Di Hujung Pena Ini - Cikgu Nik
13 Jun, 05 > 19 Jun, 05
2 May, 05 > 8 May, 05
11 Apr, 05 > 17 Apr, 05
4 Apr, 05 > 10 Apr, 05
21 Mar, 05 > 27 Mar, 05
7 Mar, 05 > 13 Mar, 05
28 Feb, 05 > 6 Mar, 05
14 Feb, 05 > 20 Feb, 05
7 Feb, 05 > 13 Feb, 05
31 Jan, 05 > 6 Feb, 05
1 Nov, 04 > 7 Nov, 04
25 Oct, 04 > 31 Oct, 04
27 Sep, 04 > 3 Oct, 04
20 Sep, 04 > 26 Sep, 04
13 Sep, 04 > 19 Sep, 04
16 Aug, 04 > 22 Aug, 04
19 Jan, 04 > 25 Jan, 04
12 Jan, 04 > 18 Jan, 04
23 Jun, 03 > 29 Jun, 03
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Blog Tools
Edit your Blog
Build a Blog
View Profile
Tuesday, 8 February 2005
Dua Ajaran
DUA AJARAN

Terlebih dahulu cikgu mohon maaf kerana tidak menulis dalam BT keluaran minggu lepas.Walaupun cikgu ni seorang yang tak sibuk, tetapi, ada masanya tak sempat juga.Kita hanya ada masa 24 jam saja, tak boleh di tambah dah.

Semasa cikgu belajar di UKM dulu, cikgu terlibat dalam persatuan anak negeri, iaitu PERDANA.Di situlah cikgu di asuh diajar untuk mengenali kepimpinan dan beberapa kemahiran yang lain.Ilmu yang cikgu dapat semasa terlibat dalam persatuan ternyata amat berguna untuk seorang GURU.Apa yang menarik dalam persatuan PERDANA tu ialah sebelum memulakan mesyuarat exco harus bagi tazkirah selama 5 minit.Tazkirah itu disampaikan secara bergilir-gilir setiap exco harus menyampaikannya.Banyak ilmu dan ajaran yang cikgu terima pada masa itu.

Dalam banyak-banyak ilmu,atau nasihat atau ajaran yang cikgu terima ialah dua perkara.Dua ajaran ini masih cikgu ingat sampai ke hari ini.Orang kata masih segar dalam ingatan.Cikgu pun dah lupa siapa yang bagitahu pada cikgu, sebab banyak sangat.Tapi, yang pasti ia adalah senior cikgu dalam persatuan itu.

PERTAMA : Kalau kita nak buat kebajikan,kebaikan,atau usaha dakwah,Buatlah.Jangan ditanya berjaya atau tidak berjaya,kerana itu bukab urusan kita.Hanya Allah yang boleh menetukan berjaya atau tidak usaha kita.

Betul juga, sebab ikut kaedah Islam niat tu sudah dapat pahala.Buat pula dapat pahala.Berjaya atau tidak usaha itu bukan penting yang penting Allah redha.Sebab kalau kita fikirknan sangat soal kejayaan atau kegagalan maka kita akan mudah putus asa,tiada semangat, takut kecewa, dan paling tak patut kita akan tangguhkan usaha kebaikan itu.Padahal untuk apa kita nak tangguhkan.Kalau usia dan umur kita sendiri pun kita tak jamin dapat ditangguhkan.

KEDUA : Kita harus sentiasa hampir dengan Rasulullah SAW.Jangan ketinggalan jauh di belakang atau jangan mendahului Rasulullah SAW di hadapan.

Ini adalah yang cikgu belajar,dalam membuat sesuatu kerja,kita kena lihat apakah Rasuluulah SAW buat atau tidak.Kalau nabi buat,Baginda buat macammana.Kalau boleh sentiasa bersama atau hampir dengan Rasulullah.

Jangan jauh sehingga Rasulullah panggil kita tak dengar.

Jauh ke belakang maksudnya kita lupa pada Nabi kita.Apa yang kita buat tak sama langsung dengan Nabi kita buat.Kalau Nabia ada bersama maka Baginda akan marah pada kita atau tidak mengaku umatnya.Dihadapan Nabi bermakna kita buat amalan atau ibadat yang Nabi tak buat iaitu Bidaah.Atau kita buat amalan yang terlalu banyak yang kita rasa lebih daripada Nabi, atau kita nak jadi ahli sufi,yang Nabi tak suruh.Padahal Nabi lah insane yang paling bertaqwa.

