Niat tidur kerana Allah...<bA>
Satu artikel yg diFWD kepada saya.
///ee
---------------------------------
Malam tadi, seperti minggu-minggu sebelumnya, aku dan suami menghadiri
majlis ilmu. Walaupun pada mulanya hati kami berat nak tinggalkan
anak-anak sebab sekarang ni musim ujian dan anak sulungku sedang
menghadapi ujian percubaan UPSR, kami cekalkan hati untuk mengejar
keberkatan kerana teringat janji Allah akan ganjaran menghadiri majlis
ilmu.... di samping tidak mahu memberi peluang syaitan beroleh
kemenangan....
Ustaz yang memberi ceramah muda orangnya, tetapi penuh dengan ilmu.
Kagum aku melihat dan mendengar apa yang disampaikan. Very akademik,
berstruktur dan penyampaian yang penuh mengasyikkan. Beliau bercerita
tentang niat. Segala amalan yang kita lakukan, umpamanya makan dan
tidur, yang bagi kita adalah lumrah, adalah satu ibadat. Dan jika
disertai dengan niat kerana Allah, maka dapatlah kita pahala itu.
Accummulate lah.....Bayangkan, tidur kerana Allah? Cammana? Kita tidur
sebab ngantuk, dah malam dan esok pagi nak bangun cepat sebab ada
banyak kerja nak dibuat.... So, kita akan dapat tidur ajelah. Dapatlah
kita rehat, dapatlah kita bangun awal macam yang kita nak.....
Tapi, macammana nak tidur niat kerana Allah?
Waktu nak tidur, kita buatlah macammana sunnah Rasulullah saw. Wudhuk,
bacaan doa, mengiring ke kanan, dan niatkan dalam hati kita bahawasanya
kita tidur untuk mendapatkan kembali kekuatan badan bagi memudahkan
kita beribadat keesokan harinya. Semua ini hanyalah kerana Allah....
Aku kata kat member sebelah...... habislah tidur aku selama 36 tahun!!!
Dapat tidur je lah.... dah tu tidur sebab ngantuk, tidur sebab esok pagi
ada meeting, tidur sebab tak ada benda nak buat, tidur sebab rancangan
TV dah habis......
Balik rumah malam tadi, aku dan suami pun buka balik buku dan
praktikkan macam yang Rasulullah buat, serta berniat macam yang Ustaz
tadi katakan....
Allah Maha Berkuasa. Pukul 5.00 pagi mata dah segar. Katup-katup pun
tak nak tidur lagi dah. Aku ingat aku sorang, tengok suami kat sebelah
pun dan segar. Apasal tak ngantuk????
Itulah rahsianya. Sebab tu alim ulama mampu kerjakan solat malam setiap
hari. Kita ni (akulah tu) bab solat malam ni jauh sekali......
Astaghfirullah hil azim......
*Jadikanlah "Ghadul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata"
anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
*Oleskan "Lipstik Kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
*Gunakanlah "Pemerah Pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu
yang dibuat dari salun Iman.
*Pakailah "Sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang
anda lakukan.
*Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan
ketombe pandangan laki-laki yang membahayakan.
*Hiasilah kedua tangan anda dengan "Gelang Tawadhu'" dan jari-jari anda
dengan "Cincin Ukhuwah".
*Bedakilah wajah anda dengan "Air Wudhu'" nescaya akan bercahaya di akhirat.
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah - dayus, cepat melahirkan sifat marah - lemah mujahadah. Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawadhuk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.
Sebagai artikel pertama saya dalam relexjap ini saya paparkan kisah Hasan
Al-Bashri dan Puteri yang menangisi kubur ayahnya. Maaf panjang sikit.
Dihikayatkan dari Imam Hasan Al-Bashri. Pada suatu ketika beliau sedang
duduk dirumahnya. Tiba-tiba ada mayat seorang lelaki sedang diusung orang
ramai. Di situ, seorang puteri dari mayat itu mengikuti di bawah usungan
dengan mengurai rambutnya sambil menangis. Hasan Al-Bashri lalu
mengikutinya. Seorang puteri itu mengatakan:
" Aduh ayah, selama umurku selama umurku aku tidak akan menghadapi suatu
hari seperti ini"
Hasan Al-Bashri berkata kepada kepada seorang anak puteri itu:
"Engkau sudah tidak akan menghadapi ayahmu sebagai hari ini"
Setelah itu beliau lalu menyembahyangkan setelah selesai terus pulang. Pagi
harinya Hasan Al-Bashri mengerjakan solah subuh,hingga sampai terbit
matahari. Kemudian beliau duduk di muka rumahnya. Tiba-tiba seorang puteri
tadi lewat muka beliau untuk menziarah ke kubur ayahnya sambil menangis.
Kata Hasan Al-Bashri:
"Anak puteri ini adalah seorang anak yang diberi hikmah. Aku akan mengikuti,
kalau-kalau ia berkata dengan sesuatu perkataan yang memberi manfaat dan
berfaedah bagi diriku".
