Sehari
di Kediaman Rasulullah (02)
Oleh
: Abdul
Malik bin Muhammad bin Abdur Rahman Al-Qasim
(Macam
mana..sebelum ni dah cakap jangan terkejut…terutama dinasihatkan pada orang
zaman sekarang..yang seronok memburu kemewahan…nak Tanya sikit ..kemewahan
yang kita dapat dan digunakan untuk kepentingan sendiri..ingat-ingat
bergunakah di akhirat nanti..(tak apalah kita cakap lain kali..tak baik cakap
bukan bukan..kita ni duduk “rumah” rasulullah ni)…)
bila kita hanya menyaksikan sebuah bangunan kecil dengan tempat tidur
yang sangat sederhana. Sebab Rasulullah adalah seorang yang sangat zuhud
terhadap dunia.
(minitis air mata
kita mendengarnya,itulah kekasih Allah.jangan pula kita ingat Rasulullah tu
miskin, bagida lebih kaya daripada kita, kalau baginda nak bukit boleh tukar
jadi emas..entah lah tak boleh nak kata dah betapa mulianya Nabi kita. Ingat
dulu adalah seorang kawan saya ceramah pada staf Majlis Perbandaran . tentang
kehidupan Rasulullah..mereka tak percaya kehidupan Rasulullah miskin..tak
boleh terima..saya dah agak dah mereka ingat..mereka nak cari hujah/dalil dari
nabi untuk kejar kemewahan..jangan harap lah..oh ya..Kalau tak nak baca
celoteh saya jangan baya yang dalam teks dalam kurungan ini..teruskan bersama
teks asal)
Baginda tidaklah
menolehkan pandangan kepada kemewahan dan gemerlap harta benda dunia. Namun
yang menjadi penyejuk mata hati baginda hanyalah ibadah shalat. (Sebagaimana
yang disebutkan dalam HR. An-Nasaai)
Baginda berkomentar
tentang dunia sebagai berikut:
"Apa artinya dunia bagiku! Kehadiranku di dunia hanyalah bagaikan seorang
pengelana yang tengah berjalan di panas terik matahari, lalu berteduh di bawah
naungan pohon beberapa saat, kemudian segera meninggalkannya untuk kembali
melanjutkan perjalanan." (HR. At-Tirmidzi)
(Haa..sekarang lihat
apa erti dunia bagi kita pula..tepuk dada Tanya diri masing-masing..bagi
setengah orang(manusia yang tak sempurna..sepatut sesetengah) erti dunia ialah
kemewahan yang melimpah ruah..kereta mesti ditukar setiap masa..rumah mesti
lebih besar dari orang lain…ada kawan saya tu seorang ustaz dia kata kita
kena ada kereta besar rumah besar ..sebab nak tunjuk umat Islam hebat pada
orang kafir, baru orang tak pandang lekeh (saya kata dalam hati..cakap pada
batu boleh lah..kalau batu kata betul..maka betul lah tu) kita ni jangan ikut
kaedah kita nak jadi hebat atau mulia..mana mulia kita dengan Rasulullah..tak
payah bebelit belit..cakap saja nak beli kereta besar ..senang habis cerita.
Orang yang duit banyak dan hidup sederhana dan banyak menderma mana lebih
mulia berbanding orang duit banyak hidup mewah untuk diri sendiri..ops maaf
panjang pulak cakap ni..)
Sekarang kita sedang
berjalan menuju kediaman baginda seraya mengayunkan langkah di jalan-jalan
kota Madinah. Itulah kamar-kamar istri baginda mulai tampak. Kamar sederhana
yang dibangun dari pelepah kurma dan polesan tanah, sebagian lagi dengan batu
yang ditata sedemikian rupa, sementara bagian atasnya dipayungi dengan atap
dari pelepah kurma.
(cukup sederhana..betul
lah orang yang hatinya bersama Allah..tak pentingkan itu semua.)
Al-Hasan mengisahkan
kepada kita: "Aku pernah masuk ke dalam rumah-rumah istri Rasulullah pada
masa khilafah Utsman bin 'Affan radhiallaahu anhu. Langit-langit rumah
tersebut dapat aku jangkau dengan tanganku." (Lihat Ath-Thabaqat Al-Kubra
karangan Ibnu Sa'ad I/hal 499 & 501, lihat juga kitab As-Sirah An-Nabawiyyah
II/hal 274 karangan Ibnu Katsir)
(maknanya rumah tu
rendah..rendah tu maknanya tak selesa (bagi setengah orang)..ya lah nak selesa
di dunia ke nak selesa di akhirat. Kita tak boleh kata nak dua-dua..kaedah dia
bukan macam tu)
Sungguh kediaman
baginda adalah rumah yang sangat sederhana dengan beberapa kamar yang kecil.
Akan tetapi penuh dengan cahaya keimanan dan ketaatan, sarat dengan wahyu dan
risalah ilahi!