*Kita bukan yang terbaik, tetapi seorang Muslim yang ingin jadi terbaik.


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Monday, 7 February 2005
Tak Apa
TAK APA

Tak apa lawannya tak boleh.Dalam hidup ni kita boleh dalam keadaan tak apa dan kita boleh dalam keadaan tidak boleh.Masing-masing ada baik buruknya.

Cikgu pun tak perasan, perkataan tak apa selalu sangat cikgu gunakan sejak beberapa minggu ini.Cikgu marah...tak apa.Cikgu susahlah...tak apa.Semalam saya tak datang..takapa.Cikgu..kenapa sampai jadi macam ni....tak apa.Sehinggalah pelajar cikgu kata,cikgu ni tak apa sokmo.Cikgu pun tak kata apa-apa.Sebab tak apa, macam-macam lagi tak apa yang diguna.Itu tak termasuk lagi yang dicakap dalam hati.

Baiknya tak apa ialah, ia dapat memberikan kita suatu keadaan tenang dalam hidup.Kalau kita nak marah pun tak jadi marah.Kita boleh memupuk memupuk sabar dalam diri.Kalau fikiran nak jadi serabut pun...dia jadi taka pa.Kalau tak ada panadol,cikgu rasa boleh guna tak apa.Barangkali.

Kalau orang nak sakitkan hati kita semata-mata kerana kita.Maka katakan tak apa.Itu pun kalau boleh.Sebab teorinya senang tapi praktikalnya payah.Amat payah.Kenapa?Sebab itu sifat para Nabi dan Aulia.Dua perkataan ini memerlukan pengorbanan.Terutamanya kepentingan diri dan perasaan.Dengan tak apa, kita tidak mudah bertindak sebarangan.Kita fikir dulu.Tak apa akan memberi noktah, untuk kita fikir sejenak.

Satu hadis yang sangat berpengaruh dalam hidup cikgu ialah:
Hadis riwayat Anas bin Malik r.a,ia berkata : Aku melayani Rasulullah s.a.w selama 10 tahun.Demi Allah! Beliau sama sekali tidak pernah mengatakan kepadaku:Hus! Beliau juga tidak pernah mengatakan kepadaku sesuatu seperti : Kenapa kamu kerjakan itu?Kenapa kamu tidak mengerjakan ini (Hadis Bukhari)

Itulah makna tak apa yang sebaik-baiknya.Maka kita cubalah setakat yang termampu.Nabi suka kepada yang mudah dan senang.Kalau diberi pilihan,tentu Nabi akan pilih yang mudah dan senang.Kalau dihayati memanglah islam itu mudah dan senang,yang jadi payah tu sebab kita.

Manakala, kalau kita selalu menggunakan tidak boleh,maka hidup kita akan jadi susah,di tambah pula dengan serabut yang tak tentu pasal.Di samping itu,orang pun tak suka mendekati kita.Kalau ada yang dekati kita mungkin sebab ada sesuatu.Kalau di bri pilihan,mereka tak pilih kita sebagai sahabat mereka.

Cuma kena ingat juga,kita bukannya Nabi.Yang sentiasa dalam mlindungan Allah selalu.Takut tak apa itu menjadi mudarat pada kita dan iman kita.Kita tak boleh bersikap tidak apa pada sebarang bentuk kemungkaran dan maksiat.

Satu lagi yang kita kena hati-hati ialah dengan tak apa boleh menyebabkan diri kita jadi tidak tegas.Ada masanya tidak tegas tak baik juga.Tambahan lagi kalau kita seorang pengawas.Oleh itu ketegasan diri harus di bina juga.Ketegasan adalah lambing kekuatan peribadi kita.Namun tak perlu selalu cukup kalau digunakan sekali-sekala.

Nasihat cikgu : Gunakan TAK APA dengan sebaik-baiknya.





Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Menghitung yang tak terhitung
Minggu lepas ada minggu sukan sekolah.Entah macam mana cikgu pun turut terlibat sama.Kalau dulu,cikgu tak minat sangat dalam hal sukan ni.Tapi mungkin ada sebabnya cikgu jadi demikian.Cuma maafkan cikgu kalau cikgu bersorak terlalu kuat.

Dalam pertandingan itu kita akan menghitung.Cikgu pun menghitung.Kita menghitung mata untuk menang atau kalah.Hitungan itu akan berhenti apabila selesai perlawanan.

