SANGKA-SANGKA
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum
itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang
ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana
kita melihatnya :)
wallahu'alam.
Subject: 15 Kesilapan...
(Embedded image moved to file: pic01146.pcx)
ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH
ada pahala yang besar. "(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah
orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan
kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang
yang mandul."
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai
anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata :"Orang yang mandul itu ialah orang yang
mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan
kepadanya sesudah ia meninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.
1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa mengandung ialah
i. Saidul (penghulu) Istighfar
ii. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
iii. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali'Imran, 3 : 38)
iv. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 :
40-41)
1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan
diamalkan semasa anak membesar ialah
i. Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah
Al-Baqarah, 2 : 128)
ii. Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah
Al-Furqan, 25 : 74)
iii. Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada
Targhib (didikan atau motivasi) seperti :
i. menakutkan anak-anak dengan sekolah
ii. menakutkan dengan tempat gelap
iii.menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
iv. menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
i. tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
ii. terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa
mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
i. mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak
(terutama semasa marah).
ii. membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang
lain.
5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani
(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
i. ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan
rohani
6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium
mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW
mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya
Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah
mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada
Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan
dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang
kemas
i. ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang
menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian
secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini
mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar
menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti
memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih
baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh : Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah
dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik
adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang
cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan
berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang
jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan
menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari
ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya
masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun
sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik
kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang
ditonton samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah
penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan
akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan,
pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh
merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk
mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat
kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu
kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan
didikan Islam.
>>
>>Kehendak manusia
>>Wahai tuhanKu, aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi pandai,
nanti
>>mudah untuk lulus periksa dan dapat degree,lepas tu orang akan
hormat kat
>>aku
>>
>>Kehendak Tuhan
>>Walaupun engkau rajin belajar, tak semestinya lulus. Apakah engkau
jamin
>>kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu ?Engkau
tak
>>merosakkan masyarakat kau? Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau
pandai
>>dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang dengan kepandaian
yang
>>engkau miliki.Kalau begitu bukankah lebih selamat engkau jadi orang
tak
>>pandai
>>
>>Kehendak manusia
>>Oh tuhanKu, aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencari
kekayaan.Nanti
>>aku dan keluarga aku tidak dipandang hina oleh masyarakat.Aku ingin
>>berbakti kepada orang yang susah dan miskin.Aku akan bantu pelajar-
pelajar
>>yang susah.Aku akan banyak bersedekah.
>>
>>Kehendak Tuhan
>>Tapi aku tak izinkan engkau menjadi kaya.Aku mahu engkau hidup
>>sederhana.Mana engkau boleh jamin engkau akan bermurah hati untuk
>>mengeluarkan sedekah bila kaya nanti.Berapa kali engkau telah
bersedekah
>>dengan kekayaan sekarang?Kalau engengkau kaya engkau susah mengawal
nafsu.
>>Engkau akan banyak berhutang.Aku lebih tahu membuat ukuran sejauh
mana
>>kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun
rezeki yang
>>aku beri tak cukup, disini ada didikan dan pengajaran yang mesti
engkau
>>pelajari. Tapi kalau kerana itu engkau tak sabar menerimanya,
memang
>>engkau tak pandai bersyukur.
>>
>>Kehendak manusia
>>Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya mudah aku beramal
ibadah.
>>Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid. Kalau murah rezeki pula
aku
>>akan membawa keluargaku menunaikan haji.
>>
>>Kehendak Tuhan
>>Walaupun engkau inginkan tubuh badan yang sihat, tetapi aku sengaja
>>menguji engkau dengan kesakitan.Apakah engkau rasa tubuh badan
engkau
>>sihat, engkau boleh buat ibadah?Selama engkau sihat ni berapa kali
engkau
>>berqiamullail? Setiap waktukah engkau sembahyang jemaah? Pernahkah
engkau
>>menangis keranaKu? Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat,
engkau akan
>>terus buat dosa buat maksiat.Tapi bila engkau sakit barulah engkau
ingat
>>kat Aku.
>>
>>Kehendak manusia
>>Wahai tuhanku, aku teringin benar kalau Engkau kurniakan kepadaku
pangkat
>>dan kuasa. Kalau aku memiliki kuasa, aku akan tolong rakyat jelata.
Aku
>>ingin jadi pemimpin yang memayungi rakyat dan berbakti untuk mereka.
