From: "aznan hamat"

From: "aznan hamat" <aznanhamat@yahoo.com>

To: <umno-reform@yahoogroups.com>; <bpifarisian@yahoogroups.com>; <al-ahkamnet@yahoogroups.com>; <cejedewe@yahoogroups.com>; <

Subject: [Dakwah] Ta’lim dan Ta’lum

Date: Wednesday, July 16, 2003 11:06 AM


Ta’lim dan Ta’lum



Assalamualaikum,



Dari segi maksud sebenar “Ta’lim dan Ta’lum” adalah sangat luas. Semua bentuk pengajaran yg berasaskan al-quran dan sunnah dan tidak menyeleweng dari batasan ini maka ia dikira sebagai ta’lim dan ta’lum yg di iktiraf oleh syarak.



Cumanya kali ini saya akan bincang persoalan membaca buku atau kitab utk masjid dan rumah kita atau mengikut bahasa orang dakwah atau jemaah tabligh sebagai baca ta’lim.



Baca ta’lim di masjid:



1) Bacalah ta’lim di masjid biasanya lepas solat subuh dan solat asar contohnya atau boleh di buat pada ketika lainnya berdasarkan keadaan di tempat tertentu. Sebagai salah satu rutin harian yg boleh membina kefahaman/semangat islam secara berterusan.

2) Bacalah sekadar satu muka surat atau dua muka surat atau mengikut tajuk yg ringkas yg ada dalam kitab tertentu.

3) Cadangan buku yg bagus utk dijadikan ta’lim ni ialah Riadussolihin. Baca buku yg tidak susah dan berbentuk targhib dan tarhib kerana ia tidak mampu di cerna oleh fikiran jikalau di bincangkan tajuk spt fiqh dan yg setinggi dengannya.



Baca ta’lim di rumah:



1) Kumpulkanlah semua ahli keluarga kita utk dibacakan atau diperdengarkan bersama2.

2) Tetapkan setiap hari bila waktu utk dikumpulkan bersama spt jam 9 malam ke dan d baca lebih kurang 30 minit atau berdasarkan mesyuarat keluarga.

3) Bertukar2 pembaca buku tu contohnya 10 minit seorang utk mengelakkan rasa boring, bosan dan mengantuk di kalangan ahli2 keluarga.

4) Bacalah kitab2 spt Riadussolihin atau jenis targhib dan tarhib. Kalau suami atau ada dikalangan ahli keluarga yg mahir dengan keilmuan agama boleh sahaja melanjutkan bacaan kepada buku2 yg lebih tinggi tahapnya.



Ini adalah teknik penigkatan ilmu dan peringatan untuk taat perintah Allah mengikut cara Nabi sallallahu alaihi wasallam di kalangan keluarga secara merata dan tidak meninggalkan ahli2 yg kurang membaca kerana terpaksa mengikut rutin harian spt ni.



Sekian wassalam.


---------------------------------

Do you Yahoo!?

SBC Yahoo! DSL - Now only $29.95 per month!