Hitungan yang banyak ada dalam matematik.Hingga kita akan sampai tahap infiniti.Bila dah sampai tahap itu maka kita tak larat lagi menghitung.Kita kena akur dengan keterbatasan kita sebagai manusia yang lemah.

Begitulah dalam hidup ini kita sebagai hamba Allah.Satu perkara yang kita kena hitung ialah nikmat Allah yang telah kita terima dari dalam perut ibu hinggalah saat ini.Semua pelajaran ialah ada dalam bab syukur.

Dalam menghitung nikmat Allah kita tidak perlu berhenti walaupun ia adalah tidak terhitung (infiniti).Kalau kita berhenti maka ikatan atau online kita dengan Allah juga akan terputus atau terhenti (disconnect)

Kesudahan daripada hitungan kita ialah syukur.Cuba ingat kembali kepada Rasulullah.

Diriwayatkan Rasulullah itu sembahyang malam sehingga bengkak belakang kakinya.Siti Aisyah bertanya : " Kenapa sampai begitu sekali sembahyang kerana selama dulu dan kemudian telah diampun oleh Allah".

Rasulullah pernah bersabda " Tidakkah aku ini seorang hamba yang bersyukur".Di sini kita dapat ketahui kenapa Rasul yang maksum itu pun bersujud kepada Allah, kerana ia bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah.Syukur itu sebenarnya bukanlah satu pengucapan semata-mata seperti yang kita lakukan kini.Syukur itu perbuatan oleh kita kepada Allah,maka itu barulah dikatakan syukur yang sebenar-benarnya.
Hendaklah di rasa dalam hatinya akan nikmat Allah berikan kepadanya.Pemberian Allah itu sangat banyak.Allah jadikan mata kita, hidung kita, deria kita memberi rezeki kepada kita dan bermacam-macam lagi nikmat yang diberikannya.Oleh itu, gunakan segala nikmat itu kejalan yang diredhai oleh Allah.Jika tidak kita itu kufur nikmat jika disalahgunakannya.

Kemudian setelah merasa akan semua itu hendaklah kita malu kepada Allah kerana memberi kepada kita semua itu dan hendaklah kita berkhidmat kepadanya pula iaitu mengerjakan perkara-perkara kebaikan, kebajikan dan perkara sunat.

Firman Allah S.W.T (maksudnya) " Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya (meliputinya)".Ibrahim : 34

Hitunglah betapa banyaknya nikmat dari Allah yang kita terima.Cuma jangan tersalah hitung.Kita bukan nak hitung derita tapi menghitung nikmat disebalik derita.Hitunglah....sebelum kita tak mampu lagi berbuat demikian.Hanya kita yang boleh menghitung untuk diri kita.

Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Sunday, 6 February 2005
Terimalah Teguran Itu
TERIMA TEGURAN ITU.

Hari ini (8.3.2004) cikgu bangun terlalu awal.Nak tak nak kena bangun juga.Cikgu harus siapkan BT Edisi Cuti bilangan 185.Cikgu terlupa minggu depan cuti rupanya.Payahnya kalau kena rehat.Kalau tak tahu nak buat apa masa rehat.Takut-takut rehat tue jadi tidak bermanfaat.Cuma mujurlah ada 'Hari Raya'

Dua perkara yang banyak membantu kita menjadi seorang manusia yang baik ialah ditegur dan menegur.Ditegur maksudnya kita menerima nasihat seseorang agar jadi lebih baik.Hasilnya dapat pahala.Namun tegur dan menegur itu haruslah berasaskan ikhlas, iman dan redha Allah.Kita kadang-kadang tak berapa suka ditegur dan menegur.Kalau kita di tegur maka ego kita akan tercabar.Kalau menegur pula, kita takut mencabar ego orang, atau orang akan terasa.Lalu kita kata siapalah kita nak tegur-tegur orang.Rupa-rupanya,bila di hitung berkali-kali, kalau kita abaikan dua amalan ni kita akan rugi.

Pernah suatu ketika dulu, tahun pertama cikgu di MMP, tahun 1996, cikgu telah ditegur oleh seorang pelajar, seorang dhobitah,atas satu kesalahan yang cikgu yang 'tak manis' semasa bagi kaunseling pada seorang pelajar.Mula-mula dalam hati cikgu nak marah juga, cara dia tegur.Tapi bila di fikir berkali-kali,tegurannya baik dan betul maka cikgu terima dengan senang hati.Siapalah kita sehingga orang tidak boleh tegur kita.

