From: "DG" <relexjap@yahoogroups.com>
To: "Relexjap" <Relexjap@yahoogroups.com>
Subject: [Relexjap] NWR(A) - Manusia dan Kemanusiaan <uR>
Date: Sunday, June 22, 2003 12:35 AM
Assalammualaikum.... DG saje yea.
Hari ni DG tak mahu bercerita tentang kenangan lama lagi... selalunya
kenangan lama ini memilukan diri sendiri dan DG tak mahu terheret ke lembah
kesedihan dek kerana kenangan. Biarlah ianya berlalu sejajar dengan
ketentuan ALLAH. Cuma, sesekali tu ingin jugak diimbau, kan?
DG ingin menyingkap suatu peristiwa yang berlaku di kawasan rumah DG. Suatu
hari tu, lori angkut sampah ni datang ke kawasan rumah kami. DG, hubby dan
anak-anak yang sedang bergotong royong di laman rumah yang sekangkang kera
tu, cepat-cepat lah angkut sampah yang ada dalam rumah dan berlari-lari anak
ke arah lori sampah tu. Berlakulah sedikit conversation di antara DG dan
pengangkut sampah tu. Ialah, orang bertanya kita menjawap tak ada apa
salahnya kita bermanis mulut sedikit kerana disebabkan kita, orang tu masih
sanggup menunggu sebentar untuk mengangkut sampah kita sekali kan?...
Jiran terdekat DG pun tanyalah dengan DG "apa saja lah yang dibualkan dengan
pengangkut sampah tu? Tak busuk ke dekat dengan diorang tu? Lori dah lah
busuk, orangnya apa lagi?" Siap dengan muka dia yang melambangkan
kejijikan.... DG jawaplah "saja-saja bermanis mulut kak... lagipun yang
mengangkut sampah tu kan manusia jugak..macam kita jugak kan kak?" Dalam
diam DG smashed lah orang tu. DG bukan nak berlagak atau nak tunjuk baik
tapi, kita fikirlah dengan akal yang ALLAH anugerahkan tu... Pengangkut
sampah ke, penyapu sampah ke... mereka tu kan manusia jugak macam kita ni.
Cuba kaji ye... tanpa tukang angkut sampah ni atau penyapu sampah kat
tepi-tepi jalan raya tu, rasanya macam mana lah rupa gayanya rumah kita...
sebab tak ada orang nak angkat sampah, nak sapu longkang... dan macammana
rupanya jalan raya kat KL ni (atau mana saja) kalau tak ada orang-orang Alam
Flora atau yang sewaktu dengannya yang menyapu sampah sarap kat sepanjang
jalan tu. Kita ni...hanya tahu membuang sampah jee...(termasuk lah DG
oooiiiii...)
Kita jangan lupa, walau kita duduk di pejabat ber air-cond, kerusi empuk,
pegang komputer, berjawatan kerani, berjawatan manager, kita tak perlu
hargai orang-orang yang berkedudukan rendah seperti penyapu sampah,
cleaners, pengangkut sampah, penyapu longkang dan sebagainya. Tanpa mereka,
siapa yang nak uruskan semua kerja yang pada kita nampak remeh, kotor dan
menjijikan? Tak tahu kah kita kerja remeh tu, kerja kotor lagi menjijikan
tu juga adalah kerja mulia, kerja halal? Jangan kerana kedudukan kita lupa
diri. Terkadang tu, bila kita terserempak dengan lori sampah, tanpa segan
tanpa silu kita tutup hidung kita, muka kita melambangkan betapa loya nya
tekak kita masa tu. Tak terfikirkah kita macammana penerimaan orang yang
berada di lori sampah tu yang melihat kita begitu jijik melihat pekerjaan
mereka. Mesti terdetik rasa tersinggung mereka dengan perbuatan kita tu
kan? Kalau tak ada orang-orang seperti Indah Water yang menyedut
hampas-hampas kita dari lubang najis tu, bagaimanalah rupanya rumah kita
bila lubang najis kita tersumbat?
Oleh itu, kesimpulannya, hargailah individu itu kerana mereka juga individu
seperti kita. Sekurang-kurangnya mereka bekerja mencari rezeki yang halal
dengan tulang empat kerat mereka juga. Jangan pandang hina kepada mereka
yang bekerja sebegini kerana mereka juga ada perasaan seperti kita. Cuma,
mungkin kita agak bernasib baik kerana dapat kerja di tempat air-cond ni.
Mungkin jika mereka mampu, lebih baik kedudukan mereka berbanding kita ni..
Betul tak?
Jangan pandang orang hanya dengan mata, pandangilah dengan mata hati dan
akal fikiran yang waras dan penuh pertimbangan....
~~~DG~~~
Get A Free Psychic Reading! Your Online Answer To Life's Important Questions.
http://us.click.yahoo.com/Lj3uPC/Me7FAA/ySSFAA/TcOolB/TM
---------------------------------------------------------------------~-> P>
********************************************************************
Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.
Mudah saja untuk menjadi ahli, hantarkan emel kosong ke:
Relexjap-subscribe@yahoogroups.com
Reply emel dari yahoogroups untuk confirmation.
Berhenti sementara menerima emel: Relexjap-nomail@yahoogroups.com
Untuk Menerima kembali emel: Relexjap-normal@yahoogroups.com
Kepada yang mempunyai ID yahoo,sila layari laman web :
http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/
Guna ID tersebut untuk menjadi ahli dan menukar berbagai setting.
Relexjap bersama kami,...dan anda akan memahami maksudnya!!
====================================================================
Disclaimer:-
Relexjap grup tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau respons.
Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
di Relexjap tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik, kakitangan
dan Barisan Pentadbir Relexjap melainkan jika dinyatakan sedemikian.
********************************************************************