Sembang-sembang saja. ( 02)

Oleh : Cikgunik

 

Sikap adalah representasi mental yang tidak berubah terhadap dunia sosial atau fizikal.

 

(sikap ini mewakili atau gambaran otak kita. Jadi kalu kita nak baca otak orang kita bolehlah tengok sikap dia.biasanya itulah yang dia fikir. Makna tak berubah ialah kalau dia fikir esok baik buat macam tu…maka lusa pun dia akan fikir macam tu juga. Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab kita menjadikan sikap kita baik. Alangkah baiknya kalau sikap yang baik itu kekal sentiasa. Sehinggalah kita masuk kubur. Bukan kita nak masuk kubur ..tapi memang ke situlah kita.aaa satu lagi..sikap kita ni akan ditanya akhirat nanti..oleh itu hati-hati(jangan termakan hati pula))

 

Ia diperolehi melalui pengalaman dan begitu mempengaruhi tingkah laku seseorang.

 

(jadi budak kecil atau bayi tak ada sikap lah. Pasal tak ada pengalaman lagi. Kalau adapun tak sempurna. Kalau tak percaya cuba Tanya bayi. Apakah sikap dia terhadap..terhadap isu cetak rompak yang berlaku sekrang ni..entah lah. Makin banyak pengalaman makin banyak sikap atau kompleks ..gitu ke. Patut lah orang tua, kerenah dia tak sama dengan budak-budak. Tapi hidup dia akan indah kalau sikap dia baik..sebab sikap baik tu akan menghasilkan tingkah laku baik. Oleh itu ada sikap baik dan ada sikap tak baik..tapi sayang dalam psikologi tak ada nilai baik atau tak baik. Nilai baik atau buruk bagi mereka tak ada..kalau ada mereka nak guna kayu ukur apa..(jabatan ukur adalah)..kalau kita boleh guna quran dan hadis. Tapi mereka tak kan nak guna kitab injil..kan mereka berbalah dengan kitab injil…agak-agak macam tu lah..)

 

 

Contoh : Pengalaman silam yang negetif En X dengan model sesebuah kereta. Menghasilkan sikap terhadap model kereta itu. Tingkah laku dia tak akan membeli model kereta itu pada masa hadapan.

 

(Contoh En X ni boleh mewakili kebanyakan orang. Ada orang tu kalau kereta Honda..maka kereta Honda lah yang dia suka..Tapi psikologi social macam ni tak sesuai untuk orang yang mempunyai sifat qanaah. Kereta baginya asal boleh jalan. Kalau boleh yang baik alhamdulillah kalau tak baik pun alhamdulillah juga. Berbanding dengan kereta lembu rasa-rasanya lebih baik daripada kereta itu..jadi kita kena ambil kira unsur qanaah dalam mempengaruhi sikap. Orang barat tuu..ikut dialah ..dia mana tahu…)

 

Terdapat tiga komponen sikap iaitu : Kognisi, afektif, dan tingkah laku.

 

( Hebat..sikap pun ada komponen juga ..macam kereta. Ini menjadikan ilmu seperti sikap lebih objektif..boleh dihuraikan. Kognisi tuu..sama dengan kognitif ( bahasa kampungnya lekog..atas kepala..sebab maksudnya berkaitan pemikiran..( lawak saja tuu). Benda yang berkaitan dengan kognitif ialah (contohnya parti PAS..(kalau orang UMNO maka contohnya UMNO lah)pemikiran. Terhadap PAS, kepercayaan berkaitan PAS, idea PAS, fakta PAS dan pengetahuan.PAS…satu komponen sikap terhadap PAS iaitu kognifif PAS. Afektif pula melibatkan emosi psitif dan negetif..itu sebabnya setengah penyokong politik taksub..sebab komponen afektifnya besar sangat. Yang ketiga tingkah laku..iaitu niat untuk bertindak..selari dengan sikap. Tapi kadang-kadang ada juga unsur gangguan ..kalau wujud unsur gangguan ni maka..tiga komponen sikap tu tak kuat lah. Adakah kita kena ikut atau tidak ikut unsur gangguan tuu…contoh : orang bagi kain suruh undi sesuatu parti (faham-fahamlah ya).maka timbul sikap kedua..sikap kita terhadap kain. Kalau sikap kita terhadap kain lebih tinggi maka kita undi parti tuu. Maklumlah kita tak cukup kain…Cuma naik selangkah lagi ..macam mana pula sikap kita terhadap akhirat…tepuk dada Tanya iman.)

 

Bersambung…