Hari demi hari, cikgu belajar bahawa teguran itu amat baik untuk mendidik hati dan akhlak kita.Kalau tidak, kita kan lupa diri diulik rasa ego.Namun,dalam banyak-banyak teguran terselit teguran yang amat bermakna, ia teguran daripada Allah.Kita sering tak perasan , Allah menegur kita.Bila kita rasa pandai, hebat,mulia dan megah ,maka kalau Allah sayang pada kita,Allah tegur kita.Cuba perhatikan Allah tegur kita semasa kita mendapat malu atas sesuatu perkara, semasa kita terjatuh,semasa berjalan,semasa kita batuk atau sakit.Di antaranya paling halus ialah Allah tegur kita semasa kita buat salah secara tidak sengaja pada seseorang, lalu kita rasa bersalah dan menyesal.

Betapa teguran daripada Allah ini membawa maksud bahawa kita harus sedar kelemahan diri kita sebagai hambaNya.Kemudian kembalilah kepada Allah dengan penuh rasa syukur dan merendah diri.Oleh sebab itu,berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at.(QS.87:9)Dan berikanlah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut akan dihimpunkan kepada Tuhannya.(pada hari kiamat),sedangkan bagi mereka tidak ada seorang pelindung dan pemberi syafa'at pun selain daripada Allah, agar mereka bertaqwa (QS.6:51)

Cikgu mengucapkan selamat bercuti.Kepada pelajar MMPP selamat menggunakan Bahasa Arab.


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Merakamkan Kehidupan
MERAKAMKAN KEHIDUPAN

Terlebih dahulu cikgu ingin merakamkan ucapan tahniah, (sebagai rakaman kehidupan yang pertama )kepada pelajar-pelajar cikgu yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM,STAM dan STPM baru-baru ini.Kepada yang menerima keputusan yang tidak meyakinkan, janganlah sedih.Sabar,redha,dan yakin ada hikmahnya.Usaha lagi.

Cikgu masih lagi seperti dulu, suka dengan satu aktiviti iaitu merakamkan kehidupan.Kalau dulu cikgu selalu ambil gambar program sekolah,sekarang pun macam tu juga.Masa di MMP cikgu sempat buat CD yang mengandungi gambar-gambar MMP.Begitu juga di sini.Tahun lepas,cikgu sempat menghasilkan CD MMPP yang menggambarkan aktiviti sekolah tahun 2003.Cuma baik sedikit sebab ada rakaman audio ceramah.

Rakaman kehidupan ini amat berguna untuk kita hayati selepas daripada ini.Masa kita dah dewasa atau sudah tua.Kita akan tersenyum sendiri apabila melihat masa muda-muda.

Satu perkara yang kita tak berapa suka kalau ada yang ambil gambar dengan 'pukul curi' (candid).Apalagi kalau aksi itu kurang menyenangkan kita.

Mungkin kita terlupa kot.Gambar kita suara kita ada yang sedang merakamkannya.Lebih daripada pukul curi.Semua gambar kita yang baik atau tidak senonoh telah dirakamkan.Sama ada kita suka atau tidak.

Rakaman kehidupan ini, bermula daripada kita kecil sampailah kita mati.Dirakamkan dengan menggunakan kamera yang terlalu canggih berbanding kita.Apa tidaknya,semua aktiviti kehidupan kita ada.Dari kecil sampai yang besar.Daripada yang baik kepada yang paling tak baik.

Apabila orang nak ambil gambar kita,kita akan kata "nanti dulu saya nak senyum" "nanti dulu saya nak duduk betul"Nanti dulu saya nak bersedia...sehinggalah kita berpuas hati dengan gambar yang diambil.

Cuma...pernahkah kita berkata kepada jurukamera yang Allah utuskan untuk merakamkan kehidupan kita."Nanti dulu saya nak buat ibadat"nanti dulu saya nak buat kebajikan""nanti dulu saya nak bersedekah"....akibat terlupa kita biarkan mereka ambil gambar kita ketika sedang buat maksiat,ketika sibuk dengan urusan dunia dan lupa urusan Akhirat, dan macam-macam mazmumah yang lain.

Sebelum terlambat,DELETE lah segera gambar-gambar candid kita yang tak elok tu.DELETE lah dengan taubat,ibadat, dan dekatkan diri dengan Allah.Sehingga gambar baik kita yang cantik dapat menutup gambar yang tak baik.Sebab, gambar-gambar ini akan dijadikan pameran pada HARI TERBUKA suatu hari nanti.Di manakah kita nak letakkan muka kita....

