" Sehari di Kediaman Rasulullah (04)"
Oleh : Abdul Malik bin Muhammad bin Abdur Rahman Al-Qasim

 

(Perjalanan ke rumah Rasulullah diteruskan.)

Kediaman Rasulullah


Izin telah diberikan, tibalah kita di dalam rumah Rasulullah. Cobalah layangkan pandangan sejenak ke sudut-sudut rumah, para sahabat radhiyallaahu anhum akan menggambarkan kepada kita situasi di dalamnya berupa peralatan dan perabotan dll.

(Sebelum masuk rumah kita akan beri salam dulu. Bayangkan betapa berdebar-bebarnya jantung ini. Kalau salam kita ini dijawab oleh rasulullah. Tiada lah salam paling agong selain salam daripada rasulullah. Itu sebanya ada sahabat nabi sengaja, tak jawab salam nabi..nak suruh nabi bagi salam banyak-banyak. Macam-macam manusia ni. Bayangkan kalu kita nak jumpa kekasih tentu rasa berdebarkan. So macam tu lah..atau mungkin lebih lagi)

Kita maklumi bersama bahwa tidaklah diperkenan-kan melayangkan pandangan ke dalam kamar atau rumah orang lain. Namun tujuan kita di sini adalah untuk mengambil contoh dan teladan dari rumah yang mulia tersebut.

(Nak jaga mata..itu lah yang susahnya. Sekali terpandang sudah dikira lihat. Paling mudah ialah menggerakkan anak mata. Tapi tak apa pandangan kita ini adalah dari sudut pandangan para sahabat.Kita kan sudah tak berpeluang. Cuma satu saja peluang yang ada iaitu mencintai Rasulullah SAW)

Rumah dengan ketawadhu'an sebagai asasnya dan keimanan sebagai modalnya. Dapat engkau lihat, dindingnya bersih dari gambar-gambar makhluk bernyawa yang banyak dipajang orang di rumah-rumah kebanyakan orang pada hari ini. Padahal Rasulullah telah bersabda:


"Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat padanya anjing atau gambar." (HR. Al-Bukhari)

(Cuba kita chek/perhatikan rumah kita ada tak gambar yang bernyawa. Ada setengah orang tu (memang orang tu setengah pun) yang gantung gambar kelurga mereka. Atau masa terima ijazah atau konvo. Lalu kita Tanya untuk apa semua itu..kalau ada jawapan selain untuk menunjuk-nunjuk tetap tak boleh. Entah lah mungkin tak suka malaikat masuk rumah kita…ikut kita lah rumah kita..tapi itulah rumah rasulullah..kekasih kita)

 

Kemudian arahkan pandanganmu kepada perabotan rumah yang biasa dipakai baginda sehari-hari. Diriwayatkan dari Tsabit ia berkata: Anas radhiyallaahu anhu memperlihatkan kepada kami sebuah gelas terbuat dari kayu yang tebal dan disepuh dengan besi. Ia berkata: "Wahai Tsabit, inilah gelas Rasulullah." (HR. At-Tirmidzi)

( Kalau nak banding dengan perabot yang ada rumah kita..tentu hebat perabot rumah kita. Sebab tu lah kedai perabot sangat laku. Nak Tanya sikit agak-agak perabot kita yang banyak-banyak tu boleh bawa sampai ke mati ke. Kalu jawapannya ya..lepas ni kita pakat pergi kedai perabot dan bawak duit bayak-banyak. Maklumlah perabot yang mahal-mahal boleh mambantu kita di Akhirat nanti)

Bersambung…