From: "Pak Wattan"

From: "Pak Wattan" <pacwattan@yahoo.co.uk>

To: <relexjap@yahoogroups.com>

Subject: [Relexjap] NWR(P) - “Tak Kenal Maka Tak Cinta" (Vol 2) <uR>

Date: Sunday, June 22, 2003 12:29 AM

A'kum semua

Minggu lepas Pak Wattan ada hantar pantun “Tak kenal maka tak cinta vol 1” ni nak sambung le sikit pasal pak wattan janji nak sambung ya tak. Yang lepas menceritakan teruna dan si dara dari memula jumpa, seminggu jumpa, setahun bercinta dan majilis pertunangan. Hari ni saya nak sambung tentang masa bertunang dan dah berkhawin. Mudah-mudahan dapat jadi pengalaman dan panduan kita bersama.ini semua rekaan semata-mata.

Masa Bertunang

Satu syawal berhari raya

Hari raya, jangan masam muka

Masa bercinta, dunia ana yang punya

Aku nak kemana, aku punya suka



Pergi berniaga ke pulau melaka

Orang kesana, selalunya kaya

Dara suka, teruna lagi le suka

Nak kemana, tiada yang tanya



Mak milah janda, kawin nya duda

Walau pun duda, badannya sasa

Siapa nak halang, orang tua tiada

Diorang ingat semua macam biasa



Anak Hindu beli petola

Nak masak tumis, santan berlada

Duduk dibandar, bermaharajalela

Orang kat kampung, tak tahu benda



Teruna kata bapaknya kaya

Pergi kepasar pun berkerata

Si dara sudah mula bercaya

Janji manis, teruna kota



Mat motor selalu berlumba

Tak pernah jatuh, ingat macam nak rasa

Tunang sebulan, semua dah tiba

Taman bunga, panggung wayang…tu tempat biasa



Tepi hutan banyak kera

Kera takut dengan kerengga

Berpegang tangan itu dah tak kira

Naik motor kehulu kehilir, teruna bangga



Budak kecik main saga

Tak boleh main, tak kan nak ke gua

Ada kawan cuba menduga

Diberi nasihat, diperlekih jua



Pergi ke kelang memanjat kelapa

Dari Kelang lalu ke Jawa

Teruna, dara dah tak kira apa

Dulu kewayang , kini kerumah sewa





Ke rumah sewa mereka bersama

Dah berdua korang tahu le saja

Dah mula setan menggoda

Tut…bab ni aku tak leh cerita…



Satu hari kena le juga

Dicekup kadi, diam tak terkata

Tahu pulak malu kat keluarga

Dulu nak buat tak tanya sapa



Berniaga besar, ingat nak kaya

Berniaga beras, di makan diraja

Janji tunang 2 tahun ikatnya

Dah jadi gini, 2 bulan aje



Bapak si dara mengamuk gila

Bila dapat berita ada yang tak kena

Dia suruh kawin jam tu juga

Nak cari duit, “itu kau punya suka”



Mula hantaran 10 ribu, katanya

Dapat potongan, bayar 2 ribu saja

Asal minggu depan jadi kendurinya

Jemput orang, adik beradik saja



Anak dikandung sapa nak jaga

Makin membesar, nanti orang dapat teka

Nak menyesal, tak ada guna

Berani buat berai tanggung le



Hari persandingan

Mak ayah dara, rasanya hiba

Ini semua teruna punya angkara

Hari dinanti telah pun tiba

Bersanding juga si teruna dara



Turut di jemput sedara mara

Tetiba sidara tekaknya loya

Ramai yang datang menjamu selera

Ada yang Tanya, kenapa awalnya



Di ijab Kabul, pengikat setia

Doa semua, moga bahagia

Dua mempelai nampak ceria

Lepas ni boleh bersuka ria



Berjalan malam jumpa si rawa

Jumpa si rawa, dipohon sena

Memohon ampun kepada yang dua

Menanis meraung tiada berguna



Pergi ke pasar naik kereta

Naik kereta berdua jua

Tangan dihulur ampun dipinta

Harap restu mereka berdua



Seminggu khawin

Makan roti dengan kaya

Mana tahu , jimat duit …boleh kaya

Si dara kini teruna yang punya

Memoga baik le jadinya



Dudukle mereka di ibu kota

Memula hidup, menuju bahagia

Dara suka teruna pun sama

Seminggu kawin, punya le ceria



Masuk rumah kosong sahaja

Tilam buruk harta pusaka

Nak beli barang duit tak ada

Kata si teruna, sabar la ya..



Kita kan hidup di ibu kota

Tak payah beli, guna yang lama

Dengan senyuman, dara berkata

Susah senang kita bersama



Kehulu ke hilir mukanya ceria

Teruna dara, bersuka ria

Teruna dengar rasa bahagia

Nasib baik dapat isteri setia



Tunggu kesudahan kehidupan dan perjalanan hidup si teruna dan si dara.



Pak Wattan