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (bertulis) di dalamnya,dan mereka berkata."Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula)yang besar, melainkan ia mencatat semuanya.Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis).Dan TuhanMu tidak menganiaya seorang juapun".QS : 18:49)


Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Wednesday, 2 February 2005
YANG TINGGI DAN YANG RENDAH


Pagi ini, (18.2.04), cikgu buat ujian bulanan kepada para pelajar.Sementara menunggu mereka menjawab, cikgu pun menulis.Melihat pelajar berfikir ke atas, maka cikgu tumpang fikir sama, kalau-kalau ada idea.Cuma cikgu musykil kalau ada pelajar yang pandang ke tepi, ke belakang atau ke bawah.Sebagai hamba Allah betapa terasanya hidup ini amat berharga.Harga itu ada dalam diri kita.Kita boleh rasa sendiri atau orang lain boleh tolong royat pada kita.Pertolongan itu mungkin berupakan ujian.

Bagi ahli motivasi, pujian adalah baik untuk menaikkan semangat.Boleh membaiki semula jiwa yang lemah dan tak berdaya.Namun kaedah ini biasanya tak kekal lama, bersifat sementara saja.Ada masanya pujian itu bahaya.Kata sesetengah orang di kalangan kita"bahaya untuk perahu-perahu kecil".Bahayanya pujian ialah ia boleh menyebabkan diri kita menjadi besar.Rasa macam nak terbang saja, atau terangkat dan tinggi.Apabila sudah jadi macam tue maka kita akan rasa diri kita hebat, serba pandai, serba boleh,serba tahu dan serba serbi.Kenapa cikgu kata ia bahaya?Sebabnya, kita akan lupa asal usul kejadian kita.Asal kejadian kita adalah daripada setitis cecair yang amat tidak berharga lagi berbau.Kalau ia tumpah tiada siapa yang nak.Namun betapa kasih sayang Allah yang tidak terperi, di muliakan manusia sampai ketahap itu.Malah lebih tinggi lagi daripada apa yang kita fikirkan.

Oleh itu, sepatutnya pujian tidak boleh menyebabkan kita semakin tinggi dan berbangga diri.Untuk apa kita jadi bangga dengan serba-serbi.Yang bukan kita yang buat.Kalau kita buat sendiri jolo juga.Ingat tu.Allah boleh tarik bila-bila masa saja.Lalu jadilah tak serba tak serbi.Sekali-sekala kita berjalan di muka bumi ini jangan selalu lihat yang tinggi.Lihat juga yang rendah.Pandang ke bawah.Lihatlah pada tanah tempat kita pijak.Kotornya.Sehingga kita terlupa bahawa dari situlah kejadian asal kita.

Hari Jumaat yang lepas,cikgu telah royat pada pelajar MMP dalam satu program, sebelum cikgu ke program MMPP selepas itu.Cikgu Tanya siapakah di antara manusia yang paling layak untuk memiliki sifat sombong dan angkuh dengan kehebatan yang tidak terperi?Bukan raja, bukan sultan,dan bukan orang yang paling kaya atas dunia.Beliau ialah Nabi Muhammad S.A.W.Kenapa?Kerana Allah,Malaikat dan orang Mukmin berselawat dan ucap pujian padanya.Nama baginda menjadi sebutan yang paling agong dan berada di tempat tinggi.Namun siapakah yang paling Tawaduk antara manusia.Beliau adlah Nabi Muhammad S.A.W.Baginda telah cuba meletakkan dirinya serendah yang mungkin.Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(QS.17:37).Lupa.cikgu pun bagitau pelajar."Masa sudah habis...semua pelajar hantar"....tiada siapa yang nak hantar...sehingga cikgu terpaksa ulang beberapa kali.



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
YANG TINGGI DAN YANG RENDAH


Pagi ini, (18.2.04), cikgu buat ujian bulanan kepada para pelajar.Sementara menunggu mereka menjawab, cikgu pun menulis.Melihat pelajar berfikir ke atas, maka cikgu tumpang fikir sama, kalau-kalau ada idea.Cuma cikgu musykil kalau ada pelajar yang pandang ke tepi, ke belakang atau ke bawah.Sebagai hamba Allah betapa terasanya hidup ini amat berharga.Harga itu ada dalam diri kita.Kita boleh rasa sendiri atau orang lain boleh tolong royat pada kita.Pertolongan itu mungkin berupakan ujian.