>>
>>Kehendak Tuhan
>>Engkau tidak diberi kuasa adalah lebih baik daripada engkau
mendapat
>>kuasa. Apakah engkau boleh jamin berlaku adil dan tidak
menyalahgunakan
>>kuasa nanti? Berapa ramai pemimpin yang telah Aku beri peluang ini
tapi
>>tidak menjalankan amanah sebagai pemimpin. Walaupun engkau sudah
melobi
>>rakyat supaya memilihmu, tapi Aku sayangkan engkau supaya tak
terperdaya
>>dengan pangkat dan jawatan. Walaupun engkau berasa sedih dan kesal
dengan
>>kegagalanmu itu, namun yakinlah disitu jalan keselamatan bagi dirimu
>>
>>Kehendak manusia
>>Ya Tuhanku, kenapa aku selalu ditimpa kesusahan.apakah tergamak
engkau
>>tergamak melihat aku dan keluargaku sentiasa menderita. Apa dosa
aku
>>sehingga aku selalu ditimpa bala bencana.Mengapa tidak engkau
halakan bala
>>ini ke tempat lain.Kan Engkau Maha Berkuasa melakukannya?
>>
>>Kehendak Tuhan
>>Memang aku selalu timpakan kesusahan kepadamu kerana aku suka
mendengar
>>rintihan hamba-hambaKu.Redhalah wahai hambaku kerana di situ mesti
ada
>>kebaikan.Tidak pernah aku lakukan sesuatu perkara itu sia-sia atau
Aku
>>main-main dengan ciptaanKu melainkan setiap apa yang aku lakukan
ada
>>hikmah, pendidikan dan pengajaran. Bukankah Aku yang menciptamu.
Aku Maha
>>Mengetahui setiap apa yang Aku lakukan yang engkau semua tidak
ketahui.Aku
>>ni pencipta kamu aku tahu apa yang terbaik untuk ciptaanKu.Biarlah
hidup
>>sederhana tapi Aku redha, daripada kaya-raya tetapi Aku tak
meredhai
>>setiap sedutan nafas engkau.Bukankan itu cita-citamu wahai
hambaKu???
>>
assalamualaikum...
>
> Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari
> pandangan seseorang. Seorang wanita di lapangan terbang sedang
> menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan
> biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang
> dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil
> biskut dari bungkusan yang sama yang terletak disebelahnya.
> Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil
> sama. Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
> Alangkah tak malunya lelaki ni.....dah la tak mintak dari
> aku....makan sama banyak dengan aku pulak tu...Pencuri!!!! rungut
> wanita itu dalam hati. Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang
> tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut yang
> terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi
> dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang
> terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya
> kepada wanita itu.Wanita itu menjadi begitu marah namun dia
> tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas
> dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya
> yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya. Berani
> sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar
> Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan
> untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik
> nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
> bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat
> duduk nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
> Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
> di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
> dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi.....Ya ...
> biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah
> malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu
> telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir
> biar pun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
> Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
> kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
> Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar....
>
> Moral 1: Oleh itu...jangan makan biskut masa tunggu
> bas/keretapi/kapalterbang... makan benda lain.
>
> Moral 2:LELAKI diulangi.......LELAKI lebih cool semasa makan
> biskut berbanding perempuan
>
> Moral 3: Selain daripada biskut, rokok juga sesuai untuk dikongsi
> bersama tanpa disedari.
>
> Moral 4 : Lain kali simpan biskut yang kita beli.. makan biskut
> orang dulu..
>
CIA Baca Wasiat Hassan Al-Banna
CIA mungkin telah hadham membaca Wasiat Hassan Al-Banna
Usul Isyrin
studi perjuangan Al Banna semasa zaman Raja Farouk
zaman Gamel Naseer
zaman Anwar Sadat
zaman Hoesni Mubarrak
studi manhaj haraki
marhalah usrah
tanzim haraki
tarbiatunnafs
CIA akan teruskan pemantauannya
atas tiket memerangi kegananasan alami
lantas apa saja jenama dan wadah yang punya
fikrah
untuk menegakkan kalimah La ila ha illallah
di bumi Allah
dianggap jenayah
ternyata dunia Arab juga sudah berubah
Washington sudah tidak cantik lagi
untuk dijadikan ka'bah kedua
Amerika membelalakkan mata
apabila mendengar
Ikhwan Mesir
Ikhwan Syria
Ikhwan Jordan
mengeluarkan kenyataan masing-masing
mengutuk keganasan Israel di bumi Palestin
yang dibaca untuk mempertahankan diri
oleh Amerika.
CIA boleh teruskan bacaannya
yang pasti apa yang digarap gerakan Islam alami
tidak akan sama dengan apa yang dibaca CIA
sebab CIA tidak mengucap dua kalimah syahadat
dan CIA tidak punya ulamak untuk mengeluarkan fatwa
hukum memasang bom ditubuh manusia yang ada kalimah
apakah ia syahid
atau mati katak.
Malaysia
18 mAC 2002