SEMBANG - SEMBANG  SAJA (01)

Oleh : Cikgunik

 

Sikap dapat ditakrifkan sebagai penilaian umum yang kekal yang dibuat oleh individu terhadap diri sendiri, individu lain, objek atau isu.

 

( Kita ni manusia ada sikap yang tertentu. Selain manusia tak tahu lah benda lain ada sikap ka tidak. Itu kita bincang lain kali. Kali ni kita nak tahu apa itu sikap.pasal apa kita rasa macam tak setuju aje dengan takrif di atas. Pasalnya sikap tu tak dapat dilihat, dipegang…atau berbau.(seperti orang yang tak mandi ..ke…). Kalau tidak tentu kita tafsirkan sikap seperti monitor yang berbau seperti bau durian.Apa-apa pun sikap membuatkan kita berfikir dan merasai keindahan hidup sebagai hamba Allah. Tak gitu…mana kala penilaian umum yang kekal..sebabnya sikap payah nak ubah. Kalau sudah dia kata macam tu..macam tulah. Nak ubah pun payah. Siapa-siapa tak boleh ubah sikap kecuali tuan punya diri..nak wakil pada orang pun tak boleh. Dan akhir sekali (tatabahasa : dan tu tak boleh guna depan ayat..salah tatabahasa BM..saya saja-saja nak tulis ).sikap ni tak boleh seorang saja..dia kena ada benda yang lain. Sikap terhadap apa..mungkin sikap terhadap PM baru kita..sikap terhadap kemalangan jalan raya…atau sikap terhadap tulisan ini..kalau  tak ada apa-apa sikap maknanya ada satu yang tak kena)

 

Kekal di sini bermaksud sikap cenderung untuk berterusan merintangi faktor masa.

 

(OOO begitu ka. Maknanya sikap masa kecil-kecil boleh dibawa sampai ke tua. Sebab tu ada orang tua masih sikap budak-budak. Tak sempat nak ditinggal masa budak-budak. Sikap nak ikut sama. Cenderung maknanya tak semestinya, kekal masih boleh berubah)

 

Apabila mengatakan sikap , umumnya melibatkan keadaan yang bersifat abstrak.

 

(Sikap ni memang abstrak. Abstrak maknanya tak boleh tengok tak boleh pegang tak boleh rasa. Kalu sikap ni tak abstrak agak-agak boleh dibuat kuih hari raya. Tapi iktibarnya nak bagitahu pada kita..dalam hidup ini memang ada yang abstrak..abstrak ni juga lah asas keimanan. Nak cakapnya sebagai latihan …atau makluman awal bahawa itulah abstrak..(kalau tak faham..buat-buat faham..kalau tidak abaikan saja)

 

Misalnya kalau kita terlanggar batu, adalah pengalaman yang tidak menyeronokkan dan menyebabkan kita bersikap benci pada batu.

 

( Sapa suruh langgar batu. Salah sapa..(atau sepatutnya kita kata..batu minta lalu sikit).Kita benci tu pasal sakit kalu tak sakit mungkin tidak..maknanya sikap tu ada kaitan juga dengan kepentingan diri..ya lah diri kita kata kan (macam lah kita buat sendiri diri kita..atau dibuat oleh sesuatu kilang). Langgar batu tak hebat mana lebih baik kita langgar kereta ke..(kenapa kita tak benci pada kereta..pasal kita guna kereta dan tak guna batu untuk ke pejabat..kalau kita naik batu tak tahulah nak kata). Lagi hebat kalu kita langgar periuk api. Terus masuk kubur..itupun kalu tak hancur.akibatnya kita sudah tak ada apa-apa sikap lagi…wartawan tak sempat nak Tanya apa sikap anda terhadap periuk api. Itu lah kita sikap berbeza-beza sebenarnya. Ada orang tak semestinya benci kalu dia langgar batu. Dia insaf. Bersyukur. Atau reda. Nak tahu kenapa…Tanya dia orang lah..sikap dia manalah saya tahu…kalu saya tahu pun saya tak nak cakap..takkan semua saya nak kena cakap)

 

jumpa lagi…(kalau tak mati..hampir terlupa ..mati yang terbaik ialah mati syahid)