Bagi ahli motivasi, pujian adalah baik untuk menaikkan semangat.Boleh membaiki semula jiwa yang lemah dan tak berdaya.Namun kaedah ini biasanya tak kekal lama, bersifat sementara saja.Ada masanya pujian itu bahaya.Kata sesetengah orang di kalangan kita"bahaya untuk perahu-perahu kecil".Bahayanya pujian ialah ia boleh menyebabkan diri kita menjadi besar.Rasa macam nak terbang saja, atau terangkat dan tinggi.Apabila sudah jadi macam tue maka kita akan rasa diri kita hebat, serba pandai, serba boleh,serba tahu dan serba serbi.Kenapa cikgu kata ia bahaya?Sebabnya, kita akan lupa asal usul kejadian kita.Asal kejadian kita adalah daripada setitis cecair yang amat tidak berharga lagi berbau.Kalau ia tumpah tiada siapa yang nak.Namun betapa kasih sayang Allah yang tidak terperi, di muliakan manusia sampai ketahap itu.Malah lebih tinggi lagi daripada apa yang kita fikirkan.

Oleh itu, sepatutnya pujian tidak boleh menyebabkan kita semakin tinggi dan berbangga diri.Untuk apa kita jadi bangga dengan serba-serbi.Yang bukan kita yang buat.Kalau kita buat sendiri jolo juga.Ingat tu.Allah boleh tarik bila-bila masa saja.Lalu jadilah tak serba tak serbi.Sekali-sekala kita berjalan di muka bumi ini jangan selalu lihat yang tinggi.Lihat juga yang rendah.Pandang ke bawah.Lihatlah pada tanah tempat kita pijak.Kotornya.Sehingga kita terlupa bahawa dari situlah kejadian asal kita.

Hari Jumaat yang lepas,cikgu telah royat pada pelajar MMP dalam satu program, sebelum cikgu ke program MMPP selepas itu.Cikgu Tanya siapakah di antara manusia yang paling layak untuk memiliki sifat sombong dan angkuh dengan kehebatan yang tidak terperi?Bukan raja, bukan sultan,dan bukan orang yang paling kaya atas dunia.Beliau ialah Nabi Muhammad S.A.W.Kenapa?Kerana Allah,Malaikat dan orang Mukmin berselawat dan ucap pujian padanya.Nama baginda menjadi sebutan yang paling agong dan berada di tempat tinggi.Namun siapakah yang paling Tawaduk antara manusia.Beliau adlah Nabi Muhammad S.A.W.Baginda telah cuba meletakkan dirinya serendah yang mungkin.Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(QS.17:37).Lupa.cikgu pun bagitau pelajar."Masa sudah habis...semua pelajar hantar"....tiada siapa yang nak hantar...sehingga cikgu terpaksa ulang beberapa kali.



Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Tuesday, 1 February 2005
Bagi saja lah
1.BAGI SAJA LAH............

Seminggu yang lepas cikgu menerima berita kematian seorang jiran.Umurnya akhir 30-an.Dia ditemui mati dalam semak-samun setelah 4 hari.Muka sudah berubah dan bau sudah menjadi busuk.Itupun setelah disedari oleh seorang yang ingin mencari umbuk nyur nak buat kenduri.Kalau tidak....Tapi itulah ketentuan Allah.Mengikut satu sumber dia dipatuk ular semasa sedang 'koyok nyur'.

Jiran cikgu ni miskin,dan bernasib malang.Selalu saja minta hutang.Bukannya banyak seringgit dua saja.Tapi selalu.Hinggakan cikgu pun tak tahu nak kata.Apa yang boleh buat ialah elakkan daripada mengeluarkan kata-kata yang tak elok.Walaupun nyaris-nyaris nak terkeluar.Kita pujuk hati, duit ni bukan hak kita.Hak Allah juga.Dalam duit kita ada duit orang lain.

Dalam kuliah Tok Guru Menteri Besar pernah sebut.Kalau orang berhutang dengan kita maka kita dapat pahala.Selamamana hutang itu belum dibayar.Sebab itulah kalau duit kita sudah cukup.Tak payah minta balik hutang tu.Untungnya kita dapat pahala secara percuma dan berterusan.Tapi kalau nak minta pun itu hak kita.Ikut suka lah, takkanlah benda ni pun cikgu nak cakap juga.

Maka, cikgu nasihatkan kepada anak murid cikgu kalau orang nak berhutang dengan kita,dan kita ada duit lebih bagilah.Kalau tak boleh bagi banyak bagi sedikit.Inilah masa kita nak buat kebajikan.Dalam kuliah itu juga,Tok Guru ada kata, bila kita bagi duit maka kita kena ingat zahirnya orang itu yang terima duit kita tapi pada hakikatnya,Allah yang terima.Sebab itulah kita dapat pahala.

