INSAF
Minggu lepas cikgu telah kehilangan anak saudara cikgu. Dia telah meninggal akibat kemalangan.Tinggallah suaminya dan anaknya yang masih kecil.Betapa sedih suaminya tak dapatlah cikgu gambarkan, isterinya (anak saudara cikgu tu) pergi pada hari ulangtahun ke-3 perkahwinan mereka.
Namun apakan daya itulah ketentuan Allah. Tuhan yang mencipta kita daripada tiada kepada ada, dan DIA berhak mengambilnya semula.
Peristiwa ini meninggalkan kesan pada diri cikgu. Cikgu amat insaf dengan apa yang terjadi.Betapa tak berdayanya kita menghadapi ketentuan Allah.. Bertapa tidak berhaknya kita berkata ..kalau begitu dan begini.
Usia yang muda belum tentu menjadai sandaran untuk kita hidup lebih lama. Adakah kerana kita hidup pada hari ini maka kita akan hidup juga pada hari esok.
Dalam diri kita ada sekeping hati.
Hati kita tak seharusnya dibiarkan lalai dengan keindahan dunia yang bersifat sementara.Begitu juga dengan perasaan sombong dan angkuh dengan kehebatan yang kita rasa kita yang buat dan milik kita.
Untuk itu ada dua cara yang praktikal untuk kita jadikan hati kita insaf. Pertama, ziarah orang sakit di rumahnya atau di Hospital.
Kedua menziarahi kubur.
Walau bagaimanapun, kedua-dua cara ini akan berkesan kalau dalam hati kita ada iman. Kalau tiada, tak ke mana juga. Hati kita akan kata kasihannya dan akan kata juga yang kena tu orang lain bukan kita. Sehingga kita terlupa bahawa yang terjadi itu tak mustahil berlaku pada kita.
Baru-baru ini juga cikgu ada pergi ke HUSM untuk menziarahi waris( saudara-mara) cikgu yang kemalangan. Tulang betisnya remuk, dan rawatannya ialah dengan memasukkan besi.Betapa tersiksanya dia menahan kesakitan akibat kemalangan itu.Namun apa yang menariknya kesabarannya menghadapinya.
Selepas cikgu terut melawat suami kepada seorang ustazah. Dia tak sedarkan diri akibat kemalangan.Sehingga hari ini keadaannya masih belum pulih dengan sepenuhnya.Sekalung Tahniah kepada ustazah itu kerana sabar dan tabah menghadapi dugaan itu.
Itulah sebab musabab yang berpunca daripada kemalangan.yang telah mengambil satu nyawa,kesempurnaan, kemudahan dan kenikmatan yang dinikmati.
Tiga kejadian ini amat memberi keinsafan pada cikgu. Penderitaan mereka tak cikgu rasai.Sehingga cikgu rasakan bahawa cubaan yang cikgu terima ini hanya sedikit saja. Di hadapan sana masih banyak lagi yang dugaan dan cabaran yang bakal kita hadapi.Dari keinsafan itu maka cikgu terfikir bahawa hidup ini penuh dengan pengertiaan. Setiap nikmat yang diterima harus disyukuri dan dihayati.Hidup yang bermakna ini bukan suatu yang main-main :
Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami. (QS. 23:115)
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (QS. 29:2)
Posted by cikgunik
at 6:19 PM