From: "umie safa"

From: "umie safa" <umiealia@yahoo.com>

To: <relexjap@yahoogroups.com>

Subject: [Relexjap] IDWR - Rukun Iman Ke2: Percaya Adanya Malaikat <bA>

Date: Sunday, June 22, 2003 12:33 AM

`Rukun Iman ke dua : percaya adanya para malaikat.



Dengan iman kita wajib percaya dengan sepenuh keyakinan adanya makhluk ghaib ciptaan ALLAH yang dikenali sebagai malaikat.Ia sentiasa patuh setiap kepada perintah dan arahan dari ALLAH.

Ia bukan terdiri dari manusia atau haiwan.Dicipta ia mempunyai akal tetapi tanpa nafsu.

Mereka tidak makan , tidak minum , tidak berkahwin dan tidak mempunyai keinginan kecuali berbakti kepada Tuhan sahaja.

Malaikat ini kejadiannya sangat suci dan taat.Bukan pula ia perempuan dan bukan juga laki-laki.

Ia juga bukan jin atau syaitan.



Jumlah malaikat tidak terhitung banyaknya tetapi andaian nisbahnya lebih kurang seperti dibawah :



Manusia : 1 %



Jin : 9 %



Malaikat 90 %



Jumlah : 100 %.



Sepuluh malaikat yang wajib diketahui :



1.Malaikat Jibrail : tugasnya menyampaikan wahyu.



2.Malaikat Izrael : tugasnya mencabut nyawa makhluk ALLAH swt yang telah ditetapkan .



3.Malaikat Mikail : tugasnya menyampaikan rezeki dari ALLAH dalam berbagai-bagai bentuk dan sumber.



4.Malaikat Israfil : tugasnya meniup sangka kala qiamat.



5.Malaikat Mungkar : tugasnya menyoal ahli kubur.



6.Malaikat Nakir : tugasnya juga menyoal ahli kubur.



7.Malaikat Raqib : tugasnya mencatit segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh manusia tidak pernah lalai walau pun sedetik.



8.Malaikat Atid : tugasnya mencatit kebaikan dan pahala manusia tidak pernah tertinggal walau kebaikan itu hanya sebesar zarah.



9.Malaikat Malik : tugasnya menjaga pintu neraka.



10.Malaikat Ridzwan : tugasnya menjaga pintu syurga.