From: "yurizal"

From: "yurizal" <yurizal@ehyper.com.my>

To: <melayucyber@yahoogroups.com>

Subject: [fikrah] Ilmu Falsafah

Date: Sunday, June 22, 2003 1:39 PM

Soalan:

Saya ingin tahu, apakah pandangan Islam tentang mengkaji/

mempelajari Ilmu Falsafah?

Jawapan:

Saudara yang bertanya. Tidak syak lagi bahawa Islam tidak menghalang

penganutnya menuntut ilmu dalam apa jua bidang. Bahkan, menuntut ilmu dikira sebagai satu bentuk jihad bersesuaian dengan sabda Nabi: "Barang siapa keluar

menuntut ilmu, dia berada pada jalan Allah sehinggalah dia kembali." Baginda turut mempertegas dengan sabdanya:" Seluruh ciptaan Allah memohon keampunan bagi pihak orang yang menuntut ilmu - termasuklah

ikan yang berada di dalam air."

Bagi memberi jawapan terhadap persoalan saudara, kami ingin memetik fatwa Sheikh 'Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar,

untuk sama-sama kita renungi. Katanya:

"Tidak ada salahnya, dalam Islam, untuk umatnya mempelajari ilmu falsafah dan pelbagai cabang ilmu falsafah, asalkan matlamat pembelajaran itu ialah untuk seseorang Islam itu membiasakan diri/mengenali dari dekat idea-idea falsafah dan memberi ruang kepada orang itu membanding-bandingkan ilmu falsafah itu dengan agama Islam.

Dalam hal ini, jika ilmu atau topik-topik falsafah itu konsisten/berharmoni dengan ajaran Islam, maka tidak ada salahnya ilmu itu dipelajari, dan maka itu Islam menerima topik-topik atau isu-isu yang diketengahkan oleh ilmu falsafah berkenaan, dan bukan sebaliknya. Jika sesuatu cabang ilmu falsafah itu perlu ditolak lantaran pertentangannya dengan ajaran Islam, maka mereka yang menolaknya hendaklah menyatakan kenapa cabang ilmu falsafah itu mesti ditolak.

Di sini, saya ingin tegaskan bahawa terdapat banyak buku yang disusun untuk menyanggah pelbagai kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam, dan sarjana Islam telah membincangkan kepercayaan sedemikian secara objektif dan

menyangkal idea-idea palsu tentang Islam dengan cara memberi sebab dan taakulan dan memberi pemahaman yang betul. Respons dan sanggahan terhadap idea-idea falsafah yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali dalam karya agungnya "Ihya' Ulum-ad-Deen" merupakan satu contoh jelas tentang usaha ini.

Al-Quran menyebut tentang kepercayaan palsu golongan politeisme (musyrik),iaitu mereka yang menafikan Kewujudan Allah, dan mereka yang menafikan Hari Kebangkitan dan Hari Kiamat. Dalam hal ini, al-Quran sendiri menyanggah kepercayaan/anutan-anutan palsu itu dengan keterangan yang cukup jelas.

Dengan yang demikian, saya ingin mempertegas di sini bahawa mempelajari/mengkaji falsafah oleh seseorang yang tidak mampu atau tidak mempunyai keupayaan untuk membezakan apa dan mana yang salah dan mana pula yang betul, terutamanya

apabila hal itu membabitkan perkara-perkara agama, merupakan suatu perkara yang boleh membawa kepada bahaya besar.

Kesimpulannya, orang yang ada upaya untuk membezakan antara apa yang salah dan apa yang betul dalam hal-hal agama adalah dibenarkan untuk mengkaji/ mempelajari ilmu falsafah dengan kepelbagaian cabangnya selagi akidah Islamnya kekal, mantap, dan kukuh.

Bagaimanapun saya ingin menambah bahawa sesetengah topik berbentuk

kesarjanaan yang diajar di pelbagai peringkat pendidikan sememangnya

menyebarkan idea-idea falsafah tetapi tidak memperjelaskan

sama ada di sisi Islam idea-idea itu benar atau salah.

Itulah sebabnya terdapat golongan yang menerima pendidikan sebegini akhirnya menjadi bingung dan keliru. Malangnya, mereka yang berilmu dalam hal-hal itu mengambil sikap tidak peduli dan ambil ringan dan tidak pernah membantah. Tidak tahukah mereka bahawa idea-idea dan pendapat-pendapat sedemikian boleh jadi bertentangan dengan ajaran Islam dan bercanggah dengan ketinggian nilai-nilai moral Islam !."

Allah Almighty knows best.

Sesungguhnya Allahlah Yang Maha Mengetahui