Setelah terima berita kematiannya maka cikgu halalkan hutangnya.Tapi itu hutang dengan cikgu...dengan orang lain?Hanya Allah saja yang tahu.

Mari kita naik setahap lagi.Tahap yang kedua ialah kita memberi semasa kita tak ada.Kita tak ada duit tapi bila orang nak berhutang kita beri juga.Pelik juga.Ini orang panggil memberi walaupun tiada.

Itulah sebabnya Nabi kita, pernah ada orang nak minta Bantu.Tapi Nabi tak ada duit, maka baginda bagi tahu orang itu pergi ke kedai dan berhutang atas nama baginda.

Maknanya tahap ini sangat mulia dan jarang orang boleh buat.Nak tolong sampai gitu mo sekali.Kalau kita fikir kalau tak ada duit gak biarlah.Tapi itu kita fikir.Fikiran yang bercampur dengan dunia dan kepentingan.

Cuma sekadar nak bagi tahu, Itulah sifat ahli syurga : Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (QS. 3:133) (iaitu)orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang.Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.(QS.3:134)




Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Sunday, 31 October 2004
Nikmat dan Ujian
Nikmat adalah satu perkara yang nampak dan boleh jadi tak nampak. Ukukuran anampak atau tak nampak ialah bergantung pada sifat kita. Kalau kita seorang yang pandai berterima kasih maka nampaklah nikmat itu. Pandai di sini datang bersama iman.Tapi kalau angkuh dan sombong maka tak nampak lah nikmat itu. Tak nampak bukan sebab tak ada mata, tapi mata di hati tu yang tak dapat melihat. Buta yang dapat di rawat oleh mana-mana doctor pakar. Tak payah gi ambil surat akaun doktor di pejabatlah ya.

Setakaitini belum ada dan tak akan ada mesin kira yang mampu menghitung nikmat. Kalau kita pergi cari di KB Mall pun tak jumpa, walaupun ia baru dan mall. Kalau kita rasa gatal tangan nak kira juga ia akan keluar ‘E’ , maknanya dia pun tak tahu juga. Dalam pada itu kita masih rasa tak cukup lagi. Kenapa tak cukup, itu kena tanyalah diri sendiri.

Kita juga ada mengharapkan satu-satu nikmat. Apa nikmat itu anda saja yang tahu. Berdoa untuk mendapatkannya siang dan malam.Siang dan malam.Namun kalau Allah tak beri nikmat itu, jangan bimbang atau frust, mungkin bukan sekarang. Sejukkan lah hati kita cuba hitung nikmat-nikmat yang sedia ada. Yang penting Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita. Tugas kita ialah baik sangka terhadap Allah..

Sebenarnya nikmat dan ujian mempunyai hubungan yang signifikan. Ini dapat digambarkan dengan kisah Nabi Allah Ayub. Nabi Daud asalnya seorang yang senang. Tapi Allah tarik satu persatu nikmat yang diberinya. Pelbagai ujian yang baginda terima. Daripada hidup senang kepada hidup susah. Semuanya berubah, Cuma satu saja yang tak berubah iaitu Nabi Daud tak penah berhenti berzikir pada Allah. Muka baginda telah menjadi berkudis dan berulat. Sewaktu hendak sujud, ulat itu jatuh, namun nabi ambil semula dan letak balik ulat tu. Kerana bagi bangida sudah rezekinya. Bila ditanya orang tentang penderitaanya, maka jawab nabi Daud mudah saja. Tuhan sudah lama bemberi dan banyak nikmat padanya, dan apasalahnya dengan sedikit ujian. Ujian yang begitu banyak boleh diktakan sedikit.

Kita hilang duit RM10 pun dah heboh tak tentu pasal. Macamlah duit tu duit kita. Tak sedak kita bahawa semuanya adalah pinjaman semata-mata. Sebelum ini sudah berapa banyak duit yang kita pinjam. Kira lah sendiri.

Peperiksaan SPM atau STPM yang akan kita tempuh sekarang ini pun adalah ujian. Susah tak. Ada susah dan ada senang. Dalam menempuh ujian itu kita mendapat dua nikmat ialah nikmat kesungguhan, dan nikmat yang paling berharga ialah kejayaan cemerlang. Begitu juga hidup ini ada susah dan ada senang dua-dua adalah ujian. Nikmatnya ialah ganjaran daripada Allah. Cuma hakikatnya ganjaran daripada Allah lebih bernilai daripada Sijil SPM dan STPM yang kita kejar itu.

