Aduhai Puteriku Sayang 017

 

Wahai anakku sayang,
Lidah perlu diberus dengan 2 perkara iaitu Zikir kepada Allah dan Selawat ke atas Rasullallah s.a.w. Sekurang-kurangnya 2 perkara itu tadi sudah cukup untuk mem'berus' lidah anda yang cukup liar untuk dijinakkan!!!!! Kalau boleh tiap-tiap hari kita laksanakan 2 perkara ini. Insya Allah, anda akan terasa sesuatu perubahan kelak. Selawat dah diketahui lafaznya. Cuma bagi Zikr kepada Allah ini luas skopnya. Ikut maknanya ialah 'mengingati Allah'. Salah satu bukti kita ingat Allah ialah bersyukur kepadanya. Selepas solat dan pada bila-bila masa anda boleh bertasbih (berkata:Subhanallah), bertahmid(Alhamdulillah), bertakbir(Allahuakbar)dan bertahlil (Laa ilaa ha illa Allah). Ini contoh-contoh lafaz yang sudah maklum dalam masyarakat bahawa ia adalah zikrullah. 
Wahai Puteriku sayang,
Aalangkah bahagianya hatiku jika kau memiliki sikap rendah diri. Kerana ia adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. 

Ketahuilah Puteriku,
Bersifat rendah diri mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kau perlu selalu berdoa :"Wahai tuhan.. ampunilah daku,jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub,sombong, buruk sangka, ingin dipuji,ingin disayangi, ingin diambil berat,ingin dicintai,ingin di'itu' ingin di 'ini' dan lain-lain keinginan hati" 

Wahai anakku,
Kau akan diuji dengan sikap u'jub(takjub dengan diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. 

Oleh itu dengarlah nasihatku,
Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa, cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan. 

Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti: "aku ini cantik,aku ini smart,aku ini handsome,aku ini pandai,aku ini baik,aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi. 
* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat. 

Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri/hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini.. 

Datang bisikan perasaan :"aku ini cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini.. 
Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini.. 



Kita kata : > Tapi Sebenarnya..... 
kita pandai > orang lain lebih pandai 
kita baik > orang lain lebih baik 
kita berani > orang lain lebih berani 
kita cantik > orang lain lebih cantik 


Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu. Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki." 

Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri /jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah.

KEMBALI KE LAMAN CIKGUNIK