Kebiasaannya ujian adalah kata yang serangkai dengan sabar. Kalu kita diuji maka kita disuruh bersabar dan bukan diminta bersyukur. Dalam hadis pun ada disebut orang Islam adalah ajaib sebab kalau ia mendapat sesuatu ia bersyukur dan bila diuji ia akan bersabar.empat konsep ini nikmat, syukur, ujian dan sabar adalah erti kehidupan yang tidak ternilai. Erti itu ialah kalau kita diuji maka kita perlu bersyukur
Hari Ahad(10.4.2005) pihak sekolah menghubungi cikgu memberitahu berita gembira, pihak sekolah mmpp telah menerima keputusan sptm 2004 yang baru. Hasilnya ramai yang lulus selepas semakan dibuat. Itu lah satu keputusan yang mengembirakan, sebaik saja diberitahu, cikgu terus saja sujud syukur.
Cikgu anggap itulah pertolongan dari Allah. Kalau Allah tak tolong pun boleh sebab itu adalah hak mutlak Dia sebagai Pencipta.
Selepas keputusan yang teruk dulu, cikgu rasa tidak selesa, seperti yang cikgu sebut sebelum ini wujud rasa simpati, sedih, rasa bersalah,dan sentiasa berfikir kenapa dan kenapa. Bukan cikgu saja yang berfikir macam tu malah orang lain. Oleh sebab keputusan itu tidak logik,maka macam-macam sebab dicari, walaupun sebab tu tak logik, mungkin beberapa orang saja tapi dikatakan semua orang berpakat tidak menjawab atau boikot lah.
Ilmu kehidupan yang boleh dikutip ialah manusia apa bila menghadapi perkara yang tak logik akan mencari pelbagai sebab walaupun mungkin tak logik.Sehingga boleh membentuk unsur fitnah, yang amat tajam, boleh membunuh jiwa yang lemah. Namun cikgu percaya parcaya pada kitab quran, Allah tak akan membebani diri dengan sesustu yang kita tak mampu. inilah kekuatan sabar yang perlu dijana dalam diri kita.
Pada masa ini lah cikgu dapat bayangkan betapa deritanya Aisyah ra sewaktu difitnah oleh orang munafik, sehingga nabi tak dapat berbuat apa-apa. Nak percaya tak logik tak percaya tapi keadaan memaksa untuk dipercayai. Sehinggalah Allah menurunkan ayat penjelasan. Kemudian apa perasaan aisyah, dia saja yang tahu. Ujian yang cikgu terima sikit jah, sesungguhnya betapa kuatnya Aisyah r.a.
Seandainya Allah tak tolong apa yang akan berlaku. Tak terfikirlah cikgu apa akan jadi. mungkin nama cikgu akan terus buruk dan imej makin tercemar. Siapa yang akan membelanya, mungkin ada, tapi sekatat mana. Kalau semua kata macam tu, macam mana kita nak tolak.
Pegajarannya kembalikanlah diri kita kepada Allah . Ingatlah kekuasaan Allah mengatasi segalanya. Allah berhak muliakan kita dan Allah berhak hinakan kita. Apa-apa pun ingatlah Allah selalu dan sentiasa. Makna hikmah ketentuan
Allah amat bermakna dan indah.
Khas untuk pelajar cikgu yang berjaya dalam P. Am 1 stpm 2005. Cikgu ucapkan berbanyak-banyak tahniah, dan terima kasih kerana beri peluang untuk cikgu ucap TAHNIAH .
Terima kasih Allah kerana memberi erti sebuah kehidupan, sebelum ia berakhir.
Posted by cikgunik
at 12:01 AM JST