From: "ab_kudus1982" <ab_kudus1982@yahoo.com>
To: <dakwah@yahoogroups.com>
Subject: [Dakwah] renungan....
Date: Tuesday, June 10, 2003 2:08 PM
Bayan Subuh (Mualana Umar - 18.8.91)
Allah jadikan sistem dalam dunia ini yang membolehkan manusia lihat
dan faham.
Satu lagi sistem yang Allah buat yang manusia lihat dan dengar tapi
mereka tak faham.
Yang manusia nampak dan faham : ubat menyembuhkan, pokok ditanan akan
tumbuh dan sebagainya.
Berita dari Rasulullah..manusia juga dapat lihat kejadian Allah,
mereka lihat kematian dan kehidupan
dan percaya bahawa semua manusia akan mati. Semua manusia percaya
yang harta tak akan di bawak mati.
Allah khabarkan kekuasaan Allah melalui Nabi, tapi manusia tak nampak
Allah. Allah khabarkan tentang malaikat,
orang taat pada Allah akan diberi surga sebaliknya Allah akan
campakkan orang yang engkar kedalam
neraka....ini kita tak nampak.
Al Quran - siapa ikut akan berjaya walaupun serba kekurangan di dalam
dunia ini
Kita tak nampak kekuatan Allah. Ganjaran untuk sholat pun tak nampak.
Allah Maha pengasih, walaupun manusia engkar pada Allah, Allah tak
azab terus ..Allah beri peluang
Semua orang kufur akan jadi beriman bila lihat kekuasaan Allah ..ia
itu bila maut datang pada mereka.
Azab Allah meningkat dari hari ke hari dari hari kematian
Allah sentiasa beri peluang pada orang kufur, Allah perlihatkan
kekuatannya agar mereka sedar.
Untuk ini kita kena doa "Ya Allah..seluruh dunia manusia engkar pada
Engkau..dan Engkau pasti akan
mengazab mereka dalam keadaan ini..Ya Allah berilah hidayat pada
mereka"
Hari kiamat adalah pasti..semua manusia akan berdiri didepan Allah.
Segala sesuatu datang dari Allah dan Allah tahu apa yang akan
terjadi. Segala ehwal dan keadaan adalah
ketentuan dari Allah. Allah tahu siapa yang taat dan siapa yang
tidak. Yang berjaya adalah yang taat pada Allah.
Suasana dan keadaan mempengaruhi ketaatan manusia pada Allah. Dakwah
adalah untuk lahirkan dan ujudkan
keadaan dan suasana yang baik dan disukai Allah.
Jika kita lihat hanya pada dunia, keadaan akan jadi teruk...manusia
akan berebut pada dunia.
Manusia akan letakkan cita-cita masing-masing untuk dunia. Setengah
mereka akan mencapai cita-citanya tapi
tak akan puas..setengahnya pula tak akan mencapainya dan maut datang
pada mereka.
Kejayaan hanya milik Allah dan datang dari Allah. Kejayaan tidak
bergantung samada tinggi atau rendah
kedudukan kita dalam dunia.
Untuk beri dakwah pada orang khawas kita kena ujudkan suasana agama.
Ketua akan senang untuk faham
kebesaran dan kehendak Allah bila orang-orang bawahannya taat pada
Allah.
Usaha sholat dalam diri manusia, ia akan melahirkan suasana di luar
sholat. Sholat akan mencegah kemungkaran
dan segala maksiat. Maksud sebenarnya adalah untuk melahirkan suasana
ketaatan pada Allah.
Bila orang awam berubah, ia akan sampai kepada ketua mereka, dan
mereka akan tertanya-tanya bagaimana
ini berlaku. Dengan ini Jamat akan terangkan dengan senang dan mudah.
Seperti kerusi, kaki kerusi adalah orang awam.
Jika orang awam ingin islam, ketua yang duduk atas kerusi juga akan
terikut sama. Usaha sekarang adalah untuk
ujudkan suasana agama.
Allah punya kudrat untuk sampaikan suara semut pada Nabi Sulaiman
as..bukan itu saja, sampai hari kiamat perkataan
semut ini akan di dengar.Kita kena guna setiap kesempatan untuk
dakwah, samada dalam majmah atau berseorangan.
Penting ujudkan fikir agama pada anak-anak dan dirumah-rumah. Kita
gunakan kedudukan kita untuk tarik dan bawak
manusia pada Agama.
Jangan beri dakwah hingga orang ketawakan Allah dan agama. Doa pada
Allah bila nak buat dakwah,
semuga Allah beri ilham dan hikmah..kita akan terpegun dengan kudrat
Allah nanti.
Orang yang buat dakwah dengan sebenarnya adalah orang yang ada fikir
umat dan fikir atas dirinya juga.
Hikmah kena ada dalam dakwah..Jangan sangka keadaan boleh ditukar
sekelip mata.
Kalimah dan sholat - dakwah manusia ke arah ini. Untuk dapat yakin
dan taat pada perintah Allah dalam
kerja (asbab) kamu, lihat apa perintah dan larangan Allah dalam
asbab.