******

Apa-apapun buat pelajar cikgu, cuba yang terbaik dalam exam nanti. Ingat kalau tak leh A2 dapat A1 tak apa dah.Cikgu macam biasalah sentiasa mendoakan kejayaan kalian. Maaf kan kalau tak dapat mengajar dengan sempurna, dan cikgu maafkan segala salah dan silap kalian. Selamat Menyambut Peperiksaan. Maaf Zahir Batin




Posted by cikgunik at 12:01 AM WST
Post Comment | Permalink
Saturday, 23 October 2004
Variasai
Pertama sekali cikgu nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-mubarak.Kepada pelajar-pelajar yang telah hantar SMS Ramadhan diucapkan terima kasih.

Hari ini cikgu nak bercakap pasal variasi. Variasi maksudnya kepelbagaian. Kalau dalam sukatan pelajaran variasi adalah tajuk sains tingkatan 4.Kalau kita boleh up-grade otak kita maka kita akan terfikir bahawa variasi bukan hanya ada dalam pelajaran sains, namun ada di mana-mana saja. Termasuklah dalam diri kita dan persekitaran kita. Variasi lah yang menjadikan hidup kita indah.

Hatta dalam diri kitapun ada variasi. Ada masa kita senyum dan ada masa kita marah. Bayangkan kalau kita boleh senyum saja 24 jam. Atau marah saja 24 jam. Apa akan jadi, fikir sendiri lah.

Variasi menonjolkan sifat kita sebagai manusia yang tak cukup. Rasa macam tak puas hatilah. Ada orang yang gemuk nak jadi kurus, kenapa sebab ada orang kurus, ‘Try’ kalau semua orang gemuk, maka dia mungkin fikir berkali-kali. Begitu juga ada orang nak buat teknik rebonding, sebab nak tukar variasi baru.

Begitu juga dengan orang lain akibat variasi yang Allah ciptakan untuk kita. Maka antara kita tak sama.Ada orang cepat marah dan cepat sejuk, namun ada orang cepat marah dan lambat sejuk. Walaupun dua-duanya cepat marah tapi tak sama. Di samping itu ada orang cepat marah dan bertindak berdasarkan marahnya. Maka orang macam ni kita kena hati-hati. Sarang tebuan jangan dijolok. Jangan salahkan tebuan kalau ia sengat kita.Kalau kita jolok juga, maka kena larilah dan terjun dalam sungai, kecuali kita rasa nak masuk wad kecemasan. Atau kita ni, jenis tebuan juga.

Ringkasnya, dengan variasi itu kita tak sama dengan orang lain. Dalam satu hal kita tak apa, tapi bagi orang lain tak boleh. Daripada itulah wujudnya tolak ansur. Bila kita cakap tentang tolak ansur maka ada yang beranggapan itu adalah satu kekalahan. Dalam hal ini kita kena tengok keadaan lah. Cuma sejarah orang-orang yang mulia, mereka lebih banyak bertolak-ansur, asalkan bukan perkara mungkar.

Bila kita tak sama maka kita perlu hormati orang lain. Kalau kita nak orang hormat pada kita maka kita kena hormati mereka. Kalau kita tak ingin terluka, maka jangan melukai mereka. Itulah satu sifir yang mudah tapi payah nak buat.

Begitu juga dengan persahabatan, walaupun kita ‘sekepala’ dengan ‘saing’ kita tapi ada yang berbezanya.Kita bertengkar atau bergaduh, kerana kita ada variasi. Lalu kita belajar erti variasi itu.

Nabi kita juga pernah berpesan bahawa perbezaan pendapat di antara umat baginda adalah satu rahmat. Maknanya kepelbagaian tu ada positifnya. Masalah yang tak selesai boleh jadi selesai, sebab kita sudah guna kaedah lain untuk menyelesaikannya.

Oleh sebab itu nikmatlah variasi itu sebaik-baiknya. Variasi sebagai satu cara untuk kita fikir kebesaran
Allah. Walaupun kita berbeza tak jadi hal, sebab yang penting di sisi Allah ialah taqwa. Oleh itu sempena Ramadhan mubarak ini maka bina dan tingkatkan lah ketaqwaan. Hebat di sisi manusia tak ada maknanya kalau rendah dan hina di sisi Allah.

Posted by cikgunik at 12:01 AM JST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older