From: "wira" <wira@dkmm.tv>
To: <almardh@yahoo.com>; <aNgSaNa@yahoogroups.com>;
Subject: rahsia perkahwinan
Date: Friday, June 20, 2003 12:31 PM
Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada
sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu malan yang
dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang
menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi
perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi?
Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan,
memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan
dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun
dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan
keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi,
Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki
tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan
keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi
masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?".
"Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.
SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya
lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian
lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai
Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin,
bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu." Kahwin lagi," jawab
Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan
Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia
berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap
miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan
masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga
kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu
lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu
menikah buat kali keempat.
keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan
kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga
madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan.
Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan
rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
(Riwayat Ibnu Abbas)
sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari
hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha
Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)
jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah,
tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.