Baik dan jahat adalah dua elemen atau unsur yang menjadi nilai hidup kita. Semua orang suka baik dan tak suk pada jahat. Cuma kadang-kadang kita tak perasan kita telah buat jahat, sebabnya kita sangka kita sudah buat baik. Kenapa jadi macam tu ? Sebab nilai baik dan jahat tak sama antara satu dengan yang yang lain.
Nilai baik dan jahat yang hakiki ada dalam Al-quran dan hadis. Oleh itu kita tak boleh pandai-pandai kata yang ini baik dan yang ini jahat sebelum rujuk kepada kedua-dua sumber itu.
Satu perkara yang kita akan jumpa dalam kehidupan ialah masalah orang baik. Orang baik dia suka buat baik, dan kalau boleh dia nak orang lain buat baik pada dia.Lalu dalam fikiran dia ada satu tanggapan bahawa semua orang baik dan harus buat baik. Tapi alangkah kecewanya dia bila orang lain tidak buat baik padanya. Sedangkan dia telah buat baik pada orang itu sehabis baik.
Lagi malang kebiasaan orang baik ialah orang buat jahat padanya. Dia simpan saja dalam hati. Tak balas. tak kata apa-apa. Dalam hati betapa merananya. Kenapa ? Sebab dia baik. Kalau tidak dia kena tukarlah dari jadi orang baik kepada jadi orang tak baik.
Oleh sebab itulah orang baik harus menyedari bahawa tidak semua manusia atas dunia ini baik sepertinya. Ada yang jahat, bahkan lebih jahat daripada yang jahat. Maka buat apa nak hairan sebab memang dia jahat. Lagipun memang Allah sediakan neraka untuk orang jahat. Cuma mangsanya adalah orang baik itu.Namun ganjaran dari Allah lebih besar.
Kalu kita baik. teruskan lah baik, dan makin baik.Hari ini hidup kita lebih baik daripada semalam.Ingat pada Allah yang mencipta kita. Maafkan orang jahat tu, kalau Allah suruh kita maafkan.Jadilah kita semakin baik.
Berbalik kepada pepatah dia atas Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali. Boleh membawa dua pergertian. Pengertian adat Melayu dan pengertian agama. Pengertian adat bermaksud buat baik jangan terlampau sangat menyebabkan orang akan memperlakukan kita sesuka hati. Kata orang naik atas kepala. Manakala buat jahat jangan sekali (tapi bukan bermaksud suruh buat berkali-kali) ialah jangan sekali pun kita buat jahat, sebab manusia lebih suka lihat satu kejahatan berbanding seribu kebaikan. Nama kita boleh jadi buruk akibat kejahatan yang sekali itu.
Pergertian agama pula ialah kita harus buat baik berpada-pada, iaitu mengikut kemampuan kita. jangan paksa diri. kalau nak beribadat atau buat kebajikan ikut kemampuan. Setara mana kemapuan itu hanya kita saja yang tahu. Pasal kemampuan kita bukan kemampuan orang.
Rasulullah SAW larang umatnya buat ibadat di luar kemapuan.
Kita tidak boleh buat kejahatan atau maksiat, walaupun sekali. Sebab maksiat itu akan menjadi titik hitam dalam hati kita.Di samping itu jangan pandang mudah pada maksiat walaupun kecil.Satu perkara yang perlu diingati kaalu kita buat maksiat atau jahat, maka masa itu juga nyawa kita tercabut. Alangkah ruginya kita mati dengan amalan ahli neraka, setelah sudah lama beramal dengan amalan ahli syurga.
Posted by cikgunik
at 12:01 AM JST