From: "sarenawati jaafar" <inafaham@hotmail.com>
To: <msk-net@yahoogroups.com>
Subject: [msk-net] DAKWAH TULISAN
Date: Saturday, June 21, 2003 6:42 PM
assalamualaikum
Ada sedikit tazkirah buat hati yang leka dengan dunia....semoga dengan
tazkirah ini dapatlah kita muhasabah diri kita betapa banyakkah penghayatan
kita terhadap islam itu sendiri. Saya seorang muslimat yang baru disedarkan
bahawa medan dakwah bagi muslimat yang paling sesuai ialah melalui penulisan
maka ini adalah usaha sulung saya untuk tarbiyah diri sebagai pendakwah
dengan penulisan. Oleh itu, sebarang kata-kata yang tidak sesuai dan dikira
tidak berhikmah maka tolonglah bersabar dengan seorang penulis yang dhoif
ini.
Dalam Islamonline.net , ana terbaca sebuah pengalaman seorang wanita
musyrikin yang bersuamikan seorang yang asalnya musyrik tetapi akhirnya
kembali kepada islam. Suaminya tidak menceraikannya atas dasar isterinya
seorang ahli-kitab dan memang pun isterinya seorang yang begitu kuat
menghayati agama kristian.
Persoalan yang ditimbulkan oleh isterinya ialah perubahan yang dialami dalam
alam rumahtangganya apabila suaminya telah memeluk agama Islam. Baginya
suaminya berperangai begitu pelik sehingga dia tidak boleh menerimanya tanpa
mendalami Islam itu sendiri.
Baru-baru ini mereka telah ditakdirkan kematian seorang anak yang masih
kecil. Memang kesedihan itu amat dirasai oleh keduanya. Walaupun suaminya
menitiskan airmata kesedihan namun suaminya kelihatan begitu redho dan
sering menasihatinya agar bersabar. Wanita musyrik ini begitu hairan melihat
kekuatan dalaman suaminya yang boleh menerima musibah itu dengan begitu
tenang.
Di dalam alam rumahtangga pun, suaminya menjadi lebih pengasih dan penyayang
dalam melayani isterinya. Wanita itu begitu hairan dengan perubahan yang
dialami dalam alam rumahtangganya.
Suaminya berkata padanya bahawa Rasul nya memerintahkannya supaya berlaku
baik pada isterinya.Memang dia bersyukur dengan perubahan itu tapi soalannya
ialah di manakah suaminya mendapat ketenangan yang begitu mendalam sehingga
suaminya menjadi pendorong dalam kehidupannya.
Islam itu syumul. Ia merangkumi segala-galanya dalam kehidupan ini. Sebagai
muslim, kita mesti seimbang dalam segala-galanya dan untuk kita berkhidmat
kepada masyarakat, kita mesti prihatin terhadap sahsiah diri kita.
Dalam Islam, perkembangan sahsiah diri diiktiraf sebagai satu jihad. Ia
merangkumi penghapusan sikap-sikap mazmumah seperti tamak, dendam , khianat
dan munafiq. Apabila kita telah dapat menguasai sifat-sifat ini, barulah
kita dapat mengawal keegoan diri dan keinginan kita. Oleh itu, kita boleh
mengenali hak-hak kita dan hak-hak orang lain dan berlaku adil dalam
kehidupan kita seharian.
Jihad ini diikenali sebagai jihad dalaman ( mujahadatunnafsi) di mana
satu-satunya pemberi petunjuk ialah ALLAH SWT.
Islam itu sendiri menggalakkan kita bersabar, menghormati diri sendiri,
menghormati sesama insan dan berdiri atas kaki sendiri.
Kesimpulannya, sebagai muslim, segala keperluan kita samada dari segi emosi,
psikologi dan materialistik semuanya datang daripada ALLAH swt yang memberi
petunjuk kepada kita dan memenuhi keperluan kita serta menyediakan hanya
yang terbaik kepada kita.
Ini adalah bertentangan dengan sifat kita sendiri yang tersepit di antara
kepentingan diri dan kebaikan orang ramai.Apabila kita mengetahui hakikat
Islam itu sendiri di dalam hati kita sendiri, kita mesti faham bahawa
terdapat keseimbangan dalam setiap ketentuan yang berlaku. ALLAH SWT memberi
sesuatu sesuai dengan kemampuan diri kita walaupun kita fikir kita sendiri
tidak mampu. Semuanya berada dalam pemikiran kita sendiri.
ALLAH SWT SENTIASA DEKAT DENGAN KITA.
"DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DAN MENGETAHUI APA YANG
DIBISIKKAN OLEH HATINYA, DAN KAMI LEBIH DEKAT KEPADANYA DARIPADA URAT
LEHERNYA."
(SURAH QAAF AYAT 16)
ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN KITA MAKA KITA PATUT BERHATI-HATI DENGAN
SEGALA PERBUATAN DAN JUGA APA YANG KITA FIKIRKAN.
"DAN APABILA HAMBA-HAMBAKU BERTANYA KEPADAMU TENTANG AKU MAKA (JAWABLAH)
BAHAWASANYA AKU ADALAH DEKAT. AKU MENGABULKAN PERMINTAAN ORANG YANG BERDO'A
APABILA IA BERDO'A KEPADAKU, MAKA HENDAKLAH MEREKA ITU MEMENUHI (SEGALA
PERINTAH) KU DAN HENDAKLAH MEREKA BERIMAN KEPADAKU , AGAR MEREKA SELAU
BERADA DALAM KEBENARAN "
(SURAH AL BAQARAH AYAT 186)
ALLAH KNOWS BEST!!!!!!!!
_________________________________________________________________
Are you in love? Find a date on MSN Personals http://match.msn.com.my/
Get A Free Psychic Reading! Your Online Answer To Life's Important Questions.
http://us.click.yahoo.com/Lj3uPC/Me7FAA/ySSFAA/4tWolB/TM
---------------------------------------------------------------------~-> P>
Jika anda ingin berhenti sila hantar email kosong kepada:
msk-net-unsubscribe@yahoogroups.com
Jika anda ingin berbincang dengan ahli MSK sila ke sini :
http://groups.yahoo.com/group/msk-net/chat
(Tapi sila buat temujanji dulu (nanti tak ada orang)
Unit PICT MSK