baik juga.Tambahan lagi kalau kita seorang pengawas.Oleh itu ketegasan diri harus di bina juga.Ketegasan adalah lambing kekuatan peribadi kita.Namun tak perlu selalu cukup kalau digunakan sekali-sekala.

Nasihat cikgu : Gunakan TAK APA dengan sebaik-baiknya.





Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Sunday, 6 February 2005
Merakamkan Kehidupan
MERAKAMKAN KEHIDUPAN

Terlebih dahulu cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah, (sebagai rakaman kehidupan yang pertama )kepada pelajar-pelajar cikgu yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM,STAM dan STPM baru-baru ini.Kepada yang menerima keputusan yang tidak meyakinkan, janganlah sedih.Sabar,redha,dan yakin ada hikmahnya.Usaha lagi.

Cikgu masih lagi seperti dulu, suka dengan satu aktiviti iaitu merakamkan kehidupan.Kalau dulu cikgu selalu ambil gambar program sekolah,sekarang pun macam tu juga.Masa di MMP cikgu sempat buat CD yang mengandungi gambar-gambar MMP.Begitu juga di sini.Tahun lepas,cikgu sempat menghasilkan CD MMPP yang menggambarkan aktiviti sekolah tahun 2003.Cuma baik sedikit sebab ada rakaman audio ceramah.

Rakaman kehidupan ini amat berguna untuk kita hayati selepas daripada ini.Masa kita dah dewasa atau sudah tua.Kita akan tersenyum sendiri apabila melihat masa muda-muda.

Satu perkara yang kita tak berapa suka kalau ada yang ambil gambar dengan 'pukul curi' (candid).Apalagi kalau aksi itu kurang menyenangkan kita.

Mungkin kita terlupa kot.Gambar kita suara kita ada yang sedang merakamkannya.Lebih daripada pukul curi.Semua gambar kita yang baik atau tidak senonoh telah dirakamkan.Sama ada kita suka atau tidak.

Rakaman kehidupan ini, bermula daripada kita kecil sampailah kita mati.Dirakamkan dengan menggunakan kamera yang terlalu canggih berbanding kita.Apa tidaknya,semua aktiviti kehidupan kita ada.Dari kecil sampai yang besar.Daripada yang baik kepada yang paling tak baik.

Apabila orang nak ambil gambar kita,kita akan kata "nanti dulu saya nak senyum" "nanti dulu saya nak duduk betul"Nanti dulu saya nak bersedia...sehinggalah kita berpuas hati dengan gambar yang diambil.

Cuma...pernahkah kita berkata kepada jurukamera yang Allah utuskan untuk merakamkan kehidupan kita."Nanti dulu saya nak buat ibadat"nanti dulu saya nak buat kebajikan""nanti dulu saya nak bersedekah"....akibat terlupa kita biarkan mereka ambil gambar kita ketika sedang buat maksiat,ketika sibuk dengan urusan dunia dan lupa urusan Akhirat, dan macam-macam mazmumah yang lain.

Sebelum terlambat,DELETE lah segera gambar-gambar candid kita yang tak elok tu.DELETE lah dengan taubat,ibadat, dan dekatkan diri dengan Allah.Sehingga gambar baik kita yang cantik dapat menutup gambar yang tak baik.Sebab, gambar-gambar ini akan dijadikan pameran pada HARI TERBUKA suatu hari nanti.Di manakah kita nak letakkan muka kita....

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (bertulis) di dalamnya,dan mereka berkata."Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula)yang besar, melainkan ia mencatat semuanya.Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis).Dan TuhanMu tidak menganiaya seorang juapun".QS : 18:49)


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Terimalah Teguran Itu
TERIMA TEGURAN ITU.

Hari ini (8.3.2004) cikgu bangun terlalu awal.Nak tak nak kena bangun juga.Cikgu harus siapkan BT Edisi Cuti bilangan 185.Cikgu terlupa minggu depan cuti rupanya.Payahnya kalau kena rehat.Kalau tak tahu nak buat apa masa rehat.Takut-takut rehat tue jadi tidak bermanfaat.Cuma mujurlah ada 'Hari Raya'

Dua perkara yang banyak membantu kita menjadi seorang manusia yang baik ialah ditegur dan menegur.Ditegur maksudnya kita menerima nasihat seseorang agar jadi lebih baik.Hasilnya dapat pahala.Namun tegur dan menegur itu haruslah berasaskan ikhlas, iman dan redha Allah.Kita kadang-kadang tak berapa suka ditegur dan menegur.Kalau kita di tegur maka ego kita akan tercabar.Kalau menegur pula, kita takut mencabar ego orang, atau orang akan terasa.Lalu kita kata siapalah kita nak tegur-tegur orang.Rupa-rupanya,bila di hitung berkali-kali, kalau kita abaikan dua amalan ni kita akan rugi.

Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama cikgu di MMP, tahun 1996, cikgu telah ditegur oleh seorang pelajar, seorang dhobitah,atas satu kesalahan yang cikgu yang 'tak manis' semasa bagi kaunseling pada seorang pelajar.Mula-mula dalam hati cikgu nak marah juga, cara dia tegur.Tapi bila di fikir berkali-kali,tegurannya baik dan betul maka cikgu terima dengan senang hati.Siapalah kita sehingga orang tidak boleh tegur kita.

Hari demi hari, cikgu belajar bahawa teguran itu amat baik untuk mendidik hati dan akhlak kita.Kalau tidak, kita kan lupa diri diulik rasa ego.Namun,dalam banyak-banyak teguran terselit teguran yang amat bermakna, ia teguran daripada Allah.Kita sering tak perasan , Allah menegur kita.Bila kita rasa pandai, hebat,mulia dan megah ,maka kalau Allah sayang pada kita,Allah tegur kita.Cuba perhatikan Allah tegur kita semasa kita mendapat malu atas sesuatu perkara, semasa kita terjatuh,semasa berjalan,semasa kita batuk atau sakit.Di antaranya paling halus ialah Allah tegur kita semasa kita buat salah secara tidak sengaja pada seseorang, lalu kita rasa bersalah dan menyesal.

Betapa teguran daripada Allah ini membawa maksud bahawa kita harus sedar kelemahan diri kita sebagai hambaNya.Kemudian kembalilah kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri.Oleh sebab itu,berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at.(QS.87:9)Dan berikanlah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya.(pada hari kiamat),sedangkan bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa'at pun selain daripada Allah, agar mereka bertaqwa (QS.6:51)

Cikgu mengucapkan selamat bercuti.Kepada pelajar MMPP selamat menggunakan Bahasa Arab.


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 2 February 2005
YANG TINGGI DAN YANG RENDAH


Pagi ini, (18.2.04), cikgu buat ujian bulanan kepada para pelajar.Sementara menunggu mereka menjawab, cikgu pun menulis.Melihat pelajar berfikir ke atas, maka cikgu tumpang fikir sama, kalau-kalau ada idea.Cuma cikgu musykil kalau ada pelajar yang pandang ke tepi, ke belakang atau ke bawah.Sebagai hamba Allah betapa terasanya hidup ini amat berharga.Harga itu ada dalam diri kita.Kita boleh rasa sendiri atau orang lain boleh tolong royat pada kita.Pertolongan itu mungkin berupakan ujian.

Bagi ahli motivasi, pujian adalah baik untuk menaikkan semangat.Boleh membaiki semula jiwa yang lemah dan tak berdaya.Namun kaedah ini biasanya tak kekal lama, bersifat sementara saja.Ada masanya pujian itu bahaya.Kata sesetengah orang di kalangan kita"bahaya untuk perahu-perahu kecil".Bahayanya pujian ialah ia boleh menyebabkan diri kita menjadi besar.Rasa macam nak terbang saja, atau terangkat dan tinggi.Apabila sudah jadi macam tue maka kita akan rasa diri kita hebat, serba pandai, serba boleh,serba tahu dan serba serbi.Kenapa cikgu kata ia bahaya?Sebabnya, kita akan lupa asal usul kejadian kita.Asal kejadian kita adalah daripada setitis cecair yang amat tidak berharga lagi berbau.Kalau ia tumpah tiada siapa yang nak.Namun betapa kasih sayang Allah yang tidak terperi, di muliakan manusia sampai ketahap itu.Malah lebih tinggi lagi daripada apa yang kita fikirkan.

Oleh itu, sepatutnya pujian tidak boleh menyebabkan kita semakin tinggi dan berbangga diri.Untuk apa kita jadi bangga dengan serba-serbi.Yang bukan kita yang buat.Kalau kita buat sendiri jolo juga.Ingat tu.Allah boleh tarik bila-bila masa saja.Lalu jadilah tak serba tak serbi.Sekali-sekala kita berjalan di muka bumi ini jangan selalu lihat yang tinggi.Lihat juga yang rendah.Pandang ke bawah.Lihatlah pada tanah tempat kita pijak.Kotornya.Sehingga kita terlupa bahawa dari situlah kejadian asal kita.

Hari Jumaat yang lepas,cikgu telah royat pada pelajar MMP dalam satu program, sebelum cikgu ke program MMPP selepas itu.Cikgu Tanya siapakah di antara manusia yang paling layak untuk memiliki sifat sombong dan angkuh dengan kehebatan yang tidak terperi?Bukan raja, bukan sultan,dan bukan orang yang paling kaya atas dunia.Beliau ialah Nabi Muhammad S.A.W.Kenapa?Kerana Allah,Malaikat dan orang Mukmin berselawat dan ucap pujian padanya.Nama baginda menjadi sebutan yang paling agong dan berada di tempat tinggi.Namun siapakah yang paling Tawaduk antara manusia.Beliau adlah Nabi Muhammad S.A.W.Baginda telah cuba meletakkan dirinya serendah yang mungkin.Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(QS.17:37).Lupa.cikgu pun bagitau pelajar."Masa sudah habis...semua pelajar hantar"....tiada siapa yang nak hantar...sehingga cikgu terpaksa ulang beberapa kali.



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older