Beliau terus mengikuti di belakangnya. Setelah puteri tadi sampai di tempat
kubur ayahnya, beliau lalu menyembunyi di bawah pohon yang berduri agar dia
tidak melihatnya. Anak puteri tadi lalu merangkul dan mendekap kubur
ayahnya. Mukanya diletakkan pada tanah sambil berkata:
- Wahai ayah, bagaimana engkau semalam di dalam gelapnya kubur, dengan
sendirian tidak ada yang menerangi dan menghibur?
- Wahai ayah, akulah yang menerangi lampu engkau kemarin malam, lantas siapa
yang menerangi lampu engkau tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang memberikan alas tidur engkau kemarin malam, maka
lantas siapa yang memberi alas tidur engkau pada tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang menyelimuti kedua tangan dan kedua kakimu kemarin
malam. Maka siapakah yang menyelimuti engkau tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang mengambilkan minuman engkaukemarin malam. Maka
siapakah yang memberi minum engkau tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang membalikkan engkau dari arah kanan ke kiri. maka
lantas siapakah yang membalikkan engkau tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang menutupi anngotamu ketika engkau telanjang. Maka
lantas siapa yang menutupi engkau dari tadi malam?
- Wahai ayah, akulah yang membayangkan wajahmu kelmarin. maka siapakah yang
membayangkan wajahmu tadi malam?
- Wahai ayah, kemarin engkau memanggil-manggil dan akulah yang menjawab.
Maka siapakah yang engkau panggil taid malam?
- Wahai ayah, ketika engkau ingin makan akulah yang mengambilkan, maka tadi
malam siapakah yang memberi makan engkau?
- Wahai ayah, akulah yang memasak segala macam makanan buat ayah kemarin.
maka siapakah yang memasakkan ayah tadi malam?
Setelah Imam Hasan Al-Bashri mendengar ucapan-ucapan anak puteri itu, lalu
beliau memperhatikan serta menampakkan dirinya sambil mendekati seraya
berkata mengatakan:
"Wahai sang puteri! Engkau jangan mengatakan seperti itu, tapi katakanlah
demikian: ' Kemarin aku mengadapkan engkau ke kiblat. Sekarang engkau apakah
masih mengadap kiblat atau sudah berpaling?'"
-Wahai ayah, aku mengkafani engkau dengan kafan yang baik, maka apakah kafan
itu masih utuh atau sudah dirobek?
-Wahai ayah, aku meletakkan engkau dalam kuburmasih utuh jasadnya. Maka
apakah sekarang masih utuh, apakah sudah dimakan sindat?
-Wahai ayah, para Ulama sama mengatakan: 'para hamba itu akan ditanya urusan
iman, maka sebahagian hamba ada dapat menjawab dan ada yang tidak'.Lantas
engkau apakah dapat menjawab atau tidak?
- Wahai ayah, para Ulama sama mengatakan: 'kubur itu akan diperluas buat
ahli kubur, dan ada yang disempitkan'. Maka apakah kubur ayah itu diperluas
atau disempitkan?
-Wahai ayah, para Ulama sama mengatakan: 'Sebahagian ahli kubur itu kafannya
ada yang diganti kafan dari Surga, dan ada yang diganti dari Neraka'. Maka
apakah kafanmu itu diganti kafan dari Neraka atau dari Syurga?
-Wahai ayah, para Ulama berkata: 'kubur itu merupakan taman dari taman-taman
Surga, atau lubang dari lubang-lubang Neraka'. maka apakah kuburmu itu
merupakan taman Syurga atau lubang Neraka?
-Wahai ayah, para Ulama mengatakan: 'kubur itu merangkul sebahagian bagaikan
seorang ibu merangkul anaknya. Dan ada yang benci serta menghimpit ahli
kubur. Sehingga putus dan keluarlah tulang rusuknya. Maka apakah kubur ini
memeluk engkau atau membenci?
- Wahai ayah, para Ulama juga berkata: 'semua orang yang berada dalam kubur
pasti menyesal, bagi orang yang bertakwa menyesali kerana kurang banyak
kebaikkannya. Bagi orang yang ahli maksiat, sama menyesali perbuatan jahat.
Maka apakah engkau menyesal dalam melalukan perbuatan jelek, atau menyesal
kerana sedikit melakukan perbuatan baik?
-Wahai ayah, kemarin aku memanggil-manggil engaku dan engkau terus menjawab.
Sudah lama sekali aku memanggil-manggil di atas kuburmu, tapi bagaimana aku
tidak mendengar suaramu?
-Wahai ayah, engkau sudah tidak akan berjumpa dengan aku hingga datangnya
hari kiamat "Allaahuma laa tahrimnaa liqaa-ahu yaumal qiyaamti" ('Ya Allah,
janganlah Engkau menghalangi aku untuk berjumpa dengan ayah kelak di hari
kiamat.
Anak puteri itu lalu berkata kepada Hasan Al-Bashri: Wahai Tuan Hasan, aku
sangat berterima kasih kepadamu yang telah berkenan menasihati rintihanku
terhadap ayah. Dan terima kasih dalam engkau memberikan nasihat dan
mengingatkan dari tidurnya orang yang sama lali. Anak puteri itu lalu pulang
bersama Hasan Al-Bashri sambil menangis.