Dengan kejadian Allah, manusia dapat capai Allah....jika ia berfikir
dengan kejadian Allah.
Dengan taat Allah, kadang-kadang kita akan menghadapi kesusahan, tapi
inilah kejayaan yang hakikat.
Kadang kadang hidup kita akan jatuh dari kaya dan senang pada
kemiskinan dan kemusnahan tapi inilah kejayaan.
Allah tahu bila nak turunkan azab pada mereka yang engkar dan bila
nak turunkan nusrah pada mereka yang taat..Allah
yang putuskan sesuatu keputusan. Makanan turun dari langit pada masa
Nabi Isa as. Ada orang kufur dan tidak
berterima kasih. Allah perintah supaya jangan simpan untuk esok..tapi
mereka engkar, maka Allah berhentikan
nusrahnya dan azab turun.
Kerja kita adalah, samada dalam senang atau susah kita kena
perhatikan mana satu yang
menyukakan Allah..itulah yang kita kena buat.
Masa haji wida..Rasulullah banyak pesan pada sahabat. Bagaimana nak
selesaikan masaalh kehidupan sekarang ?
Jawapannya ada dalam amal, perkataan Nabi saw dan kehidupan sahabat.
73 golongan umat ini akan bepecah, hanya 1 golongan masuk surga,
golongan yang masuk surga adalah yang ikut sahabat.
13 tahun buat dakwah iman di Mekah. Zihin agama dan kekuasaan Allah
perlu diujudkan di rumah. Ta’alim zaman sahabat
bila wahyu diturunkan. Dakwah dan ta’alim hidup pada permulaan islam
di Mekah.
Jangan terkesan dengan kesusahan atau kesenangan, tapi terus taat
Allah dalam apa keadaan.
Dengan ini Allah akan tetap beri kejayaan. Jika Allah beri nikmat
kita syukur, jika susah kita sabar.
Pada zaman sahabat, siapa terima kalimah mereka akan terasing dari
keluarga.
Tabligh maksudnya kita mahu cakap tentang kehebatan Allah lagi dan
lagi..dengan ini hubungan dengan Allah akan tercapai.
Orang kufur mencanangkan yang islam tersebar dengan mata pedang.
Sahabat perang kerana nak "operate" (bedah)
sebab antibiotik (dakwah) dan cream (akhlak) tak beri kesan pada
orang kafir. Sahabat perang adalah keputusan
terakhir demi menyelamatkan ribuan umat yang inginkan islam.
Semua kedudukan dalam dunia adalah sama saja. Yang penting adalah
hubungan dengan Allah.
Orang hari ini berebut rebut untuk cari pangkat dan kedudukan.
Misalnya macam burung merpati,
samaada bahagian bawah atau atas itu tak penting, yang penting adalah
dimana tuan punya merpati akan
menabur makanan. Tujuan utama dakwah adalah untuk satukan seluruh
manusia.
Amal manusia adalah Hakim. Jika amal baik Allah akan turukan
kebaikan, jangan salahkan kerajaan.
Kita kena perhatikan dimana tempat dan keadaan kita dapat menyukakan
Allah dengan banyak sekali.
Ambil peluang yang Allah beri untuk dakwah walaupun satu orang.
Nak naik bukit susah tapi nak turun mudah..begitulah dengan
mujahadah. di jalan Allah 4 bulan, 40 hari , 1 tahun
dan sebagainya susah..tapi untuk turunkan nilai iman dan amal mudah.
Sebab itu kita kena jaga kerja makami,
kalau tidak iman, fikir, risau, amal akan turun. Nikmat yang paling
tinggi dalam surga adalah bila
Allah firman " Aku redha pada kamu dan tak akan marah lagi pada kamu"
Ini lah kesukaan dan kegembiraan
yang paling besar ..sehingga jika ada mati dalam surga nescaya mereka
akan mati kegembiraan.
Para Syuhada juga mohon untuk mati lagi, tapi Allah firman, kamu
hanya syahid di dunia saja, disini adalah
tempat pembalasan nikmat. Jauhkan diri dari neraka, diri ,keluarga,
orang tempatan, dan umat seluruh alam.
Usul dakwah sekarang datang dari Quran dan Hadis. Dengan akhlak orang
akan tertarik pada agama
Sehingga suatu ketika kita akan terlalu rapat dengan Allah sehingga
hanya sebut "Ya Allah" , Allah akan bersama kita
Get A Free Psychic Reading! Your Online Answer To Life's Important Questions.
http://us.click.yahoo.com/Lj3uPC/Me7FAA/ySSFAA/TcOolB/TM
---------------------------------------------------------------------~->
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...
Rasmikan cawangan perniagaan anda di Internet di ...
http://www.myBizPoint.com
Untuk melanggan: Hantar email ke dakwah-subscribe@yahoogroups.com
Berhenti melanggan: Hantar email ke dakwah-unsubscribe@yahoogroups.com